Sunday, April 25, 2010

Menilai kualiti makanan ikan dan udang


Ada beberapa cara mudah untuk mengetahui kualiti makanan yg kita beli berkualiti tinggi atau tidak. Di sini saya hanya memberikan satu contoh yang paling mudah untuk digunakan oleh penternak untuk menguji tahap kualiti sesuatu makanan ikan/udang. Di sini kita anggap kualiti ikan ini adalah jenis yang baik. Dengan menggunakan persamaan di bawah ini, kita boleh menguji kualiti makanan ikan/udang.

Feed Conversion Ration (FCR) = Feed Consumed/Weight Gain (Final weight-Initial Weight)

Kadar Pertukaran Makanan (KPM) = Jumlah makanan yang dimakan/Jumlah Pertambahan Berat Badan (berat akhir-berat awal)

Biasanya dalam ternakan ikan dengan menggunakan makanan komersil, FCR yg baik adalah sekitar 1.0-1.5. Jikalau FCR bawah daripada 1, ini bermaksud kualiti makanan tersebut adalah sangat baik. Semakin tinggi nilai FCR, menunjukkan kualiti makanan yg digunakan berkualiti rendah.

Mungkin ada yang tertanya tanya, apakah itu FCR/KPM? Di sini saya akan berikan satu contoh mudah.

Contohnya, anda telah mengira FCR/KPM mengikut persamaan di atas, dah hasilnya anda mendapat FCR/KPM sebanyak 1.5. Apakah yang dimaksudkan dengan 1.5? Maksudnya adalah, bila ikan diberi makan sebanyak 1.5kg makanan, berat ikan akan bertambah sebanyak 1 kilogram.

Contoh lain, kalo dapat FCR/KPM 0.8, ini bermaksud, bila ikan diberi makan sebanyak 0.8 kg makanan, berat ikan akan bertambah sebanyak 1 kg.

Ini bermaksud, semakin rendah FCR/KPM, menunjukkan makanan yang digunakan adalah dari jenis yang berkualiti tinggi.

No comments:

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio