Friday, June 05, 2009

Jalan raya.. takkan tak mampu kot?

UTUSAN MALAYSIA

Rakyat Sarawak gusar dengan caj Kastam Brunei

05/06/2009 10:24am

MIRI 5 Jun — Operator pengangkutan barangan dan pengunjung tempatan merasa terkilan dengan apa yang mereka sifatkan sebagai caj perkhidmatan yang tinggi yang dikenakan oleh Kastam dan Eksais Diraja Brunei Darussalam ke atas barangan yang mereka bawa melalui sempadan negara itu untuk ke Limbang.

Caj sebanyak B$25 atau kira-kira RM60 dikatakan dikenakan ke atas barang kawalan yang dibawa dengan kenderaan persendirian dan B$100 atau kira-kira RM242 bagi barangan kawalan yang dibawa dengan kenderaan perdagangan, semasa melalui pusat pemeriksaan di sempadan Malaysia-Brunei sejak 1 April lalu.

Limbang yang merupakan bahagian paling utara di Sarawak, hanya boleh disampai menerusi jalan darat dari mana-mana kawasan di Sarawak atau Sabah, melalui Brunei.

Menurut Persatuan Pemilik Lori Miri, ekoran caj tersebut, mereka terpaksa membayar hampir RM500 bagi mambawa muatan untuk ke Lawas, daerah paling utara di Limbang.

Naib pengerusi persatuan tersebut, Kong Min Seng memberitahu Bernama, hampir kesemua barangan kawalan yang ditetapkan oleh Brunei, merupakan barangan keperluan harian untuk penduduk seperti minyak masak, beras, telur malah surat khabar.

Kong berkata pihaknya telah berdialog dengan kastam Brunei mengenai perkara itu, namun sehingga kini caj tersebut masih juga dikenakan. - Bernama


***Terpanggil aku untuk menulis luahan rasa hati aku tentang perkara ini. Rasanya dah lama dah Sarawak nie merdeka, tapi jalan pun masih pinjam jalan negara lain... Harap2 kerajaan Pusat (sebab kerajaan negeri memang tak mampu, maklumlah antara negeri termiskin di Malaysia) bolehlah membantu membuat jalan raya kat Sarawak. Malu kita sebab pinjam jalan negara lain. Negara kita bukannya negara miskin. Jangan lah sampai terhantuk, baru nak sedar...

7 comments:

kiki said...

Jalan ke Kapit, jgn di lupak juak.. he he

Kamil L said...

aok eh...kapit pun alu sik do jalan raya sampei kenek tok..nak ge kapit pun nait bot..huhu

Anonymous said...

ironinya sarawak antara penyumbang tebesar kesinambungan politik kerajaan pusat sekarang. hukhukhuk...

Kamil L said...

huhu..betul tue.. tapi mungkin kesedaran politik di sarawak tidak seperti di semenanjung... Mungkin disebabkan oleh maklumat tidak sampai kepada mereka, terutamanya yg tinggal di pendalaman... Jadi, memang sukar bagi mereka untuk membandingkan apa yg mereke terima dan apa yg mereka ada dengan apa yg org lain terima dan ada...

Muallim Adham said...

ini lah namanya zalim... apabila melatakkan sesuatu tidak pada tempatnya...

Kamil L said...

Betul tue cikgu. Orang politik slalu mengutamakan periuk nasi mereka sendiri tanpa menghiraukan kesusahan orang lain :(

Anonymous said...

sy rasa swak x la miskin mana pun...rakyat hidup senang jer walau kat kampung...bygkan kos hidup kat kampung lgi tinggi....minyak, gas smua mahal dri bandar... bukan xnak buat jalan raya...cuma ''kedekut'' sgt..

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio