Thursday, January 21, 2010
Serangan Buaya...bila kah pihak berwajib nak bertindak?
Ini adalah petikkan dari berita harian mengenai serangan tersebut:
Berita Harian 21 Jan 2010
Monday, January 18, 2010
Serangan Buaya di pantai Port Dickson, adakah ada kebenarannya?
Aku tertarik dengan berita di mana seorang pelancong tempatan diserang oleh buaya di pantai port dickson, N9 baru baru ini. ramai yang terkejut berikutan serangan terbabit berlaku di kawasan laut. Sebab bagi mereka adalah mustahil bagi buaya berenang hingga jauh ke kawasan air masin. Bagi yang mengetahui akan fisiologi reptilia ini, mereka tidak akan terkejut bila mendengar berita tersebut.
Aku pernah menulis beberapa entri mengenai buaya di blog ini. Antaranya:
http://kamil80972000.blogspot.com/2008/10/buaya.html
http://kamil80972000.blogspot.com/2009/01/buaya-air-masinpenyesuaian-hidup-di-air.html
Seperti dalam entri aku sebelum ini, buaya adalah spesies yang boleh berenang hingga jauh ke lautan lepas, iaitu jarak sehingga 600km dari muara sungai. Spesies ini adalah spesies buaya air masin juga dikenali sebagai "Indopacific or estuarine crocodile". Ini bermakna buaya juga tidak hanya tinggal di sungai, malah buaya boleh tinggal di kawasan laut. Ini juga disokong oleh fisiologi buaya itu sendiri di mana buaya mempunyai kelenjar garam pada lidahnya bagi menyingkirkan garam yang berlebihan tanpa kehilangan air yang berlebihan. Kelenjar ini penting kerana dalam masa yang sama, buah pingang buaya memerlukan air yang banyak bagi membolehkan buaya menyingkirkan garam yang berlebihan.
Berbalik pada serangan di port dickson, mangsa dikatakan amatlah bernasib baik kerana biasanya serangan melibatkan buaya selalunya akan melibatkan kematian. Kemungkinan besar buaya yang menyerang mangsa adalah buaya yang bersaiz kecil. Tapi ini juga adalah amaran kepada oarang ramai supaya berhati hati ketika berenang di tepi pantai dan semestinya pihak berwajib harus melakukan sesuatu terhadap perkara ini. Contohnya penyelidikkan secara serius harus dilakukan di kawasan ini terhadap populasi buaya dan fisiologi buaya di sekitar N9 bagi mendapatkan data yang tepat mengenai serangan yang dikatakan melibatkan buaya di kawasan ini.

Thursday, January 14, 2010
Akuarium d Sydney
Baru baru nie aku berpeluang pergi ke Sydney Aquarium. Memang menarik, bagi aku yang memang belajar mengenai ikan. Banyak spesies yang dipamerkan di sini. Di sini aku ingin berkongsi gambar dengan kawan2 antara spesies ikan yang aku berjaya ambil gambarnya. Tak semua spesies aku berjaya rakamkan dalam kamera aku kerana sesetengahnya diletakkan di dalam kawasan/akuarium yg terlalu gelap (mungkin spesies yg nocturnal @ spesies yg tinggal di kawasan yg gelap) dan sesetengahnya pula disebabkan oleh cermin akuarium yg berkeadaan kurang baik (calar balar-mungkin sebab kaedah mencuci yg dilakukan tidak dilakukan secara berhati hati).
Monday, January 04, 2010
Cuti Hujung Tahun d NZ
Lama dah aku tak berpeluang utk menulis entri baru dalam blog aku ini.. Bila ada masa terluang, idea plak takde utk menulis entri.. Apapun, kali nie aku nak berkongsi pengalaman aku bercuti di New Zealand. Baru2 nie aku ge bercuti selama 12 hari d NZ di pulau bahagian selatan NZ. Apa yg dapat aku katakan, South NZ memang kawasan yg amat menarik dan cantik yg pernah aku lawati. Aku berkesempatan pergi melawat ke Christchurh, Lake Tekapo, Lake Pukaki, Te Anau, Dunedin, Queenstown (bandar Lord of the rings - sb ada tour utk pergi ke tempat pengambaran LOTR dan juga dikenali sebagai bandar utk semua aktiviti ekstrem), Milford Sound (tempat yg berada di ranking yg pertama di NZ, hasil dari maklumbalas pelancong di NZ), Franz Josef (atau dikenali sbagai bandar glasier), Greymouth dan beberapa tempat lain.
Tapi disebabkan masa yg terlalu singkat, aku hanya berada sehari atau dua hari sahaja di satu tempat. Bagi aku, ada 3 tempat yg paling menarik yg patut dikunjungi jika melawat NZ adalah Queenstown, Lake Tekapo dan Milford Sound. Memang rasa amat berbaloi untuk menghabiskan masa bercuti di tempat ini terutamanya bagi yg merancang untuk berbulan madu di NZ... Ini adalah antara gambar semasa aku bercuti di NZ.
Christchurch
Christchurch
Franz Josef
Peter's pool
Punakaiki
Queenstown
Queenstown
Hawea
Milford Sound
Milford Sound
Te anau
Dunedin
Dunedin
Pukaki
Tekapo
Tekapo
Subscribe to:
Posts (Atom)