Semalam ada program pelajar Malaysia. Program yang bertujuan untuk memperkenalkan makanan malaysia di sini. Ada banyak jenis masakan yang dijual anataranya, sate, nasi dagang, roti canai, teh tarik, rojak mamak, cucur, nasi ayam dah banyak lagi. Memang seronok bila sesekali merasa masakan malaysia di negara asing. Harga pun, boleh lah tahan. Tapi yang makanan yang paling mahal pada malam itu adalah sate.. Bayangkan, 3 cucuk sate, harga nya AUD 5 (lebih kurang RM 17.00) .. Haha, takut nak beli.... Makanan yang lain, harganya bolehlah diterima oleh akal, seperti nasi dagang AUD 7, roti canai AUD4. Walaupun harga mahal, sambutan amat menggalakkan bukan sahaja oleh pelajar dari malaysia, tetapi pelajar pelajar dari negara lain. Yang penting, semua happy sebab dapat merasa masakkan malaysia di bumi Tasmania :)