Hari tue aku pergi rumah kawan aku. Rumah dia memang lam hutan, jadi aku kategorikan tempat umah dia sebagai mini zoo, sebab banyak sangat binatang liar kat sekitar rumah dia. Anataranya ialah possum. Possum ini asalnya dari Australia, papua dan sulawesi. Tapi jgn terkejut jiwa menjumpai binatang ini di New Zealand, ini kerana binatang ini telah dibawa masuk ke NZ dan membiak dengan banyak di sana.

Possum nie suka memanjat dan di Tasmania, ianya juga dikategorikan sebagai perosak tanaman kerana ia suka makan sayur sayuran yang ditanam oleh petani. Ianya juga suka tinggal di kawasan bumbung rumah. Kat sini buktinya, aku berjaya tangkap gambar possum masa dia memanjat kat atas bumbung umah kawan aku.

Possum nie adalah binatang yang terancam di Tasmania dan tidak boleh ditangkap, dipelihara ataupun dibunuh untuk bulunya. Bulu possum nie banyak digunakan oleh masyarakat Aboriginal di sini untuk membuat pakaian terutamanya bila musim sejuk. Ini kerana binatang ini mempunyai bulu yang tebal..