Salam,
Mungkin ramai dah tak ikut blog ini sejak kali terakhir update adalah setahun yang lepas. Sejak mula bekerja dulu, rasa dah tak banyak masa untuk menulis, sebab balik dari kerja, penat dan kekadang bawa kerja balik ke rumah. Tapi itulah lumrah bila dah bekerja. Kalau masa belajar dulu, bolehlah ada masa untuk menulis blog. Ingat nak tutup juga blog nie, tapi rasa sayang plak, sebab lama juga dah blog nie wujud. Dari masa belajar, bujang hinggalah dah kahwin. Cerita pasal kahwin, tak terasa dah 6 bulan aku jadi suami orang. Hidup sebelum kahwin dan selepas kahwin memang ada perbezaaannya terutamanya bila melibatkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Nie gambar masa akad nikah aku dulu. Debarrr......hehehe...