Monday, January 18, 2010

Serangan Buaya di pantai Port Dickson, adakah ada kebenarannya?

Aku tertarik dengan berita di mana seorang pelancong tempatan diserang oleh buaya di pantai port dickson, N9 baru baru ini. ramai yang terkejut berikutan serangan terbabit berlaku di kawasan laut. Sebab bagi mereka adalah mustahil bagi buaya berenang hingga jauh ke kawasan air masin. Bagi yang mengetahui akan fisiologi reptilia ini, mereka tidak akan terkejut bila mendengar berita tersebut.

Aku pernah menulis beberapa entri mengenai buaya di blog ini. Antaranya:

http://kamil80972000.blogspot.com/2008/10/buaya.html
http://kamil80972000.blogspot.com/2009/01/buaya-air-masinpenyesuaian-hidup-di-air.html

Seperti dalam entri aku sebelum ini, buaya adalah spesies yang boleh berenang hingga jauh ke lautan lepas, iaitu jarak sehingga 600km dari muara sungai. Spesies ini adalah spesies buaya air masin juga dikenali sebagai "Indopacific or estuarine crocodile". Ini bermakna buaya juga tidak hanya tinggal di sungai, malah buaya boleh tinggal di kawasan laut. Ini juga disokong oleh fisiologi buaya itu sendiri di mana buaya mempunyai kelenjar garam pada lidahnya bagi menyingkirkan garam yang berlebihan tanpa kehilangan air yang berlebihan. Kelenjar ini penting kerana dalam masa yang sama, buah pingang buaya memerlukan air yang banyak bagi membolehkan buaya menyingkirkan garam yang berlebihan.

Berbalik pada serangan di port dickson, mangsa dikatakan amatlah bernasib baik kerana biasanya serangan melibatkan buaya selalunya akan melibatkan kematian. Kemungkinan besar buaya yang menyerang mangsa adalah buaya yang bersaiz kecil. Tapi ini juga adalah amaran kepada oarang ramai supaya berhati hati ketika berenang di tepi pantai dan semestinya pihak berwajib harus melakukan sesuatu terhadap perkara ini. Contohnya penyelidikkan secara serius harus dilakukan di kawasan ini terhadap populasi buaya dan fisiologi buaya di sekitar N9 bagi mendapatkan data yang tepat mengenai serangan yang dikatakan melibatkan buaya di kawasan ini.

2 comments:

4ZH4M said...

Yg kat PD tu buaya air masin ke? Aku rasa bukan kot. Bahaya rupanya mandi kat PD.

Kamil L said...

yang kat PD tue, aku tak tau lah..tp dengar cerita mangsa, dia kata buaya anggaran panjang 2.5m. (nie aku baca dari blog kawan dia). Tambahan PD tue dekat je dengan muara sungai... aku rasa, kalo jerung, memang dah abis dah isi kaki dia..sb gigi jerung sangat2 tajam.... Tp yang nie hanya luka...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio