Monday, July 20, 2009

E-mail

Hari nie, pagi2 aku dapat email dari Jabatan Akuakultur (Uni of Tas) dengan tajuk, "HARAP BACA, PENTING". Memang tak pernah lagi aku terima email yg tajuk camne..risau lak aku.. Email ini ditujukan kepada semua staf dan pelajar post grad kat Jabatan Akua...Bila aku klik email tersebut, barulah aku faham mengapa ianya penting..Antara isi penting email tersebut..Lebih kurang gini lah bunyinya:

"Perhatian, seorg pelajar wanita dari Pakistan telah melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D dalam bidang akuakultur dantelah mendaftar di Jabatan Akua. Adalah di ingatkan supaya semua pelajar dan staf tidak bersalaman dengan pelajar wanita tersebut bagi menghormati adat budaya mereka yang tidak membenarkan lelaki dan perempuan bersalaman. Adalah ditekankan di sini pihak universiti amat menekankan budaya hormat menghormati antara satu sama lain. Sekian, terima kasih"

Bagus lah kan, sb walaupun majoriti staf dan pelajar di sini bukan beragama Islam, tetapi mereka masih menghormati pelajar yang beragama Islam. Tapi mungkin pihak yang menghantar email tersebut tersilap antara "budaya" dan "tuntutan agama". Sebenarnya bukan menghormati budaya, tetapi menghormati tuntutan agama Islam yang mengelakkan lelaki dari bersentuhan dengan wanita...

4 comments:

Muallim Adham said...

betol tu.. tuntutan agama berbeza dgn budaya... erm bagus betol ya.. tp mslhnya tmpat kita snd kenapa tidak diamalkan.. malah pemimpin yg beri contoh tidak baik...

fusuna said...

bagusnya siap email kat smua staff n student ckp penting..wahh bagusnya diorang menghormati agama/budaya org lain. dan stuju dgn cikgu adham tu juga.

Mak Jemah said...

betul2..tapi kira bagus jugaklah die email kat semua org..xlah berlaku masalah nt

Kamil L said...

Cikgu Afham-betul tue, pemimpin patut memberikan contoh yang baim supaya org di bawah pimpinan nya akan mencontohi mereka...

Fusuna-tue ler kan... maksudnya diaorg menghormati dan memahami agama Islam..malangnya, ramai umat islam yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar..

Miz oren-tue ler kan :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio