Showing posts with label Pemakanan ikan. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan ikan. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Baca dan Membaca

Dalam dua minggu nie aku kesibukkan..
Yang peliknya, makin sibuk, makin takde idea..
Minggu nie gak aku kena "membaca"..
Adus..penat penat..lebih2 lagi bila baca benda yang aku sukar nak faham..
Minggu nie kena baca "Stereo Chemistry", salah satu cabang kimia yg paling mencabar bg aku..
Dah banyak kali baca, tapi kurang faham..
Aku tanya ngan supervisor aku, jawapannya mudah, "teruskan membaca sampai faham"..
Tapi masih aku kurang faham..
Akhirnya, aku call Dr Hamdan, seorg pensyarah spectroscopy di UPM Bintulu..
Jadi dia lah tolong terangkan aku..
Kuliah melalui telefon..
Apapun, terima kasih Dr Hamdan kerna banyak membantu aku..

Monday, June 22, 2009

Gambar di sekitar tempat experiment di jalankan









Gambar gambar di atas menunjukkan tangki2 kajian untuk experiment aku yg ke 3. Kali ini aku kena kultur ikan di dalam 24 tangki di mana setiap tangki akan di stok dengan 31 ekor ikan. Memang antara experiment yg besar bagi aku kerana melibatkan banyak tangki dan treatments. Jadi lepas ini, aku banyak menghabiskan masa kat tangki ikan, memberi makan ikan, bersihkan tangki, periksa kualiti air, tukar air dan banyak lagi. Experiment kali ini melibatkan tindakbalas hormon dan usus ikan dengan protein. Experiment ini dijangka siap akhir bulan ogos ini. INSYAALLAH, moga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Monday, May 25, 2009

Berita yg amat mengejutkan sejak aku menjadi seorang pelajar

Malam semalam aku dapat email dari supervisor aku yang memberitahu aku dia ingin jumpa semua 4 orang pelajar termasuk aku yang berada di bawah penyeliaan dia. Memang terkejut, sebab tak pernah pernah dia hantar email pada hujung minggu, hari ahad lagi tue. Jadi memang bermacam macam persoalan bermain dalam benak fikiran, apa sebenarnya yang dah berlaku. Nampak macam serius jer sampai hantar email 2 kali, hari ahad lagi tue.

Jadi tadi, aku n 3 orang kawan2 aku ge lah jumpa dia. Masuk je dalam bilik dia, dia pun tutup pintu opis dia. Erm..rasa pelik, sebab dia ketua jabatan, jadi bilik dia memang besar dan takde oarng yang akan masuk atau lalu kecuali yang ada meeting ngan dia. Jadi dalam hati aku, takpelah, mungkin ada sesuatu yg sensitif dan penting yang mungkin dia tak nak org lain tengok dan dengar.

Jadi dia suruh duduk, dan baru je duduk, dia pun bagitau ngan kitaorang yang dia akan berhenti jadi ketua jabatan, profesor dan pensyarah kat universiti. Dush....rasa batu besar menghempap kepala aku masa dia kata dia berhenti. Tergaman n terkejut aku. Bukan aku sorang, kawan2 yang lain pun senyap, terkejut. Dia bagitau yang dia dapat kerja baru sebagai penyelidik di syarikat swasta. Memang amat mengejutkan, di mana seorang Ketua Jabatan, Profesor lagi tue nak pindah ke bidang industri di mana ia akan menjadi seorang penyelidik dan bekerja di bawah orang lain. Dalam hati aku, memang atau mungkin dia ada masalah dengan pihak universiti.

Memang berlaku sedikit masalah dengan pentadbiran jabatan tahun lepas, di mana jabatan akuakultur digabungkan dengan kolej marin australia. Bila bergabung, bukan sahaja jabatan akuakultur hilang nama, malah course akuakultur pun telah ditukar kepada nama lain (yg takde kaitan dengan akuakultur). Jadi ini yang banyak menimbulkan ketidakpuasan hati pensyarah yang terlibat.

Jadi masalah yang paling besar adalah aku tidak mempunyai supervisor dalam bidang pemakanan. Sedangkan sekarang bidang aku adalah pemakanan. "primary supervisor" aku sekarang adalah bidang fisiologi. Sebenarnya 4 bulan yg lepas, supervisor aku yang nak pindah ini adalah "primary supervisor" aku, tapi dia tukar jadi co supervisor aku dan melantik co superviosr aku (bidang fisiologi) sebagai "primary supervisor". Aku tak pernah tanya kenapa tukar, jadi sekarang baru aku tau kenapa dia ber ia ia nak tukar.

Aku ada seorang lagi co supervisor dalam bidang pemakanan, tapi dia pun akan berpindah juga dalam masa yang terdekat. Jadi 2 oarng supervisor aku (dua dua pemakanan) akan pindah. jadi tinggallah sorang je supervisor aku yang bidangnya lain dari aku. Jadi memang dan tak dinafikan lagi aku menghadapi masalah besar sekarang. Aku pun tak tahu dah nak buat apa dah.. =((

Tuesday, November 25, 2008

Ikan, apa yang kita patut tahu mengenai ikan..


Ikan merupakan sumber protein yang utama di dunia dan walaupun begitu, masih ramai di antara kita masih tidak mengetahui apa sebenarnya ikan. Ikan tergolong dalam vetebrata di mana ia dikategorikan sebagai bertulang belakang dan berdarah sejuk. Secara amnya pada masa sekarang, lebih 28,000 spesies ikan telah berjaya dijumpai di seluruh dunia di mana hampir 27,000 daripadanya adalah ikan bertulang seperti ikan haruan, ikan kembung, ikan sepat, ikan puyu dan banyak lagi. Selain daripada itu, hampir 970 spesies pula dikategorikan sebagai bertulang rawan, contohnya ikan yu dan pari. Selain itu, 108 spesies pula dikategorikan sebagai ikan primitif di mana spesies ini mungkin bukan ikan, tetapi masih diklaslifikasikan juga sebagai ikan walaupun ciri cirinya tidak menunjukkan ciri ciri ikan 100%. Contohnya lampreys dan hagfish.

Manakala dari segi ekologi, ikan boleh diklaslifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
1. Air tawar
2. Diadromous di mana separuh dari hayatnya hidup di air tawar dan separuh lagi hayatnya di air masin.
3. Littoral
4. Bentik dan curam benua
5. Epipelagik (Lautan terbuka 200m dari permukaan laut)
6. Pelagik laut dalam ( di bawah 200m)


Ikan adalah spesies yang bernafas dengan menggunakan insang. Air akan masuk melalui mulut ikan, dan dari mulut, air akan keluar melalui bukaan insang di mana di insang akan terdapat filamen insang yang mana pada filamen insang ini terdapat kapilari kapilari darah yang akan membebaskan karbon dioksida dan menyerap oksigen. Terdapat juga keadaan di mana ikan boleh bernafas terus dari udara terutamanya ikan yang tinggal di kawasan yang mempunyai kandungan oksigen yang rendah. Contohnya di kolam kolam ikan, jika kita melihat ikan bernafas terus dari udara, ini bermaksud kolam tersebut kekurangan oksigen pada tahap yang kritikal. Sesetengah likan seperti lungfish pula boleh hidup di atas tanah tanpa air untuk beberapa hari.

Ikan juga mempunyai pundi renang. Jikalau mengikut teori evolusi, ikan pada zaman purba mempunyai paru paru. Tetapi setelah mengalami evolusi selama beribu ribu tahun, dan mungkin juta tahun, paru paru ikan telah berevolusi menjadi pundi renang untuk ikan. Tetapi masih lagi terdapat ikan zaman purba yang mempunyai paru paru yang masih wujud hingga kini, iaitu lungfish. Ikan akan menggunkan pundi renang ini untuk membolehkan ianya timbul dan emnyelam tanpa menggunakan banyak tenaga. Ini kerana ikan boleh mengempiskan pundi udara untuk membolehkan ianya tenggelam dan mengisikan pundi renang dengan udara untuk membolehkan ianya timbul semula.

Ikan juga mempunyai sirip di mana sesetengah sirip itu berpasangan, seperti srip pelvik dan pektoral di bahagian tepi ikan. Ikan juga mempunyai sirip dorsal di bahagian atas dan sirip kaudal di bahagian belakang. Sirip kaudal ini mebolehkan ikan bergerak ke depan. Manakala siri sirip lain adalah untuk menstabilkan pergerakkan ikan dan untuk navigasi.

Ikan juga boleh mengesan bau dengan menggunakan hidungnya, atau saintifiknya dipanggil nostril. Ikan biasanya mengandungi dua lubang nostril, di mana air akan masuk melalui satu lubang dan keluar melalui lubang yang kedua. Diantara dua lubang ini, terdapat sensor yang akan mengesan bau dan ini penting untuk ikan dalam mengesan makanan terutamanya di kawasan air yang keruh.

Ikan juga boleh mengesan makanan dengan menggunakan mata bilamana persekitaran air jernih. Bagi sesetengah spesies ikan karnivor, ianya biasa mengesan makanan melalui isyarat pergerakkan melalui air. Bila mangsa bergerak, daya gerakkan mangsa ini akan diterima oleh ikan karnivor tadi melalui garis deria pada badan dan pada masa itu ikan akan bergerak untuk menyambar mangsanya berdasarkan isyarat yang diterima tadi.

Ikan juga akan makan bila makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Sebab itu ikan takkan makan semua jenis makanan. Biasanya ikan akan memasukkan makanan yang dijumpai ke dalam mulut tanpa menelan makanan tersebut. Ketika ini, ikan tengah merasa makanan samaada makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Jika tidak sedap ataupun tidak boleh dimakan, ikan akan mengeluarkan kembali makanan tersebut dan jika sebaliknya, ikan akan terus menelan makanan tersebut. Ikan juga akan makan disebabkan oleh warna makanan tersebut. Ini biasanya pada ikan yang hidup di persekitaran air yang jernih.

Tuesday, November 18, 2008

Antara Faktor Mengapa Ikan Cepat Membesar...

Ikan, seperti yang kita tahu merupakan sumber protein utama di dunia pada masa sekarang. Ikan menjadi pilihan utama kerana ianya cepat mebesar dan mempunyai kandungan protein yang tinggi. Seekor ikan yang bersaiz 150 gram boleh membesar ke berat 2 kali ganda hanya dalam masa 5-6 minggu, contohnya ikan trout, siakap dan tilapia. Di sini saya menggunakan perbandingan ikan yang bersaiz besar (150g) kerana semakin kecil saiz kan tersebut, semakin pantaslah kadar tumbesarannya. Jadi bila semakin besar saiz ikan tersebut, tumbesaran akan menjadi lebih perlahan.

Salah satu faktor yang menyebabkan ikan cepat mebesar ialah kerana ianya berdarah sejuk dan hidup di persekitaran berair. Jadi ikan tidak perlu membazirkan tenaga untuk mengawal suhu badan. Ini kerana suhu badan ikan bergantung dengan suhu air di persekitarannya. Tidak seperti manusia, di mana kita akan melakukan metabolisma untuk memastikan suhu badan sentiasa dalam keadaan yang optimum di mana aktiviti ini akan memerlukan tenaga.

Ikan juga tinggal di persekitaran yang berair di mana akan mengurangkan penggunaan tenaga untuk bergerak. Air memudahkan ikan bergerak dengan penggunaan tenaga pada kadar yang minima. Faktor faktor inilah yang membantu ikan menggunakan nutrien yang diserap pada kadar yang optimum dan ini secara tidak langsung ikan akan membantu ikan membesar dengan cepat.

Wednesday, October 29, 2008

Ikan Hiasan 1 (Pemilihan spesies mengikut corak pemakanan)





Kita biasa melihat sesetengah peminat ikan hiasan memilih untuk mencampurkan beberapa spesis ikan dalam satu akurium yang sama. Di sini aku ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dan perlu dipertimbangkan semasa memilih spesies ikan yang ingin diletakan bersama dalam satu akuarium. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan ialah corak pemakanan ikan tersebut. Contohnya ikan yang jenis makan di dasar, pertengahan, dan dipermukaan air. Jika kita ingin meletakkan dua spesis ikan yang berbeza, corak pemakanan hendaklah berbeza. Ini adalah untuk mengelakkan ikan berebut makanan dan lebih penting mengelakkan ikan daripada bersaing untuk menguasai kawasan. Seperti kita sedia maklum, di dalam akuarium, ikan juga akan ada territory nya sendiri. Contohnya ikan di atas, mempunyai jenis mulut yang berbeza... Dan satu lagi yang penting, pastikan saiz ikan itu hampir sama, ataupun saiz tidak terlalu jauh berbeza bagi mengelakan kecederaan yang serius bilamana berlaku konfrontasi :)

Monday, October 27, 2008

Belum berjaya lagi :(

Nie dah minggu kedua aku buat lab work on digestibility, tapi sampai sekarang aku belum berjaya lagi dapat result. Aku tak faham kenapa samples ikan yang aku buat tak boleh digest dalam asid nitrik pekat dan hidrogen peroxide. Pening kepala aku fikir. Dah beberapa kali aku ubah standard method yg aku gunakan, tapi hasilnya masih lagi belum nampak. Aku tambah jumlah asid nitrik, hasilnya pun sama. Aku panjangkan masa panaskan sampel + asid nitrik pekat + hidrogen peroxide to 100 darjah dari 2 jam ke 6 jam pun, hasilnya masih sama. Aku dah tak tau nak buat apa dah tadi.

Sebelum aku balik dari lab tadi, aku jumpa supervisor aku, tanya apa yang patut aku buat. Dia pun pening jugak, sebab tak pernah lagi berlaku samples yg tak boleh di digest dalam asid pekat. Tapi tadi setelah berbincang dengan dia, mungkin aku akan cuba campurkan asid nitrik dengan asid yang lebih kuat iaitu perchloric acids. Aku pernah guna perchloric acids semasa buat digestibility masa kat UPM dulu, memang berjaya, tapi untuk standard method yg aku gunakan di sini, sepatutnya aku tak boleh gunakan perchloric acids sb aku guna inert marker yang berbeza. Masa di UPM aku guna Chromic oxide sebagai inert marker, tapi di sini aku guna yttrium oxide dan ytterbium oxide. Jadi aku masih tak tau camne result yang akan aku dapat lepas ini, adakah boleh digunakan ataupun tidak.

Inilah benda yang paling aku tensen bila buat lab work, bilamana kena repeat berkali2 benda yang sama. Memang hakikatnya kita belajar melalui kegagalan, tapi kekadang kegagalan menyebabkan sampel aku hampir habis. Kalau sampel aku habis, macamana lah aku nak teruskan aku nyer lab work lepas nie... :((

Monday, October 20, 2008

Pemakanan IKAN





Sebut sahaja pemakanan ikan, ramai yang akan terkejut dan tertanya tanya apakah pemakanan ikan? Ramai orang bertanya pada aku, apa pemakanan ikan, kenapa perlu belajar mengenai pemakanan ikan, kenapa nak tau diet ikan, dan banyak lagi soalan yang pernah ditanya. Di sini aku takkan jawab dengan secara saintifik, aku akan cuba terangkan dengan memberikan beberpa contoh bagi memudahkan kita memahami mengapa pemakanan ikan ini penting dalam konteks ternakan ikan.

Seperti yang kita sedia maklum, makanan ikan adalah kos yang paling tinggi yang perlu ditangung oleh penternak ikan. Makanan ikan biasanya melibatkan 50-60% kos pengeluaran di kolam2 ternakan ikan dan udang. Sperti manusia, ikan perlu makan setiap masa. Biasanya untuk tujuan ternakan, ikan diberi makan 2-3 kali sehari bergantung pada teknik pengeluaran dan kos yang sanggup dibelanjakan oleh penternak untuk makanan ikan. Kalau ikan diberi makan 2 kali sehari, biasanya ikan akan diberi makan waktu pagi dan petang. Kalau tiga kali sehai biasanya waktu pagi, tengahari dan petang. Terdapat kajian di Uni of Tasmania, di mana penyelidik membuat perbandingan tumbesaran antara ikan yang diberi makan 3 kali sehari (siang sahaja) dan 6 kali sehari (3 kali siang, 3 kali malam), tapi hasil daripada kajian tersebut tidak menunjukkan perbezaan antara ikan yang diberi makan 3 kali sehari (hanya di waktu siang) dan 6 kali sehari (siang dan malam). Tumbesaran adalah sama dan spesies yang digunakan untuk kajian ini adalah ikan Siakap.

Seperti manusia, ikan juga memerlukan diet yang seimbang bagi membolehkan nya membesar dengan cepat dan sihat. Makanan ikan hendaklah mengandungi kandungan protein, lemak, kabohidrat, tenaga, vitamin dan mineral yang mencukupi. Katakan jika makanan ikan mempunyai peratusan lemak yang tinggi daripada yang sepatutnya, ikan tidak akan makan makanan tersebut dalam kuantiti yang sepatutnya. Jadi ikan akan mengalami kekurangan protein, vitamin dan mineral. Ini kerana ikan akan berhenti makan jika kandungan tenaga yang diperlukan sudah mencukupi. Seperti yang kita tahu, lemak mempunyai kandungan tenaga yang tinggi berbanding protein dan kabohidrat. Jika makanan mempunyai kandungan lemak yang tinggi, ini akan mendatangkan masalah pada ikan di mana ikan tidak akan makan dengan banyak dan secara tidak langsung sumber protein dan lain2 nutrien tidak akan mencukupi untuk ikan membesar. Oleh itu amatlah penting bagi kita menyeimbangkan diet ikan supaya ikan boleh mendapatkan sumber protein, lemak, kabohidrat, vitamin dan mineral pada tahap yang optimum.

Dari segi bahan2 yang digunakan untuk mebuat makanan ikan, tepung ikan (ikan kering yang telah dikisar) biasanya mewakili 30-80% daripada makanan ikan. Ini bergantung pada spesies ikan. Contohnya kalau ikan siakap dan trout, bisanya tepung ikan yang digunakan dalam makanan adalah sebanyak 60-80%. Jadi hakikatnya untuk membuat makanan ikan, kita perlukan ikan sebagai sumber protein. Jadi ikan akan makan ikan. Seperti yang kita sedia maklum, harga tepung ikan makin mahal dari tahun ke tahun. Ini disebabkan overfishing dan perubahan cuaca dunia. Peru mengeluarkan lebih 50% tepung ikan dunia. Jadi untuk mengelakkan kekurangan dalam bekalan tepung ikan, beberapa kajian telah dilakukan untuk menggantikan protein ikan dengan protein daripada sumber seperti haiwan ternakan dan protein tumbuhan. Pada masa sekarang ada kejayaan dalam penggantian sumber protein ikan, tetapi bukanlah 100%. Kenapa bukan 100%? contohnya protein tumbuhan tidak mempunyai asid amino yang lengkap untuk ikan membesar. Inilah antara sebab mengapa protein ikan masih dijadikan sebagai sumber protein utama untuk membuat makanan ikan..

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio