Friday, December 24, 2010

Gambar kawan2 konvo

Minggu lepas sekali lagi aku ditugaskan ambik gambar kawan kawan yang konvo. Banyak kali dah ambil gambar bebudak konvo kat sini. Bila lah plak masa aku nak tiba nie..huhuhu... Ini adalah antara gambar yang aku ambik arie tue.. :) Tak lah cantik, sekadar yang aku boleh ambik sebagai jurugambar yg baru belajar. Terfikir aku masa ambik gambar nie.. Kalo lah "Kaljis onggon" (http://www.onggon.com) dan "Erolnukman" (http://erolnukman.blogspot.com) yang ambik gambar nie, mesti lagi cantik.. :-)

















Tuesday, December 21, 2010

Adakah kita tidak pernah belajar dari SEJARAH? (Kemalangan bas terburuk d Sarawak)

Hari nie kita dikejutkan kembali dengan berita kemalangan bas. Hampir setiap bulan ada sahaja kisah kemalangan bas dilaporkan. Adakah kita tidak pernah belajar dari sejarah? Hari nie dalam suratkhabar memaparkan kisah kemalangan bas yang berlaku di cameron highland yang dikatakan "TERBURUK" dalam sejarah kemalangan bas di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh BERITA HARIAN. Memang benar kemalangan ini antara kemalangan bas terburuk, tetapi sebenarnya kemalangan bas yang paling TERUK dan TERBURUK yang pernah berlaku di Malaysia telah berlaku di SARAWAK pada tahun 7 June 1979. Kemalangan bas yang telah mengorbankan seramai 30 orang, di mana 29 daripadanya adalah pelajar sekolah, dan seorang guru pelatih. Kemalangan ini berlaku bila bas yang dipandu terjunam di dalam Tasik Biru di Bau, Sarawak.

Amat berharap, selepas ini semua pemandu bas akan belajar dari sejarah dan moga mereka akan memandu bas dengan lebih berhati hati. Memang benar, mereka (pemandu bas) pun tidak mahu kemalangan itu berlaku pada diri mereka dan bas yang dipandu. Bak kata orang, "malang tak berbau". INSYAALLAH, kemalangan dapat dielakkan jika kita berhati2. Sebab itu penting kita belajar dari sejarah agar apa yang pernah menjadi sejarah tidak akan berulang lagi selepas ini..

p/s: Lepas nie wajib lulus sejarah dalam SPM... :)

Wednesday, December 08, 2010

Ikan kecil vs ikan besar

Semalam aku ge mancing. Pastu pancing aku kena tarik ikan.. Bila aku cuba angkat ikan tue, tetiba aku rasa pancing aku berat sangat. Dari atas "pontoon", aku dapat tengok lembaga putih tengah sambar ikan yang sangkut kat pancing aku tue... aku cuba lawan, akhirnya aku berjaya naikkan ikan ini.. Tapi malangnya, separuh ikan nie putus sebab kena gigit oleh ikan besar tadi.. Gambar d bawah menceritakan segalanya..Aku rasa ikan besar yang gigit ikan yang aku dapat ini adalah ikan yu.. uish..menakutkan...

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio