Showing posts with label kamil. Show all posts
Showing posts with label kamil. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Lawatan

Ahad lepas, Jabatan Pelajar Malaysia dari Sydney membuat lawatan ke Tasmania. Lawatan ini memang dilakukan setiap tahun. Ini adalah untuk mendapat maklumbalas dari pelajar yang berada di Universiti di luar negara. Perjumpaan adalah bermula dari pagi dan petang. Malamnya ada majlis solat berjemaah dan bacaan Surah Yasin bersama2 pelajar muslim di sini. Disebabkan ini kali pertama pelajar muslim berkumpul setelah semester baru dibuka, jadi ada beberapa org pelajar baru. Seperti tahun2 sebelumnya, bilangan pelajar muslim tidaklah ramai, rasanya yg datang malam tue tak melebihi 20 orang.

Selepas solat berjemaah, ada makan2 sikit. Semua nie "potluck"... Hanya aku jer tak sempat nak bawa apa2.. Kebetulan hari tue aku ada discussion dari pagi sampai kol 8 malam. Jadi memang tak sempat nak masak apa2. Tapi aku datanglah gak, kalo tak datang nanti, nanti tak de orang plak..Meramaikan suasana :)

Ini adalah staf2 dari Jabatan pelajar Malaysia.

Berbual. Bukan senang nak berjumpa terutamanya bagi pelajar malaysia. Dah ler tak ramai, duduk pun bertaburan..hehe.. maksud aku, semua duduk jauh anatar satu sama lain... Pelajar kampus Launceston memang tak ramai, sebab kampus nie adalah kampus cawangan... Kalo kampus induk di Hobart, barulah ramai....

Aktiviti lepas makan, berbual lah kan...

Tuesday, March 17, 2009

Hilang lagi?

Experiment dah 2 aku buat, ada 2 lagi aku kena buat..dah separuh jalan. Tapi masalah Preliminary Research Plan (PRP) aku tak selesai2 lagi sampai skrg wlpun dah setahun setengah. HILANG. Nie dah kali ke 2 aku nyer Preliminary Research Plan (PRP) aku hilang... Ayat HILANG tue yang menyebabkan aku lambat hantar aku nyer PRP. PRP adalah kertas cadangan untuk menjalankan research dan tanpa PRP, seseorang itu boleh diberhentikan daripada Universiti.

Aku betul2 tak faham, apa yang berlaku pada organisasi universiti ini. Tahun lepas aku dah antar aku nyer PRP, malangnya aku tunggu lebih dari 2 bulan, akhirnya orang yg bertangungjawab untuk membaca dan meluluskan PRP aku memberitahu aku PRP aku hilang dan aku kena hantar yang baru.

Ok, aku tak kesah, aku hantar lagi, 4 bulan kemudian baru dapat balik aku nyer PRP. Aku tak tau apa yang dia baca hingga 4 bulan sedangkan PRP tue tak sampai 20 helai pun. Aku disuruh kemaskinikan sebelum hantar ke pusat pengajian siswazah.

Lepas siap semua aku buat, aku hantar lagi ke jabatan dan jabatan akan hantar ke pusat pengajian siswazah. Malangnya sebulan berlalu, hari ini aku terima email dari sekolah pengajian siswazah mengatakan aku nyer tarikh menghantar PRP dah tamat dan sampai hari ini mereka tak terima aku nyer PRP...

Wah..ini dah menyebabkan aku panas membara...aku dah antar sebulan yang lepas, tapi diaorang tak terima.

Aku ge jumpa pensyarah yang bertangungjawab, senang je jawapan dia, JABATAN HILANGKAN aku nyer PRP... Lepas tue dia salahkan supervisor aku sebab tak ikut saluran yang betul (aku tak tau apa yg betul kalo asyik hilang). Aku tak puas hati, aku jumpa supervisor aku, dia pun kata tak tau dah nak cakap dan dia minta aku bg masa untuk dia siasat apa yang dah berlaku..

Memang aku GERAM yang amat sangat... yang aku tau, INI BUKAN MASALAH AKU... Tapi aku yang akan jadi mangsa disebabkan kelalaian orang lain...


Monday, November 24, 2008

Hari yang memenatkan dan menensenkan aku..

Pagi tadi aku bangun awal sebab nak ge Aquaculture Centre (Hatchery), tempat ternak ikan dan tempat buat research mengenai ikan. Aku kena cuci 12 tangki bersaiz 500L, 1 tangki 1 tan dan 1 tangki 5 tan. Ini adalah persediaan untuk aku start 2nd experiment. Jadi sebelum aku start 2nd exp, aku kena pastikan tangki semua bersih dan bebas dari patogen yg merbahaya pada ikan. Aku start cuci tangki dari pagi sampai pukul 4 ptg terus menerus tanpa henti. Tapi masih lagi belum habis aku cuci, esok aku kena sambung lagi. Lepas aku cuci semua tangki nie, aku kena isi semua tangki ini dengan air tawar dan aku akan biarkan tangki nie selama sebulan untuk pastikan biofilternya berfungsi dengan baik. Jadi aku akan tambah ammonium chloride untuk mempercepatkan bakteria membiak kat filter di mana bakteria ini adalah bakteria berguna untuk membersihkan air.

Lepas tue, abis aku basuh tangki tadi, aku kena sediakan bahan2 untuk membuat makanan ikan. Banyak dah tak ada dalam simpanan, jadi aku hantar email kat supervisor aku minta dia beli bahan2 yang baru. Itu tak jadi masalah, yang masalah sangat, aku nyer mineral premix yang aku formulated dah hilang. Mineral premix ini adalah campuran mineral2 pada sukatan yang telah ditetapkan oleh researcher sebelum ini. Aku buat 1 kilo hari tue, aku letak lam peti sejuk, tapi semuanya hilang. Memang aku tensen giler, sebab nak campurkan bahan2 kimia nie bukan senang, perlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi. Pada masa yang sama, banyak bahan kimia dah abis stok. Kalo aku nak buat yang baru, aku kena banyak order bahan2 yang baru. Ambil masa lagi dan aku kena tunggu lagi.

Aku memang tensen dan geram, aku pergilah cari supervisor aku, manalah tau dia letak kat tempat lain ataupun dia buang ke, sebab dia selalu bgtau kat aku, kalo aku tak label aku nyer barang2, dia akan buang. Jadi aku ge lah cari dia (bukan mengamuk lah, sekadar bertanya). Bila jumpa, aku tanya dia, dia ada nampak tak aku nyer mineral premix? Sebab aku rasa dah kena buang dah.. Dia pun bgtau aku yang dia tak pernah buang mineral premix setakat yang dia ingat. Erm..kalo camtu, mesti ada orang lain dah terbuang aku nyer mineral premix... Wah..tensen2....

Sunday, November 23, 2008

Aktiviti hujung minggu aku..

Pemandangan pagi di george town

Pagi semalam aku, Ghazaly dan wife dia kamariah, Roslan, dan wife dia Hana dan 3 orang anak diaorang bercadang nak ge berehat sambil mancing kat george town. Kira ala ala pekelahan musim panas lah. Tapi sampai je kat sana, cuaca plak di luar dugaan.. Dengan keadaan yang sejuk, angin plak kuat sangat..

Mula mula kitaorang cubalah hampar tikar, ingatkan nak duduk n makan sambil memancing, tapi kesian plak tengok budak2 kecik, diaorang kesejukkan.. Jadi kitaorang decide budak2 duduklah dalam keta supaya tak lah sejuk. Aku, Ghazaly n Roslan plak cadang nak cuba memancing kejap kat situ. Walaupun sejuk, ramai gak yang memancing, antaranya budak2 sekolah rendah yang naik basikal kecil sambil bawa pancing.. Adalah dalam sejam mancing, aku dapat sekor ikan wraise, tapi aku kena lepaskan balik sb tak cukup saiz 30cm. Pastue kitaorang berkira2 nak balik, tetiba plak budak2 kecik yang mancing disebelah kitaorang tengah cuba naikkan ikan. Pancing diaorang mengena.. Kitaorang yang penuh minat, tunggulah budak2 nie naikan ikan, nak tengok ikan apa. Rupanya diaorang dapat ikan Mackerel...hampir 50cm panjang dan aku percaya berat hampir sekilo ataupun lebih sedikit. Wah..tensennyer kitaorang, budak2 kecik dapat ikan besar giler, kitaorang tak dapat apa2..huhu...

George town, inilah tempat kitaorang mancing.

Lepas tue kitaorang decide nak ge plak mancing kat Rowella, dalam 30 minit dari george town. Sebab tak bleh tahan dah duduk kat george town, sebab cuaca sejuk dan angin yang kuat. Aku memang menggigil dah.. Jadi kitaorg pun bergerak Rowella, berhampiran dengan Batman Bridge (yang aku cerita kat aku nyer entri sebelumnya).


Nie gambar kitaorg mancing kat Rowella..

Tempat nie tak lah sejuk sangat, sebab terlindung dari angin. Disebelah kiri kanan, semua bukit. Jadi angin taklah kuat sangat. Jadi kitaorang start lah mancing. Memang takde kan lah hari nie, mungkin sebab cuaca yang sejuk dari biasa menyebabkan ikan hilang selera makan. Itu mungkin satu kemungkinan.


Walaupun angin tak kuat, cuaca masih lagi sejuk

Akhirnya ghazaly dapat ikan, tapi terpaksa dilepaskan, sebab kecil..hehe..nasiblah... Nie Nida dan nada, anak Roslan dan Hana.

Nie plak rafiq, anak roslan dan hana gak.

Nie aku nyer peralatan memancing yang terpaksa aku samak.. wah..geram siot aku masa tue.. kejadian nie berlaku masa kitaorang mancing kat rowella. Semua peralatan mancing nie aku letak kat belakang, termasuklah umpan. Tengah aku mancing, datanglah seorang mat salleh dan 2 ekor anjingnya yang bentuk macam bulldog. Aku tak perasan si mat salleh nie datang ngan anjingnya, bila aku toleh belakang, mak aiiiii...abis aku punya peralatan anjing tue hidu n jilat dan umpan aku pun dia makan... Tuannya tak sedar, sebab tengah sibuk tengok kitaorng mancing. Jadi bila tuan dia sedar, tuan dia pun tarik anjing dia naik ke darat... Tapi..tapi..peralatan mancing dan umpan aku tercemar... Terus aku hilang mood nak macing..jadi kitaorng decide balik umah... Balik je, terus aku samak semua perlatan mancing aku...stress..stress....

Sampai umah hampir kol 6 petang..sampai je, lepas aku samak semua peralatan, aku pun ge lah masak. Hari nie1st time tak dapat bawa balik ikan.. Ikan yang aku dapat, semuanya tak cukup saiz dan terpaksa dilepaskan. Jadi utk menghilangkan rasa frust, aku pun masaklah ikan silver trevally yang aku pancing minggu sebelumnya.. :D

Wednesday, November 19, 2008

Gambar kenangan masa kat UPMT dulu... (1999-2002)

Bila aku tengok gambar masa aku study kat Terengganu dulu, teringat kembali kesah zaman tersebut dan rasa itulah kenangan yang paling best yang aku takkan lupa sampai bila bila. Kat situ lah aku kenal ramai kawan2 aku yang banyak mengubah cara pergaulan dan kehidupan aku. Di sini aku kongsi gambar2 lama aku masa aku study kat sana.


Aku ngan an masa dinner budak2 biologi :)

Aku dengan moto aku..

Nie masa buat amali kat kenyir...kalo tak silap aku masa nie yang ngajar ialah Prof Sakri, Dr khalid samo dan Dr Kamil.

Trip pertama aku ge laut masa ambik subjek Prof Faezah. Memang teruk mabuk laut masa tue.. Maklumler, kali pertama ge laut..huhu

Nie masa sambut Birthday nani kat KFC batu Buruk, Terengganu.

Haha..nie skandal UPMT :) Tapi gilos, ringan betul roy... Roy, berapa berat ko masa nie? :p

NIe gambar2 orang yang tengah kelaparan.. Hehe...nie adalah hari2 terakhir di UPMT. Kitaorang bakar ayam kat pantai di mana tetiba sahaja Mat Ezam datang bila terhidu bau ayam yang dibakar..hehe..Sorry lah Mat Ezam :)

Jep n Kong (nama cina) @ Zaini (nama melayu) tengah bakar ayam...

Ghebeh dengan bunga silat yang tak berapa nak jadi... di bawah nie plak roomate sejati ghebeh...hehe..

Aksi action kame

Makan durian kat pasar payang.. Best giler masa nie, sebab durian nie memang kualiti best punyer... dah lah besar, biji durian kecik jer.. Susah nak jumpa durian macam nie...masa tue harga kalo tak silap aku, 3 biji 10 ringgit (betul ke kuzak n rauhan?)

Kuzak dan sahabat sejatinya :)

Wah rauhan, kalo ghebeh tengok gambar nie, mesti dia kagum kan :p

Nie masa kitaorg buat pratikal kat tasik kenyir..

Nie masa buat soal selidik kat tanjung demong.. masa tue aku, zabir, rauhan dan keli satu kumpulan... Buat laporan mengenai sektor perikanan kalo aku tak silap :)

semua naik ke darat..masa nie ada orang tengah mengebom batu kat bahagian atas air terjun.. Jadi sebagai langkah berjaga2, kitaorg disuruh naik ke darat dulu.. Tapi tak plak aku tengok batu berterabur masa diaorang bom time tue....

Roy n Arief Dharmawijaya... tengah wat pe tue???

Jep n ann... INPENS selamanya :)

Tuesday, November 18, 2008

Persoalan mengenai teori hanyutan benua

Entri kali ini aku nak ajak pelawat blog aku untuk berfikir dan memberikan pendapat mereka mengenai perkara ini. Memang banyak sangat persoalan yang berkait dengan teori hanyutan benua yang sukar untuk diyakini kebenarannya. Persoalan yang aku ingin timbulkan hanya melibatkan antara semenanjung Malaysia dan Borneo. Persoalannya:

1. Kenapa di semenanjung ada Harimau belang, di Sarawak & sabah tiada harimau belang?

2. Kenapa di semenanjung ada gajah, di sarawak tiada gajah..tetapi di sabah ada gajah yang bersaiz kecil yang lain dari spesies di semenanjung (dikatakan gajah yang wujud di sabah dibawa oleh orang inggeris yang telah mengalami evolusi yang menyebabkan ianya bersaiz kecil. Tetapi kajian oleh saintis secara saintifik menunjukkan gajah ini berbeza dengan gajah dari semenanjung-leluhur yg berbeza)

3. Dari segi spesies pokok, di Sarawak ada kayu Belian (kayu yang paling keras di dunia), tetapi di semenanjung, tiada kayu Belian.

Ini adalah antara sedikit sebanyak persoalan yang aku masih belum pasti jawapannya.. Dan sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan mengenai hidupan liar dan tumbuh tumbuhan yang ada di semenanjung dan borneo. Sapa ada idea, blehlah nyatakan di sini..nanti kita berbincang :)

Antara Faktor Mengapa Ikan Cepat Membesar...

Ikan, seperti yang kita tahu merupakan sumber protein utama di dunia pada masa sekarang. Ikan menjadi pilihan utama kerana ianya cepat mebesar dan mempunyai kandungan protein yang tinggi. Seekor ikan yang bersaiz 150 gram boleh membesar ke berat 2 kali ganda hanya dalam masa 5-6 minggu, contohnya ikan trout, siakap dan tilapia. Di sini saya menggunakan perbandingan ikan yang bersaiz besar (150g) kerana semakin kecil saiz kan tersebut, semakin pantaslah kadar tumbesarannya. Jadi bila semakin besar saiz ikan tersebut, tumbesaran akan menjadi lebih perlahan.

Salah satu faktor yang menyebabkan ikan cepat mebesar ialah kerana ianya berdarah sejuk dan hidup di persekitaran berair. Jadi ikan tidak perlu membazirkan tenaga untuk mengawal suhu badan. Ini kerana suhu badan ikan bergantung dengan suhu air di persekitarannya. Tidak seperti manusia, di mana kita akan melakukan metabolisma untuk memastikan suhu badan sentiasa dalam keadaan yang optimum di mana aktiviti ini akan memerlukan tenaga.

Ikan juga tinggal di persekitaran yang berair di mana akan mengurangkan penggunaan tenaga untuk bergerak. Air memudahkan ikan bergerak dengan penggunaan tenaga pada kadar yang minima. Faktor faktor inilah yang membantu ikan menggunakan nutrien yang diserap pada kadar yang optimum dan ini secara tidak langsung ikan akan membantu ikan membesar dengan cepat.

Monday, November 17, 2008

Lagu Untukmu :)

Video ini ditujukan khas kepada staf staf UPMKB yang berada di perantauan :)




Balik

Lepas penat berjalan, kitaorg buat keputusan untuk balik awal ke Hobart.. Sampai kat tempat feri kol 1.15 tengahari, tapi malangnya, kena tunggu sejam plak, feri lambat sampai... Jadi berangkat daru bruny ke Hobart dalam kol 2.15.. Sejam kena tunggu... Aku ambik kesempatan tidur dalam keta... Penat giler...mana tak nya, berangkat dari Launceston kol 4.30 pagi...Ayam pun tak berkokok lagi waktu tue.. ada ke ayam kat sini? ada ayam, tapi macam burung jer aku tengok, hanya tak bleh terbang.. :)

Feri dah sampai...wah...penantian berakhir :)




NIe masa kat atas feri, takde keja, aku ambik ler video wlpun takde apa2 yang menarik yang nak direkod kan :D Sampai di Hobart, aku singgah rumah Kak Nadia (lecturer UNIMAS) kejap.. Dia dan suami dia tak bagi kitaorang balik dulu, sebab diaorang nak masak nasi beriani... Sedap betul nasi beriani yang diaorang masak.. Dah lama tak makan nasi beriani.. Rasa sedih sangat masa makan, sebab teringat makanan2 kat Malaysia.. Alangkah indahnya kalo kat sini ada banyak makanan yang serupa ngan Malaysia kan... Abis jer makan, kitaorang berangkat balik ke Launceston dalam kol 9 malam. Sampai Launceston, dah nak kol 12 mlm.. Penat sesangat, sampai jer, terus pengsan...Tidur lah :D


Bruny Island Neck Game Reserve

Nie antara tempat yang aku singgah masa kat pulau nie..

Memang cantik, tapi sayang tak boleh nak mandi, sejuk bangat... Tapi aku heran, ada lah gak mat salleh yang surfing kat sini..dah lah sejuk...kulit apa ntah diaorg tue...huhu


Nie laut yang hanya dipisahkan oleh dataran yang sempit...

Bagi aku, inilah kali pertama aku tengok dua laut yang terhalang oleh dataran... Memang mengangumkan...SUBHANALLAH...




Ini adalah video yang aku rekod masa kat sini :)

Kelaparan....

Balik dari rumah api, perut aku tetiba plak kelaparan...satu keje plak..nak cari tempat makan, jadi terpaksalah rujuk peta... ada kedai makan, tapi lam 30km... Nak tak nak, pergi lah jugak.. Ada satu je kedai makan yang berjaya dikesan.. Jadi aku pergilah makan kat kedai yang satu tue sb dah takde pilihan yang lain... Tapi sodihnyer, hanya salad jer yang halal kat kedai tue... "wah..aku tak nak makan sayur"..dalam hati aku ler.... Tapi perut dah lapar, nak tak nak, aku terpaksalah jugak order salad with salmon..

wah..dah lah sayur, harga mahal giler... salad nie jer harga AUD16. Nak wat camne, dah kedai nie jer yang satu ada dan salad nie jer halal...makan n bayar jer lah..huhu

Sunday, November 16, 2008

Welcome to Cape Bruny Island Lightstation

"Welcome to Cape Bruny Island Lightstation", itulah papan tanda pertama yang aku baca bila sampai ke tempat ini.

Nun kat atas bukit..tinggi dan memenatkan

Di depan itu adalah lautan yang tersejuk di dunia

Lereng bukit yang tinggi...

Kawasan yang cantik. Di kawsan ini juga boleh dijumpai sealion.

Di pulau ini juga ada pulau kecil..tapi dekat je.. :D

Aku yang tengah tahan sejuk..huhu

Rumah api ini adalah rumah api yang kedua tertua di Australia di mana ianya dibina pada tahun 1836.




Ini adalah video yang aku rekod masa kat sana..angin memang kuat sangat dan sejuk.. Mungkin kerana laut nie berhampiran dengan lautan artik (kalo aku tak silap).

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio