Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Beraya bersama pelajar Malaysia d Kampus induk

Tahun nie disebabkan tahun terakhir aku beraya d bumi Tasmania, aku dan beberapa kwn telah buat keputusan untuk beraya bersama pelajar Malaysia lain di Kampus induk, lebih kurang jaraknya 200km dari kampus cawangan tempat aku belajar. Sebelum nie tak pernah aku beraya di sini. Yg pasti, ramai pelajar yang aku tak kenal kat sini..yg aku kenal adalah sorang dua..sb ramai kawan2 aku yg belajar kat kampus nie dah abis belajar dan balik Malaysia... Ini adalah antara gambar masa sambutan raya d Kampus Induk...






Nie tak semua yang datang..kalau semua datang, mesti padat tempat nie dengan manusia..hehe

Lepas beraya, kitaorang berjalan2 kat bandar Hobart..


Lepas tue lapar balik..nasiblah ada kedai Nandos yang halal..boleh makan :)

Tuesday, September 13, 2011

Suasana Raya Pertama

Ini adalah gambar raya pertama di sini... Memang ramai orang Malaysia di sini skrg jika dibandingkan 4 tahun yg lepas.. kalo tak silap aku, mula2 aku mendaftar di sini, hanya sekitar 15 orang sahaja pelajar melayu di sini. Itupun jarang jumpa sebab masing2 sibuk.. Sekarang nie, keluar kat mana2 pun jumpa orang melayu..kekadang raya macam kat Malaysia dah..hehehe..

Warga malaysia bergambar selepas Sembahyang Raya..Belakang adalah Masjid d Uni of Tasmania












Aktiviti Malam Raya

Walaupun 1 syawal dah lepas, aku nak kongsi juga gambar2 masa aku beraya kat sini. I ni adalah syawal ke lima aku d Tasmania dan INSYAALLAH, yang terakhir bagi aku d bumi Tasmania. Tahun ini jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya, memang meriah sangat.. Bukan kerana malaysian makin ramai, tetapi kerana sikap gotong royong dan perancangan yang teratur dari semua kawan2 untuk aktiviti sambutan raya tahun nie. Apapun, inilah kenangan raya yang paling best bg aku d Tamania :) Tahun depan, INSYAALLAH, raya d Saratok, Sarawak :)





Tuesday, August 23, 2011

Video Raya Tahun Lepas

Ini adalah video hari Raya Tahun lepas di Launceston, Tasmania. Tahun lepas boleh dikatakan hari raya yang paling meriah yang pernah aku rasakan sejak aku beraya di sini dari tahun 2007. Harap2 tahun ini pun meriah gak :) Ini tahun terakhir aku beraya di perantauan, tahun depan aku raya kat Malaysia plak, INSYAALLAH kalo dipanjangkan umur... :) Lama tak merasa kek lapis Sarawak, lemang n ketupat dan rendang... Rindu2..huhuhu...







Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio