Sunday, December 30, 2012

Gambarus gambare

Upload gambar gambar yang pernah aku ambik sebelum ini :) sekarang dah jarang kuar ambik gambar sebab terlalu sibuk dengan keja :( 




Saturday, December 29, 2012

Mancing di Sungai Krian, Saratok

Hari tue aku berkesempatan balik kampung mancing udang ngan ayah aku. Memang best, sebab masa tue musim udang... mancing tak lama, mula kol 6 pagi hingga 10 pagi jer. Inilah hasil yang kami dapat.. adalah agak agak dalam 2 kilo.. sesiapa yang minat memancing, cubalah datang memancing di sungai Krian, saratok :) 




Selamat Tahun Baru

Tahun baru azam baru..Itu yang biasa kita dengar masa sekarang..Tapi adakah kita pasti setiap tahun kita perlukan azam yang baru? Semuanya terpulang pada diri sendiri kan :) Tahun baru nie bermakna aku juga akan semakin berumur..huhu.... tinggal 2 hari lagi nak sambut tahun baru... Bagi aku, tahun baru masih lagi sama seperti tahun tahun yang lepas. Tiada apa yang lain, semuanya masih seperti dulu, masih di lorong dan jalan yang sama. apapun, selamat tahun baru 2013 :) 




Friday, December 14, 2012

Tree Planting Ceremony 2012 : UPM - Mitsubishi Corporation

Tree Planting Ceremony 2012 : UPM - Mitsubishi Corporation





Sunday, October 14, 2012

Akuarium

Ini gambar gambar ikan yang ada dalam akuarium aku. Saiz akuarium nie 4 kaki...dan aku letak banyak spesies ikan yang berbeza..hehe.. walaupun aku tau sesetengah spesies ikan nie tak sesuai diletakkan bersama..Melalui pemerhatian aku, minggu pertama memang berlaku persaingan antara beberapa spesies ikan untuk dapatkan kawasan masing masing. Selepas itu nampaknya semua dah kembali ok..takde lah agresif seperti mula2 dulu :) 








Pertandingan Nasyid

Baru baru nie ada pertandingan Nasyid terbuka di UPMKB.. Amat menarik sebab semua kumpulan yang terlibat semua hebat2... Ini adalah antara suasana yang sempat aku ambik haritue :)







Kucing ku Hilang

Nie kucing yang paling manja kat umah aku. Tp telah hilang baru2 nie.. tak taulah dia pergi mana..huhu.. harap2 dia balik rumah lagi pas nie :(




Monday, October 01, 2012

Pesta Layang Layang di Bintulu, Sarawak

Pesta layang2 atau dalam bahasa sarawak pesta gudi adalah acara tahunan yang diadakan di bahagian Bintulu, Sarawak. Ianya adalah peringkat antarabangsa di mana disertai oleh pelbagai wakil dari beberapa negara di dunia ini seperti Jepun, Perancis, Singapura, Taiwan, India, Indonesia dan banyak lagi. Tahun nie acara ini bermula pada 26 Okober hingga 30 Oktober 2012. Memang menarik sebab ada banyak jenis layang layang yang pelik dan menarik. Di sini adalah beberapa keping gambar yang telah diambil sempena dengan pesta layang layang kali ini.

Layang layang yang berbentuk burung zaman purba..sangat menarik bentuknya...


Antara layang layang yang dijual.


Ini adalah antara layang layang yang diterbangkan.

Layang layang satu Malaysia :)


Layang yang pelik bentuknya..


Peserta tengah mencuba menerbangkan layang layang berbentuk burung zaman purba..


Sangat unik dengan pelbagai bentuk.


Ambik kesempatan untuk bergambar juga :)


Nie layang layang buaya yang diterbangkan oleh peserta dari Singapura.


Semestinya wau dari Kelantan.


Yang ini terlebih unik..Layang layang ini dibawa dan diterbangkah oleh peserta dari Perancis.


Antara layang layang yang berjaya diterbangkan.

Untuk sesiapa yang berminat untuk melihat pesta ini, bolehlah berkunjung di Bintulu tahun depan.. Biasanya pesta ini diadakan pada hujung tahun..

Friday, September 28, 2012

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio