Tuesday, July 05, 2011

BENAK atau TIDAL BORE

Benak dalam bahasa sarawak atau dalam bahasa English dikenali sebagai "Tidal Bore" adalah satu kejadian alam yang amat pelik. Benak hanya bila berlaku bila air surut berlaku terlalu rendah dan bila air daripada laut melimpah secara mendadak masuk ke dalam sungai dan ini akan menghasilkan ombak ditambah lagi dengan kedalaman sungai yang semakin cetek dan ini akan menyebabkan ombak semakin tinggi bila memasuki sungai.

Di malaysia, benak hanya berlaku di Borneo. Antara tempat yang terkenal dengan benak ialah batang lupar dan pesta benak di batang lupar baru sahaja berlangsung 1-4 Julai yang lepas. Sesiapa yang ketinggalan, jangan risau, tahun depan akan ada lagi penganjuran pesta benak di batang lupar, Sri Aman. Sungai batang lupar ini adalah sungai yang paling terkenal di Sarawak kerana serangan buaya di Sarawak kebanyakkan berlaku di sungai ini. Jadi sesiapa yang ingin bercita2 untuk meluncur air sempena dengan pesta benak, digalakkan berfikir panjang sebelum meneruskan cita2 anda tersebut..

Aku juga mempunyai pengalaman dengan benak di sungai kerian, Saratok. Dulu aku selalu ikut ayah aku menangkap ikan kat sungai. Biasanya kita akan tau bila musim benak berlaku. Bila air surut dalam keadaaan yang ekstrem, maka bersedialah, sebab benak akan muncul bila2 masa. Biasanya kalo benak muncul, aku dan ayah aku akan naik ke tepi pantai, sb risau perahu terbalik. Kenapa? Sebabnya aku tak pandai berenang..hehehe :)


Ini adalah pesta benak di sungai batang lupar, Sri Aman, sarawak.

No comments:

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio