Friday, August 26, 2011

Musim dah berubah

Aku tak tau nak upload apa..jd sempena dengan musim bunga yg baru nak masuk nie, aku uploadlah gambar bunga..hehe :)Selamat berpuasa semua..tinggal beberapa hari lagi nak raya.. raya kat mana2 pun sama je lah kan..yg penting semngat raya tue ada.. aku kat sini wlpun takde suasana, tp hati aku masih rasa raya, jd cam malas dah nak buat keja bila dah dekat dengan raya nie..hehe...

Kelaka saratok ikit. Mun ngekut raso atie, nang aso maok balit jak eh..lamak do dah sik nangga pintu gerbang n bandung ngei saratok eh.. ngenang maso kecik dolok, ngabang umah urang, minum air menet..nang sik apat dilupak eh kenangan maso ensio.. mun jaman kecik2 dolok, malam bandung lah malam yg dinantik..nipo ndak, malam yo jak dapat ngelayo, ghaon2 musin kampung.. waktu yo urang makei pelito banyak agik..kenek tuk mungkin sik rame dah makei pelito sb minyak tanah pun sik dijuai gik eh..ndak ku tauk kenak...pelik juak nipo minyak tanah pandei abis poyo.. main mercun..aie..macam2 jenis mercum maso yo..saiz pun besar2 jak.. mercun terbang, bungo api warna warni..kenek tuk nang sik boh nak madah, nang susah nak nangga... sik beraso tuk dah rayo ke 5 aku d perantauan.. nang sik pernah terpikir aku rayo d perantauan.. maso ku study ngei terenggganu n kl pun nang aku balit jak maso rayo.. tapi kenek tuk, bukan sik maok balit tp sik ado cuti..makin rayo, makin lah gago..pelik juak eh... mun aku tauk dolok, nyambung belajar kat mesir kah, iran kan, nyaman leh balit rayo..hehehe.. selamat hari rayo semo...INSYAALLAH, mun dipanjangkan umur, tahun depan aku berayo ngei Malaysia gik...tempat sik tauk lah...hehe..tp yg pasti ngei Malaysia... :)




Wednesday, August 24, 2011

Filem pendek

Aku suka filem2 pendek sempena dengan raya terutamanya iklan2 petronas. Tapi dah lama dah petronas tak keluarkan iklan yang betul2 dapat menyentap hati sesiapa yang menontonnya... aku pernah keluarkan entri mengenai iklan2 terbaik raya yg pernah aku tengok sebelum ini. Kali ini CST keluarkan lagi filem pendek sempena raya..memang terbaik dan sepatutnya ditayangkan di television di Malaysia... Tahniah CST..sebak gak aku tengok..korang memang terbaik :)

Tuesday, August 23, 2011

Video Raya Tahun Lepas

Ini adalah video hari Raya Tahun lepas di Launceston, Tasmania. Tahun lepas boleh dikatakan hari raya yang paling meriah yang pernah aku rasakan sejak aku beraya di sini dari tahun 2007. Harap2 tahun ini pun meriah gak :) Ini tahun terakhir aku beraya di perantauan, tahun depan aku raya kat Malaysia plak, INSYAALLAH kalo dipanjangkan umur... :) Lama tak merasa kek lapis Sarawak, lemang n ketupat dan rendang... Rindu2..huhuhu...







Friday, August 05, 2011

Kebuluran dan kekayaan

Bila aku tegok video saudara seislam kita di Somalia, sangat menyedihkan... Kekadang aku hairan kenapa Pak Arab yang kaya giler giler tak sanggup nak tolong Saudara meraka yg dalam keadaan susah. Mereka lebih sanggup membeli kelab2 bola yang berjuta2 mahalnya, mengukir nama dekat pulau sehingga bleh nampak dari angkasa, membuat bangunan pencakar langit yang tertinggi, memiliki beratus2 model kereta mewah, mempunyai kereta paling besar di dunia dan banyak lagi.. Serius bagi aku, ini melambangkan kebodohan pak Arab itu sendiri... emo plak aku dah...aku betul betul kecewa sb mereka terlalu kaya hingga membazir tak tentu pasal. Baik mereka membantu saudara meraka yg berada dalam kebuluran. Aku sebut Pak Arab, sebab meraka kaya dan suka membazir dan menayangkan kekayaan mereka pada dunia.. Ya Allah, moga hati mereka yang kaya ini terbuka untuk menderma dan membantu hamba MU yang berada dalam kesusahan. Amin.

Wednesday, August 03, 2011

Pelik, kenapa tak nak puasa

25 orang ditangkap tidak berpuasa di Sarawak

Sumber :BHARIAN
2011/08/03
KUCHING: Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.
"Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Angka ini amat menakutkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini, hari ini.
Daud yang juga Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Waqaf Sarawak berkata, buat masa ini salah satu tindakan yang bakal diambil ialah dengan mendedahkan identiti pesalah di media massa selepas mereka disabitkan kesalahan, sebagai kaedah untuk mendidik pesalah berkenaan.

Mengikut Seksyen 14, umat Islam yang disabitkan bagi kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali dan jika disabitkan buat kali kedua boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali. - BERNAMA


ULASAN:

Apa lah nak jadi dengan orang zaman skrang... Tak malu ke mereka dengan budak2 kecil yg berpuasa? Tak percaya, tanya ngan budak sekolah rendah, berapa ramai yang berpuasa.. Mereka bersunggguh2 mencuba untuk puasa, ini kita yang dah besar panjang tak segan silu makan di bulan ramadhan.. Sepatutnya denda yg lebih berat dikenakan kepada pesalah ini. Ini baru hukum dunia. Hukum akhirat diaorg tak fikir... Bulan puasa ini bulan di mana sepatutnya kita sebagai umat islam berebut2 untuk melakukan amal. Betapa besarnya pahala di bulan Ramadhan ini. Marilah sama2 kita menjadi insan yang lebih baik dan meningkatkan amal kita bukan sahaja sempena bulan ramadhan, tp bulan2 selepas ramadhan pun kita kena teruskan..Istiqamah. Allah S.W.T. suka pada manusia yang istiqamah dalam melakukan sesuatu. INSYAALLAH

Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA KAWAN KAWAN YANG BERAGAMA ISLAM. MOGA AMALAN KITA TAHUN INI DITERIMA OLEH-NYA. AMIN.

Ini ramadhan aku yang ke 5 di perantauan. Tahun nie Ramadhan kat sini musim sejuk. Jadi siang tak lah panjang sangat...sekarang subuh pukul 5.45a.m dan magrib pukul 5.16pm. Semalam terawih yang pertama utk Ramadhan tahun ini. Yang menariknya dekat masjid semalam, majoriti orang Malaysia. Imam pun orang Malaysia juga. Semakin ramai orang Malaysia kat sini. Dah macam jadi perkampungan Malaysia pulak..hehe.. aku masih ingat, tahun pertama aku kat sini, nak tgk orang malaysia, susah sangat..orang Melayu masa tu aku rasa lam 15 orang je. Sekarang nie aku rasa mau dah lebih 50 orang dah... Kat mana mana pergi mesti jumpa dengan orang Malaysia... Salam Ramadhan kepada semua kawan2..terutamanya kepada kawan2 yang tak pernah jemu melawat blog saya :-)


Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio