Tuesday, July 21, 2009

Giant Catfish

Monday, July 20, 2009

E-mail

Hari nie, pagi2 aku dapat email dari Jabatan Akuakultur (Uni of Tas) dengan tajuk, "HARAP BACA, PENTING". Memang tak pernah lagi aku terima email yg tajuk camne..risau lak aku.. Email ini ditujukan kepada semua staf dan pelajar post grad kat Jabatan Akua...Bila aku klik email tersebut, barulah aku faham mengapa ianya penting..Antara isi penting email tersebut..Lebih kurang gini lah bunyinya:

"Perhatian, seorg pelajar wanita dari Pakistan telah melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D dalam bidang akuakultur dantelah mendaftar di Jabatan Akua. Adalah di ingatkan supaya semua pelajar dan staf tidak bersalaman dengan pelajar wanita tersebut bagi menghormati adat budaya mereka yang tidak membenarkan lelaki dan perempuan bersalaman. Adalah ditekankan di sini pihak universiti amat menekankan budaya hormat menghormati antara satu sama lain. Sekian, terima kasih"

Bagus lah kan, sb walaupun majoriti staf dan pelajar di sini bukan beragama Islam, tetapi mereka masih menghormati pelajar yang beragama Islam. Tapi mungkin pihak yang menghantar email tersebut tersilap antara "budaya" dan "tuntutan agama". Sebenarnya bukan menghormati budaya, tetapi menghormati tuntutan agama Islam yang mengelakkan lelaki dari bersentuhan dengan wanita...

Mengapa dan Kenapa

Mengapa ikan tak pandai terbang?
Kenapa burung tak pandai berenang?
Mengapa kuda tak pandai menyelam?
Kenapa burung tak pandai mengembek?
Mengapa itik tak pandai berkokok?

Ada sebab mengapa ianya berlaku.
Jadi mengapa sukar menerima kenyataan akan kemampuan diri sendiri?
Jadi tiada siapa yg patut dipersalahkan atas apa yg kita mampu dan tak mampu lakukan kerana itulah kemampuan kita.....

Sunday, July 19, 2009

Perjumpaan dengan pelajar Malaysia

Tadi diadakan majlis perjumpaan pelajar2 Muslim yang baru mendaftar di Kampus. Seperti biasa, pelajar baru memang tak ramai. Kali nie hanya ada 3 orang pelajar muslim yg baru. mendaftar untuk sem ini... Oklahkan, daripada takde..





Parti Selamat Tinggal

Malam lepas, aku dijemput ke parti perpisahan pensyarah aku yang akan berpindah kerja ke tempat lain. Ramai gak yang datang malam tue. Pensyarah aku nie memang rajin buat party dan dinner untuk kitaorang. Tapi lepas nie bila dia pindah, takdok lah kan.. Menariknya malam tersebut partinya berlatarkan "Fancy dress". Masalahnyer, aku jer tak tau malam tue kena guna Fancy Dress.. Jadi aku pakai biasa2 jer lah.. Tapi takpe, yang penting, aku hadir :)





Omani d Tasmania

Baru baru nie aku ge pesta pelajar oman. Memang menarik, banyak benda yg dipamerkan. Satu usaha pelajar bagi mengenalkan kebudayaan org oman. Ini adalah antara gambar yg aku sempat ambil bagi menggambarkan keadaan masa pesta ini berlangsung.









Tuesday, July 14, 2009

Apa reaksi anda?

Jika berlaku di depan anda, apakah yang akan anda lakukan???

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio