Monday, July 13, 2015

Pelajar Tahun Akhir

Entri Kali ini ingin berkongsi cerita tentang pelajar tahun akhir yang buat projek ikan tengadak dan logam berat dalam badan ikan. Tahun lepas, ada 3 orang pelajar yang mendaftar sebagai pelajar tahun akhir di mana 2 orang saya sebagai main supervisor dan seorang lagi sebagai co supervisor. Alhamdulillah semuanya berjaya melalui hari hari yang mencabar selama setahun membuat projek tahun akhir. Tahniah pada mereka, Ummi Nuur Farhana, Noor Fadliana dan Mohammad Mustaqim. Ini adalah gambar masa mereka buat persampelan ikan.





Ini masa meraikan pelajar kami setelah setahun bertungkus lumus menyiapkan projek. Yang baju kuning tue Mohd Mustaqim, baju hijau tue adalah Dr Zafri (Supervisor kepada Mustaqim dan co Supervisor kepada pelajar saya), tudung merah tue Ummi Nuur Farhana dan yang tudung kuning itu adalah Noor Fadliana.


Bergambar sehari sebelum mereka balik ke kampung setelah tamat pengajian. Semoga mereka akan lebih berjaya di masa hadapan. INSYAALLAH, panjang umur, kita jumpa lagi :)

2 comments:

CintaHati Lina said...

Berkunjung ke sini... salam Syawal dari ML

Muallim Adham said...

Slm... Pe kabo.. Lama x baca kisah ikan dlm ni hehe

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio