Tuesday, June 29, 2010
Apa yang meyebabkan ikan makan dan berhenti makan?
Serangan Buaya yang terbaru di Sarawak (Betong)
Dipetik dari Utusan Malaysia (29/6/2010)
Murid maut dibaham buaya ketika membasuh tangan
KUCHING 28 Jun - Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban di Betong kira-kira 350 kilometer dari sini maut selepas diserang seekor buaya dalam kejadian di jeti Sungai Saribas petang kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Muhamad Azroy Jutti, 10, turun membasuh tangan kerana ingin menikmati makanan yang dibawa tiga lagi rakannya.
Namun niatnya itu tidak kesampaian selepas seekor buaya sepanjang hampir empat meter dan berat hampir 100 kilogram membaham lehernya sebelum menariknya ke dalam sungai.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Supritendan Mohd. Bukhori Saffai, berkata, sebelum kejadian mangsa bersama tiga rakannya keluar memancing ikan di jeti belakang SK Sebemban kira-kira pukul 2 petang.
"Tiga rakan mangsa sempat membasuh tangan di lokasi sama namun mangsa diserang buaya yang dipercayai menjadikan kawasan cetek berdekatan jeti sebagai tempat persembunyian.
"Rakan mangsa yang tergamam melihat melihat badan Azroy dilambung buaya berlari pulang ke kampung bagi memaklumkan kejadian kepada penduduk," katanya di sini hari ini.
Mohd. Bukhori memberitahu, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira pukul 5 petang oleh ahli keluarga mangsa sebelum usaha mencari dilancarkan.
Ujarnya, 20 anggota pasukan penyelamat menyertai operasi namun keadaan cuaca dan air pasang menyebabkan usaha mencari agak sukar sebelum ia dihentikan pukul 7 malam.
"Bagaimanapun ahli keluarga mangsa dan penduduk kampung meneruskan kembali operasi kira-kira pukul 10 malam sebelum berjaya menemui mangsa terbenam di dasar sungai kira-kira 20 meter dari jeti sewaktu air surut," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Betong lewat malam kelmarin sebelum jenazah dituntut keluarga pagi semalam dan dikebumikan selepas solat Zohor di tanah perkuburan Islam di Betong.
APAKAH TINDAKKAN YANG PATUT DILAKUKAN?
Seperti tulisan saya sebelum ini, saya merasakan pihak kerajaan patut berbuat sesuatu megenai perkara ini. Kejadian buaya meyerang manusia ini telah banyak berlaku terutamanya di Sarawak. Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan satu langkah yang drastik, seperti membenarkan pemburuan buaya. Pemburuan yang tidak akan meyebabkan kepupusan buaya. Pemburuan yang mana harus disertakan dengan syarat2. Contohnya, hanya buaya yang bersaiz lebih dari 3 meter sahaja yang boleh diburu dan hasil buruan hendaklah dijual/diserahkan kepada pihak yang telah dilantik oleh kerajaan utk membeli hasil buruan.
Saya mengatakan sedemikian, kerana populasi buaya terutamaya di sarawak semakin meningkat dan serangan terhadap manusia telah direkodkan setiap tahun. Tambahan dengan peningkatan suhu dunia termasuk di malaysia, akan menyebabkan bilangan buaya betina melebihi buaya jantan (suhu tinggi, jantina buaya yang menetas akan berubah di mana telur akan banyak meghasilkan buaya betina dari jantan).
Tambahan, kita kena ingat, punca mengapa serangan ini berlaku. Antara punca yang jelas adalah kekurangan sumber makanan di sungai yang disebabkan oleh pencemaran. Pencemaran tidak semestinya disebabkan oleh kilang2, tetapi pencemaran juga disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti PEMBALAKKAN dan pembangunan hutan sebagai ladang kelapa sawit. Tidak dinafikan, pembalakkan dan hasil kelapa sawit adalah sumber utama hasil negeri d sarawak. Tetapi ini secara tidak langsung akan mencemarkan sungai dan mengurangkan populasi ikan yang menjadi makanan utama buaya. Ini adalah salah satu contoh yang jelas dan suatu tindakkan patut dilakukan bagi mengelakkan serangan ganas buaya terhadap manusia tidak berulang lagi.