Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

Friday, March 27, 2009

Pembunuh???

Tadi aku baca mengenai 10 haiwan yang paling banyak membunuh manusia di seluruh dunia ini. Sebelum aku baca, aku buatlah tekaan haiwan mana yg paling banyak membunuh manusia.. Dalam tekaan, aku rasa yang paling banyak membunuh ialah ular, sb selalu dengar ular menyebabkan kematian beratus org dan mungkin beribu org di seluruh dunia. Yang kedua dalam tekaan aku adalah buaya, sb buaya antara haiwan yang paling ganas dan yang ketiga dalam tekaan aku adalah labah2.

Rupanya, semua tekaan aku salah.. Rupanya haiwan yang paling merbahaya dah telah membunuh manusia ialah nyamuk di mana ia membunuh purata 2 juta orang setahun... Memang tak terfikir oleh aku yang nyamuk adalah haiwan yang paling merbahaya.. Tapi itulah hakikatnya...
Haiwan yang berada di kedudukkan kedua adalah ular. Setiap tahun, purata 50,000 orang mati disebabkan oleh ular. Memang tidak dinafikan ular merupakan haiwan yang paling merbahaya kerana bisa ular boleh melumpuhkan sistem badan manusia hanya dalam beberapa minit dan mungkin saat bergantung pada spesies ular tersebut. Spesies ular yg paling banyak membunuh manusia ialah "asian cobra".

Manakala haiwan yang paling merbahaya dan berada di kedudukan ketiga ialah "Box_Jellyfish". Setiap "jelly fish" mempunyai 60 tentacles di mana setiap tentacle ini boleh membunuh 60 org manusia.

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio