Showing posts with label buaya. Show all posts
Showing posts with label buaya. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Buaya Air Masin II

Merupakan spesies buaya paling bsar di dunia di mana buaya jantan boleh mencapai panjang hingga 5 Meter dan ada rekod menunjukkan buaya ini mencapai panjang hingga 7 Meter. Buaya air masin ini dijumpai tidak hanya di air masin dan payau, tetapi boleh juga dijumpai di kawasan air tawar (sila rujuk entri ini di mana ianya akan menjelaskan bagaimana buaya air masin boleh hidup di perairan air tawar: Buaya air masin..penyesuaian hidup di air masin... ). Buaya ini boleh dikesan jauh di tengah laut dan ini telah dibuktikan dengan report "Buaya tembaga terdampar di Pantai Teluk Chempedak" dan "Adakah ini bukti buaya memang wujud d PD?"

Buaya ini mempunyai mulut yang sangat kuat. Mangsa utama buaya ini adalah seperti kera, kerbau, lembu, kambing, pelbagai jenis ikan sehinggalah ikan jerung dan kemungkinan manusia. Buaya ini sangat merbahaya kerana ia akan mendekati mangsanya perlahan2 tanpa pengetahuan mangsanya dan apabila berada hampir dengan mangsanya, hentakkan kuat dari ekornya akan menghasilkan terjahan ke depan dan pada masa ini ia akan menerkam mangsanya dan kemudian menarik mangsanya ke dalam sungai. Biasanya buaya akan membunuh mangsanya dengan melemaskan mangsanya di dalam air. Biasanya buaya yang bersaiz 3 Meter adalah merbahaya kepada manusia kerana ia berpontensi untuk menyerang dan meyebabkan kematian pada manusia.

Buaya ini dikategorikan sebagai spesies yang berisiko rendah untuk pupus. Tetapi pemburuan buaya air masin ini adalah tidak dibenarkan kerana yang spesies yang dilindungi. Induk buaya boleh menghasilkan sekitar 60 biji telur dalam satu masa. Buaya betina akan berada berhampiran dengan sarang sepanjang tempoh pengeraman. Seebab itulah sangat merbahaya bagi kita mendekati kawsan pengeraman buaya kerana induk buaya berada di sekitar sarangnya. Jangkahayat buaya adalah sekitar 70 tahun.

Wednesday, July 20, 2011

Kisah Buaya lagi..

Sumber : Harian Metro

SARATOK: Kelibat seekor buaya didakwa sebesar Perodua Myvi dikatakan antara 60 reptilia ganas di Sungai Sebelak di sini, yang menjadi buruan pihak berkuasa dalam operasi besar-besaran memasuki hari kedua, semalam.

Penduduk dikatakan terserempak dengan buaya itu yang muncul di permukaan air selepas membaham seorang penduduk berusia 40-an di Kampung Emplam, dua bulan lalu.

Bagaimanapun, sehingga semalam usaha menjejak reptilia itu oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta penduduk kampung masih menemui jalan buntu.

Operasi yang bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari, tertumpu di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat persembunyian reptilia terbabit namun gagal memberi sebarang petunjuk.

Seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, buaya berukuran 2.74 meter panjang itu dikatakan muncul sekali lagi baru-baru ini, menyebabkan penduduk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, penduduk memang mahu pihak berkuasa menjalankan operasi memburu dan menangkap reptilia itu bagi mengelak kejadian tidak diingini terhadap penduduk yang mencari rezeki dan tinggal berhampiran sungai berkenaan.

“Kami terkejut apabila melihat buaya dianggarkan sebesar Perodua Myvi timbul di permukaan air secara tiba-tiba sebelum berenang semula perlahan-lahan ke dasar sungai.

“Bukan saya saja, malah kehadiran buaya itu turut disaksikan beberapa penduduk lain yang secara kebetulan berada di tebing sungai.

“Kami percaya buaya itu membaham beberapa penduduk dan dua bulan lalu ia muncul sambil menunjukkan mangsa yang dibaham sebelum menghilangkan diri dalam air,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Nature group: What’s the basis for killing crocodiles?

Source: Thestar

KUCHING: A current operation to hunt and kill about 60 crocodiles at Sungai Seblak in Kabong, Saratok, has raised eyebrows among nature groups.

The Malaysian Nature Society believed there must be a strong reason for an operation as serious as this, and nature and crocodile experts should have been consulted earlier.

Its past president Anthony Sebastian questioned whether the authorities involved had studied the effects that such actions would have on the environment and the habitat of the crocodiles.

“They say they are going for about 60 crocodiles that are 2.5m long, but what is the basis for this? Are they going for the male or female crocodiles? What is that river’s crocodile population? Do they know?

“I think they are doing it just to appease public sentiment. People are understandably upset if a loved one is attacked by a crocodile, but it’s like a road accident, you can’t remove all the vehicles from the road just because there have been many accidents,” he told The Star yesterday.

Anthony was disappointed with the response from the authorities and believed the operation was not based on science or logical thinking.

He said that recent newspaper reports had stated that Sarawak Forestry Corporation was still mulling a reduction of Sarawak’s crocodile population.

“They said they would not cull crocodiles for now, but then we have this big operation going on,” he said.

A thorough discussion involving all parties including crocodile experts must take place before such an operation, he added.

The operation which started at 8am on Monday will go on until Friday.

The Saratok district police have confirmed that they had received a permit from the Sarawak Forestry Department to hunt down the crocodiles, which are protected under the Sarawak Wildlife Ordinance.

Under the law, those caught hunting, killing, eating and trading in crocodiles are liable to a RM10,000 fine or one year in jail.



Ulasan:

Sebelum aku membuat ulasan, aku rasa ukuran 2.74m panjang buaya yg sebesar MYVI dalam harian metro adalah TIDAK TEPAT. Kalo ikut pengalaman aku, kalo buaya sebesar MYVI, panjangnya mungkin sekitar 5 Meter. Ok, kita sambung ulasan mengenai Buaya. Aku banyak menulis entri mengenai Buaya, yang melibatkan sejarah, dogeng,sains dan pendapat peribadi aku terhadap Buaya. Di bawah adalah antara entri2 yang pernah aku tulis mengenai Buaya:

1: Buaya
2: Legenda Buaya dari Sabah
3: Adakah buaya mempunyai lidah?
4: Buaya air masin..penyesuaian hidup di air masin...
5: Beza buaya Albino bewarna putih (albino memang putih) dengan buaya PUTIH..
6: Dulu dan Sekarang
7: Serangan Buaya di pantai Port Dickson, adakah ada kebenarannya?
8: Serangan Buaya...bila kah pihak berwajib nak bertindak?
9: Serangan Buaya yang terbaru di Sarawak (Betong)
10: Adakah ini bukti buaya memang wujud d PD?

Setelah anda semua membaca entri yg aku tulis, mungkin anda yg dikategorikan sebagai pencinta hidupan liar akan mengatakan aku seorang yang terlalu pentingkan diri sendiri tanpa memkirkan mengenai masa depan reptilia era dinasour ini. Di sini aku ingin tekankan, mengawal populasi bukannya bermaksud menghapuskan terus reptilia ini dari muka bumi ini. Semua orang sedar, populasi pemangsa utama ini amat penting dalam menyeimbangi ekosistem sungai.

Dalam keadaan serba moden, dengan peningkatan kadar pencemaran sungai, udara dan tanah, tidak akan memungkinkan kita untuk mempastikan makanan pemangsa ini akan mencukupi sampai bila bila. Kita kena terima hakikat, dengan kesedaran yang rendah terhadap alam sekitar, dengan kepesatan ekonomi yg menyebabkan pertumbuhan kilang2, perlepasan gas karbon di udara dan banyak lagi akan menyumbang ke arah pengurangan ikan atau haiwan2 lain di sungai. Dengan peningkatan suhu, memungkinkan peningkatan dalam populasi buaya betina di mana ini juga secara tidak langsung meningkatkan populasi buaya.

Kita sedar sekrang, pertembungan antara buaya dan manusia memang tidak dapat dielakkan. Diakui, puncanya adalah manusia sendiri. Tapi antara manusia dan haiwan, mana satu jd pilihan kita? Semestinya dengan akal yang logik, kita akan memilih manusia. Memang benar, manusia lebih penting dari buaya, sb manusia boleh menjadikan sesuatu menjadi kenyataan.

Mungkin ada yang mengangap aku menulis tanpa fakta yg tepat sb aku tidak terlibat secara langsung dengan kajian mengenai buaya. Aku akui, memang aku tak terlibat dengan kajian buaya, tp aku mengaku aku terlibat dengan kajian mengenai Ikan. Kita kena tahu, ikan merupakan sumber makanan utama buaya. Jd fikir2 lah kan...Fikir dengan akal, bukannya dengan emosi.

Mengapa buaya menyerang manusia? Aku pun dah huraikan di entri aku sblm ini. Tapi aku ingin tulis lagi di sini sb apa buaya menyerang manusia

1. Tujuan makanan: Semua buaya makan pelbagai jenis makanan. Dengan peningkatan saiz badan, buaya akan memilih mangsa yang lebih besar, dan manusia dalam julat saiz mangsa yang boleh diambil oleh buaya.

2. Mengusai kawasan: Sesetengah spesies, seperti buaya Air Masin sangat mementingkan penguasaan kawasan dan akan mempertahankan kawasan mereka terhadap penceroboh, termasuk manusia. Kekadang manusia tidak mengetahui yang kawasan tersebut adalah kawsan buaya, jd inilah akan memulakan trajedi yg tak dijangka.

3. Penjagaan sarang. buaya akan jd lebih agresif bila dia menjaga sarang yang mengandungi telur. dan buaya juga begitu sensitif dengan panggilan kecemasan dari anak2 yang baru menetas. Jika anak2 buaya dalam keadaan merbahaya, anak2 buaya akan membunyikan bunyi untuk meminta tolong dari induknya dan buaya tersebut akan pergi untuk membantu anaknya.

4. kesilapan identiti di mana kemungkinan buaya tersilap dengan haiwan ternakkan. mungkin manusia disalah anggap sebagai lembu, kambing atau binatang2 ternakan yang lain.

Seperti biasa, kesimpulan dari aku, kita patut membenarkan pemburuan buaya. Adakan lesen di mana ada open season dan close season. Mungkin open season (masa dibenarkan memburu buaya) adalah beberapa bulan dan kemudian diikuti dengan close season. Dalam masa yang sama, kena tetapkan hanya buaya yang bersaiz 2.5 Meter sahaja boleh diburu. Yang pasti, ianya tidak akan mendorong kepada kepupusan buaya, tetapi akan membantu menyetabilkan semula ekosistem sungai yang semakin tak stabil dengan kadar pemangsa dan mangsa yang tidak seimbang.


Beberapa Video mengenai Buaya d Borneo



Tuesday, August 03, 2010

Adakah ini bukti buaya memang wujud d PD?

Hari nie, keluar dalam suratkhabar KOSMO mengenai penemuan bangkai buaya sepanjang 5.5 meter di pantai Port Dickson, N9. Aku pernah menulis beberapa entri mengenai buaya sebelum ini dan salah satu entri yang aku tulis ialah berkenaan dengan dakwaan adanya buaya di port dickson:

http://kamil80972000.blogspot.com/2010/01/serangan-buaya-di-pantai-port-dickson.html

Dan beberapa entri lain mengenai buaya:

http://kamil80972000.blogspot.com/2008/10/buaya.html
http://kamil80972000.blogspot.com/2009/01/buaya-air-masinpenyesuaian-hidup-di-air.html


Rasanya selepas ini pihak berwajib hendaklah mengutamakan keselamatan nyawa pengunjung kerana sebelum ini kita selalu mendengar pihak yg berkenaan selalu menafikan kehadiran buaya d pantai PD. Ingat, nyawa lebih bernilai dari wang ringgit. Jangan kerana wang ringit, kita sanggup membahayakan nyawa org lain.



Sang Bedal di pantai PD (AKHBAR KOSMO)


MOHD. FAREZ (kiri), Azay dan Suhaimi bersama bangkai buaya tembaga yang ditemui di pantai Port Dickson semalam.


PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.

Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.

Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu.

“Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.

“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak.

Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak ditemui di laut.

Tuesday, June 29, 2010

Serangan Buaya yang terbaru di Sarawak (Betong)

Dipetik dari Utusan Malaysia (29/6/2010)

Murid maut dibaham buaya ketika membasuh tangan

KUCHING 28 Jun - Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban di Betong kira-kira 350 kilometer dari sini maut selepas diserang seekor buaya dalam kejadian di jeti Sungai Saribas petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Muhamad Azroy Jutti, 10, turun membasuh tangan kerana ingin menikmati makanan yang dibawa tiga lagi rakannya.

Namun niatnya itu tidak kesampaian selepas seekor buaya sepanjang hampir empat meter dan berat hampir 100 kilogram membaham lehernya sebelum menariknya ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Supritendan Mohd. Bukhori Saffai, berkata, sebelum kejadian mangsa bersama tiga rakannya keluar memancing ikan di jeti belakang SK Sebemban kira-kira pukul 2 petang.

"Tiga rakan mangsa sempat membasuh tangan di lokasi sama namun mangsa diserang buaya yang dipercayai menjadikan kawasan cetek berdekatan jeti sebagai tempat persembunyian.

"Rakan mangsa yang tergamam melihat melihat badan Azroy dilambung buaya berlari pulang ke kampung bagi memaklumkan kejadian kepada penduduk," katanya di sini hari ini.

Mohd. Bukhori memberitahu, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira pukul 5 petang oleh ahli keluarga mangsa sebelum usaha mencari dilancarkan.

Ujarnya, 20 anggota pasukan penyelamat menyertai operasi namun keadaan cuaca dan air pasang menyebabkan usaha mencari agak sukar sebelum ia dihentikan pukul 7 malam.

"Bagaimanapun ahli keluarga mangsa dan penduduk kampung meneruskan kembali operasi kira-kira pukul 10 malam sebelum berjaya menemui mangsa terbenam di dasar sungai kira-kira 20 meter dari jeti sewaktu air surut," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Betong lewat malam kelmarin sebelum jenazah dituntut keluarga pagi semalam dan dikebumikan selepas solat Zohor di tanah perkuburan Islam di Betong.


APAKAH TINDAKKAN YANG PATUT DILAKUKAN?

Seperti tulisan saya sebelum ini, saya merasakan pihak kerajaan patut berbuat sesuatu megenai perkara ini. Kejadian buaya meyerang manusia ini telah banyak berlaku terutamanya di Sarawak. Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan satu langkah yang drastik, seperti membenarkan pemburuan buaya. Pemburuan yang tidak akan meyebabkan kepupusan buaya. Pemburuan yang mana harus disertakan dengan syarat2. Contohnya, hanya buaya yang bersaiz lebih dari 3 meter sahaja yang boleh diburu dan hasil buruan hendaklah dijual/diserahkan kepada pihak yang telah dilantik oleh kerajaan utk membeli hasil buruan.

Saya mengatakan sedemikian, kerana populasi buaya terutamaya di sarawak semakin meningkat dan serangan terhadap manusia telah direkodkan setiap tahun. Tambahan dengan peningkatan suhu dunia termasuk di malaysia, akan menyebabkan bilangan buaya betina melebihi buaya jantan (suhu tinggi, jantina buaya yang menetas akan berubah di mana telur akan banyak meghasilkan buaya betina dari jantan).

Tambahan, kita kena ingat, punca mengapa serangan ini berlaku. Antara punca yang jelas adalah kekurangan sumber makanan di sungai yang disebabkan oleh pencemaran. Pencemaran tidak semestinya disebabkan oleh kilang2, tetapi pencemaran juga disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti PEMBALAKKAN dan pembangunan hutan sebagai ladang kelapa sawit. Tidak dinafikan, pembalakkan dan hasil kelapa sawit adalah sumber utama hasil negeri d sarawak. Tetapi ini secara tidak langsung akan mencemarkan sungai dan mengurangkan populasi ikan yang menjadi makanan utama buaya. Ini adalah salah satu contoh yang jelas dan suatu tindakkan patut dilakukan bagi mengelakkan serangan ganas buaya terhadap manusia tidak berulang lagi.

Thursday, January 21, 2010

Serangan Buaya...bila kah pihak berwajib nak bertindak?


Hari nie, ada lagi cerita serangan buaya dan kali ini berlaku di Sarawak. Seperti yang kita sedia maklum, sebut je buaya, mesti semua orang akan terfikirkan mengenai sarawak. Memang tidak dapat dinafikan lagi, populasi buaya di sarawak semakin meningkat. Ini mungkin kerana buaya adalah reptilia yg dilindungi. Adakah pihak berwajib akan mebiarkan sahaja populasi buaya ini meningkat tanpa kawalan yang sepatutnya? Hanya yang merisaukan bilamana populasi pemangsa lebih tinggi dari jumlah populasi mangsa seperti ikan. Jadi pihak berwajib perlulah menjalan kan kajian mengenai jumlah populasi buaya untuk memastikan jumlah populasi buaya seimbang supaya tidak berlaku masalah kekurang makanan dan bila masalah kekurangan makan berlaku, maka perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti serangan terhadap manusia.

Antara tindakkan yang boleh dilakukan untuk mengawal populasi buaya adalah:

1. membenarkan pemburuan buaya pada musim2 tertentu.

2. membenarkan pemburuan buaya yang bersaiz lebih dari 3 meter.

3. membenarkan pemburuan buaya yang ganas, seperti menyerang manusia.


Berbalik pada serangan buaya tadi, mengikut cerita mangsa, saiz buaya yang menyerang beliau dianggarkan sepanjang 6 meter. 6 meterrrrr...memang mengejutkan. 6 meter boleh dikategorikan sebagai buaya bersaiz besar di mana lebar badan buaya sepanjang 6 meter ini biasanya sama lebar dengan sebuah kereta wira (anggaran kasar mengikut panjang buaya). Memang beliau amat bernasib baik kerana dapat melepaskan diri dari pemangsa. Bak kata pepatah, selagi belum sampai ajal, kita takkan mati.



Ini adalah petikkan dari berita harian mengenai serangan tersebut:


Berita Harian 21 Jan 2010

Lelaki selamat selepas bergelut dengan buaya

KUCHING: Seorang pemandu lori terpaksa bergelut dengan seekor buaya selama kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan diri daripada menjadi habuan reptilia yang menyambar kakinya itu semasa beliau mandi di Sungai Semada, Balai Ringin dekat sini semalam.

Mathias Winston, 37, dari Kampung Semada Belatok, kira-kira 40 kilometer dari pekan Serian mengalami kecederaan di paha kiri, betis dan tapak tangan kanannya selepas diterkam dan dihempas buaya yang "mengamuk" itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Mathias yang sedang mandi bersendirian di sungai diserang buaya berukuran kira-kira enam meter panjang itu yang pada mulanya menyambar bahagian betis kanannya.

Isteri Mathias, Mira Dehim, 37, yang ditemui di Hospital Umum Sarawak di sini hari ini berkata, ketika kejadian beliau sedang memasak di rumah apabila beliau terdengar jeritan suaminya meminta tolong.

"Saya ingat suami saya akan mati. Buaya itu ganas dan menerkam kaki selain beberapa kali menghempas badannya. Saya terus tarik tangan suami, tapi buaya itu tidak lepaskan gigitan, saya hampir jatuh," katanya.

Mira berkata, buaya itu melepaskan gigitannya hanya selepas Mathias mengorek biji mata reptilia itu.

"Suami saya cuba membuka mulut buaya untuk melepaskan diri namun gagal. Dia sempat capai bahagian mata buaya itu dan cuba mengorek biji matanya. Buaya itu kemudian melepaskan gigitan dan terus menghilangkan diri," katanya.

Mathias yang dibawa ke Hospital Serian kemudian dirujuk kepada HUS untuk rawatan lanjut.

Mira berkata, ia adalah kes kedua serangan buaya di Sungai Semada.

Katanya, pada tahun 2008, pakciknya turut diserang seekor buaya tidak jauh dari tempat kejadian dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang, paha serta tulang rusuk.

"Akhir-akhir ini, dua hingga tiga ekor buaya selalu timbul di sungai itu pada sebelah petang. Saya harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan agar kejadian serangan buaya tidak berulang," katanya. - Bernama

Monday, January 18, 2010

Serangan Buaya di pantai Port Dickson, adakah ada kebenarannya?

Aku tertarik dengan berita di mana seorang pelancong tempatan diserang oleh buaya di pantai port dickson, N9 baru baru ini. ramai yang terkejut berikutan serangan terbabit berlaku di kawasan laut. Sebab bagi mereka adalah mustahil bagi buaya berenang hingga jauh ke kawasan air masin. Bagi yang mengetahui akan fisiologi reptilia ini, mereka tidak akan terkejut bila mendengar berita tersebut.

Aku pernah menulis beberapa entri mengenai buaya di blog ini. Antaranya:

http://kamil80972000.blogspot.com/2008/10/buaya.html
http://kamil80972000.blogspot.com/2009/01/buaya-air-masinpenyesuaian-hidup-di-air.html

Seperti dalam entri aku sebelum ini, buaya adalah spesies yang boleh berenang hingga jauh ke lautan lepas, iaitu jarak sehingga 600km dari muara sungai. Spesies ini adalah spesies buaya air masin juga dikenali sebagai "Indopacific or estuarine crocodile". Ini bermakna buaya juga tidak hanya tinggal di sungai, malah buaya boleh tinggal di kawasan laut. Ini juga disokong oleh fisiologi buaya itu sendiri di mana buaya mempunyai kelenjar garam pada lidahnya bagi menyingkirkan garam yang berlebihan tanpa kehilangan air yang berlebihan. Kelenjar ini penting kerana dalam masa yang sama, buah pingang buaya memerlukan air yang banyak bagi membolehkan buaya menyingkirkan garam yang berlebihan.

Berbalik pada serangan di port dickson, mangsa dikatakan amatlah bernasib baik kerana biasanya serangan melibatkan buaya selalunya akan melibatkan kematian. Kemungkinan besar buaya yang menyerang mangsa adalah buaya yang bersaiz kecil. Tapi ini juga adalah amaran kepada oarang ramai supaya berhati hati ketika berenang di tepi pantai dan semestinya pihak berwajib harus melakukan sesuatu terhadap perkara ini. Contohnya penyelidikkan secara serius harus dilakukan di kawasan ini terhadap populasi buaya dan fisiologi buaya di sekitar N9 bagi mendapatkan data yang tepat mengenai serangan yang dikatakan melibatkan buaya di kawasan ini.

Thursday, March 05, 2009

Dulu dan Sekarang

Buaya adalah haiwan terlindung, tetapi ianya tidak bermakna ianya tidak boleh dibunuh kerana buaya bukan spesies yang terlindung sepenuhnya. Buaya masih boleh dibunuh jika ia menyerang manusia ataupun mengancam nyawa manusia.

Jika zaman sebelum merdeka di Sarawak, buaya boleh dibunuh untuk diambil kulitnya. Semasa pemerintahan "kesultanan Raja Brooke", kerajaan akan membeli kulit buaya dengan harga 36 sen untuk setiap kaki panjang. Dengan syarat kulit buaya itu hendaklah lengkap dari hujung ekor hingga ke bahagian leher buaya. Ini bermaksud pada zaman dulu, ramai orang menjadikan aktiviti menagkap buaya sebagai sumber rezeki mereka tambahan lagi dengan galakkan yang diberikan oleh kerajaan pada masa itu. Ini telah menyebabkan pengurangan jumlah populasi buaya pada masa tersebut.

Di era perang dunia kedua semasa Sarawak dijajah oleh Jepun, kulit buaya sudah tidak menjadi barang yang beharga. Tetapi lain pula yang berharga pada masa tersebut, iaitu daging buaya. Biasanya penduduk tempatan akan menjual daging buaya kepada orang Jepun kerana mereka sangat sukakan daging buaya.

Tapi selepas merdeka, aktiviti memburu buaya telah diharamkan kecualilah jika buaya tersebut mengancam atau membahayakan manusia, barulah buaya boleh dibunuh. Ini telah menyebabkan populasi buaya meningkat.

Secara logiknya, dengan populasi buaya yang semakin banyak, sumber makanan yang semakin kurang akibat dari kesan pencemaran dan explotasi ikan yang berlebihan, ini telah menyebabkan buaya akan makan apa sahaja yang dirasakan boleh dimakan bukan sahaja di sungai, malah di daratan. Ini merupakan faktor utama mengapa serangan buaya di Sarawak semakin menjadi2 akhir akhir ini. Jadi, sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan dan mengelakkan serangan buaya terhadap manusia.

Tuesday, March 03, 2009

Beza buaya Albino bewarna putih (albino memang putih) dengan buaya PUTIH..

Buaya putih biasanya dikaitkan dengan buaya albino. Buaya albino adalah buaya yang bewarna putih. Biasanya buaya albino sukar untuk menyesuaikan diri dengan alam sekitar dan kebarangkalian untuk menjadi mangsa kepada haiwan lain adalah tinggi disebabkan warnanya yang tidak membenarkannya untuk menyamar.

Kita biasa mendengar cerita2 yang berkaitan dengan kewujudan buaya putih.. adakah betul kewujudan buaya putih ataupun ianya hanya buaya albino yang disalah tafsir dengan buaya putih? Adalah sukar untuk mengetahui jawapannya ini kerana tidak ada bukti kukuh ataupun bukti fizikal dalam cerita2 tersebut.

Yang pasti beza albino yang bewarna putih dan buaya yang bewarna putih adalah buaya albino yang bewarna putih akan mempunyai mata yang bewarna merah jambu. Tetapi bagi buaya putih akan mempunyai mata yang serupa dengan buaya2 yang lain.

Sunday, January 04, 2009

Buaya air masin..penyesuaian hidup di air masin...

Kebanyakkan buaya di seluruh dunia tinggal di kawasan air tawar.. Tetapi terdapat juga buaya yang hidup di air masin... Biasanya spesies buaya ini boleh berenang hingga berbatu batu jauh ke tengah laut..

Spesies ini mempunyai kelenjar yang dipanggil kelenjar garam pada lidahnya bagi menyingkirkan garam yang berlebihan tanpa kehilangan air yang berlebihan. Kelenjar ini penting kerana dalam masa yang sama, buah pingang buaya memerlukan air yang banyak bagi membolehkan buaya menyingkirkan garam yang berlebihan...

Anehnya, bukan hanya buaya air masin sahaja yang mempunyai kelenjar garam, tetapi buaya air tawar juga mempunyai kelenjar yang sama walaupun buaya air tawar tidak tingal di kawasan air masin... Kenapa buaya air tawar mempunyai kelenjar ini? Tiada siapa mempunyai jawapan yang konkrit untuk persoalan ini..

Tapi mungkin buaya air tawar dan air masin berasal dari keturunan yang sama di mana mungkin pada berjuta2 tahun dahulu, semua spesies buaya mendiami kawasan air masin.

Friday, December 26, 2008

Adakah buaya mempunyai lidah?

Kita selalu dengar persoalan yang mengaitkan KENAPA buaya menjadikan manusia sebagai mangsanya. Ada yang mengatakan buaya yang menyerang manusia dan menjadikan manusia mangsanya adalah spesies buaya yang mempunyai LIDAH.. Seperti yg kita tahu, lidah adalah organ untuk merasa makanan samaada sedap atau tidak...

Pada pandangan mata kasar manusia, buaya tidak mepunyai lidah.. Tidak pernah lagi ada laporan atau gambar yang menunjukkan buaya menjelirkan lidahnya seperti reptilia lain.. Jadi secara zahirnya dari mata kasar, buaya memang tidak mempunyai lidah...

Jadi kebanyakkan orang membuat kesimpulan, buaya yang menyerang manusia adalah buaya yang mempunyai lidah kerana bila buaya mempunyai lidah, ia boleh merasa daging manusia.. Jadi sekali buaya merasa daging manusia, buaya itu akan ketagih dan akan cuba lagi menjadikan manusia sebagai mangsa lagi... Tapi kebenarannya masih BELUM terbukti...

Tapi betul ke buaya ada lidah???????
Jawapannya....
YA...buaya memang mempunyai lidah.... Tapi lidah buaya berbeza dengan lidah reptilia yang lain... Ini kerana lidah buaya bersambung terus dengan bahagian bawah mulutnya dan tidak bergerak langsung... Lidah buaya juga boleh merasa perbezaan antara rasa MANIS dan MASAM....

Thursday, October 23, 2008

Legenda Buaya dari Sabah

Bilamana kita mendengar nama bujang senang disebut, di fikiran kita akan tergambarlah Sarawak, di mana Sarawak dan bujang senang tidak dapat dipisahkan. ada banyak versi mengenai bujang senang. Tetapi jarang bagi kita mendengar legenda sang buaya dari negeri lain, kecualilah dogeng sang kancil mempermainkan buaya. Kali ini saya ingin berkongsi cerita legenda mengenai buaya di sungai Kinabatangan, Sabah.

Pada masa dahulu dikatakan di sungai kinabatangan, buaya boleh berkomunikasi dengan manusia dan pada waktu tersebut juga wujud keharmonian diantara buaya dan manusia. Cerita ini bermula bilamana seekor buaya putih air tawar yang bernama Terrunggari telah menarik seorang budak ke dalam sungai dan dibawanya budak itu ke muara sungai kinabatangan. Tujuan Terrunggari menraik budak tersebut ialah untuk menjadikan budak tersebut sebagai saksi antara pertarunganya (Terrunggari) dengan seekor buaya dari laut yang besar yang bernama Berlintang. Berlintang ialah buaya yang memerintah laut pada masa tersebut.

Berlintang bukan sahaja memerintah laut, tetapi ingin merampas kuasa di sungai yang pada masa itu dikuasai oleh Terrunggari. Jadi sebelum Berlintang berhasrat mengusai sungai, dia perlu berdepan dengan Terrunggari. Terunggari tidak mahu membiarkan Berlintang mengusai sungai disebabkan Berlintang seekor buaya yang ganas dan akan menyerang haiwan dan manusia di sungai Kinabatangan.

Sebelum bertarung, Terrunggari memberitahu budak tersebut, kalau darah putih muncul dari dasar sungai semasa pertarungan tersebut berakhir, itu bermaksud dia kalah dan dia mahu budak tersebut memberikan amaran pada orang kampung supaya berpindah dari sungai Kinabatangan bagi menjamin keselamatan mereka dari diserang oleh Berlintang. Jika darah merah yang muncul dari dasar sungai pula, ini bermaksud Terrunggari menang dan orang kampung tidak perlu takut kerana keamannan antara buaya dan manusia akan terus terjamin.

Kemudian, berlakulah pergaduhan diantara Terrunggari dan Berlintang di mana di akhir pertarungan tersebut, darah merah telah muncul dari dasar sungai. Jadi ini bermaksud Terrungari menang dan manusia tidak perlu takut kerana Terunggari tidak akan menyerang manusia.

Tapi ini adalah lagenda dan cerita dogeng semata mata kerana mengikut statistik, setiap tahun, akan ada orang menjadi mangsa kepada buaya di sungai tersebut.

Friday, October 17, 2008

Buaya




















































Satu lagi post yg bersifat akademik. Aku ingin berkongsi cerita mengenai pendapat aku mengenai buaya. Bagi aku, buaya adalah haiwan yang penuh dengan misteri. Bila disebut mengenai buaya, akan terbayanglah kita mengenai seekor haiwan yang ganas dan menakutkan. Di Malaysia seperti yang kita sedia maklum, serangan buaya biasanya berlaku di Sarawak. Di Sarawak, setiap tahun mesti ada laporan mengenai kematian akibat serangan daripada buaya. Mungkin serangan buaya terhadap manusia disebabkan persaingan untuk mendominasikan kawasan ataupun mungkin disebabkan oleh kekurangan ikan yang menyebabkan buaya tiada pilihan selain dari menyerang manusia.

Di sarawak, serangan buaya biasanya dikaitkan dengan sungai batang lupar di mana di sungai itu juga dikatakan bujang senang sedang bertapa menunggu mangsanya. Mengikut cerita orang tempatan di batang lupar, mereka mendakwa pernah melihat bujang senang timbul di sungai tersebut dan dakwa mereka lagi, lebar badan bujang senang adalah sama lebar dengan bas. Memang mungkin ada kebenaran dakwaan tersebut jiwa buaya tersebut bersaiz 10m ke atas. Sebab mengikut pembacaan aku, buaya yang sepanjang 5-6 meter, lebar badan adalah sama saiz dengan lebar kereta kancil atau lebih lebar dari kereta kancil.

Mengenai sejarah bujang senang di sarawak, dikatakan bujang senang ini adalah jelmaan manusia. Tapi kalo mengikut teori, adalah mustahil buaya berasal daripada manusia. Dan salah satu lagi kepercayaan mereka, buaya boleh mendengar kita berbual kerana buaya mempunyai telinga di dapur. Tapi ini adalah hanya kepercayaan orang tua2 zaman dahulu. Di Sarawak, adalah pantang bagi sesuatu keturunan tersebut mebunuh buaya kerana jika seseorang itu membunuh buaya, maka buaya akan menyerang keturunan orang yang menyerang atau mebunuhnya sampai bila bila.

Keadaan ini pernah berlaku di bahagian kota samarahan di mana 3 mangsa buaya mempunyai pertalian darah. Mengikut cerita, keturunan mangsa pernah membunuh buaya di sungai kota samarahan. Disebabkan itu, selang beberapa tahun kemudian, buaya mula menyerang keturunan mangsa hingga menyebabkan 3 kematian. Nama dan tarikh serangan pernah direkodkan di dalam sebuah buku yang bertajuk "man-eating crocodile". Adakah ini kebetulan ataupun memang sumpah tersebut benar2 berlaku? Adalah sukar mencari jawapan pada persoalan ini.

Sebenaranya di seluruh dunia, ada 13 spesies buaya, 2 spesies alligator, 5 spesies caiman dan 2 spesies gharial. Di Malaysia, biasanya buaya yang dikategorikan yang paling ganas adalah buaya air masin, di mana buaya air masin ini boleh berenang hingga jarak 600 KM ke laut. Maksudnya di sini, buaya bukan sahaja mendiami sungai, tetapi juga laut, di mana berjarak 600Km dari muara sungai. Ini terbukti bila beberapa video telah berjaya direkodkan di mana penyelam menjumpai buaya berenang jauh ke laut. Dan berlaku keadaan di mana buaya bertarung denga ikan jerung dan video ini pernah diterbitkan dalam satu dokumentari.

Kadang kadang orang bertanya, bagaimana mangsa serangan buaya boleh ditemui semula sedangkan sepatutnya mangsa telah dibaham oleh buaya. Ada satu yang patut kita tahu mengenai buaya, bila ianya menyerang secara perseorangan, buaya tersebut tidak akan mampu mengoyakkan daging mangsa kerana buaya tidak mempunyai gigi yang khas untuk memotong daging. Oleh sebab itu, buaya akan membunuh mangsanya dan akan menyimpan mangsanya hingga mangsa hampir reput, barulah buaya tersebut akan mula memakan mangsanya. Oleh sebab itu, jika kita menemui mangsa serangan buaya, janganlah kita turun ke sungai kerana buaya yang menyerang mangsa berada di sekitar mangsa dan buaya tersebut boleh bertindak ganas bila kita mengganggu makanan dia.

Satu lagi yang pelik mengenai buaya, di mana sahaja sungai yang mempunyai udang, di situlah akan ada buaya. Sebab dan musabab nya, aku pun kurang pasti. Mungkin satu kajian patut dilakukan mengapa buaya dan udang sentiasa memerlukan di antara satu sama lain. Sebenarnya ada banyak lagi yang aku ingin cerita mengenai buaya. Mungkin di lain post :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio