Beberapa minggu lepas aku ge mancing kat laut 2 hari semalam. Naik kapal C2 (saiz bot laut dalam). Ada seramai 15 orang yang pergi mancing masa tue. Tapi nasib tak berapa nak baik kerana bulan penuh, jadi ikan tak berapa nak makan. Masa berenti mancing dekat dengan pelantar minyak, ikan boleh nampak berenang dalam air..besar besar, tapi tak nak makan umpan sotong, ikan dan tiruan. Kalau ikut pengalaman orang yang biasa memancing, kalau bulan penuh, ikan memang kurang nak makan..sejauh mana kebenarannya, aku sendiri pun tak tau.. Ini adalah hasil yang aku dapat dalam 2 hari semalam.. Wlaupun hasil tangkapan tak berapa nak baik, tapi aku masih puas hati sebab dapat mancing kat laut :)
Thursday, September 27, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Raya 2012
Raya tahun nie amatlah bermakna setelah lama tak berpeluang beraya di Kampung... 4 tahun beraya di tempat orang sangatlah berbeza dengan suasana bila beraya di Kampung.. Di kesempatan ini, saya ingin memohon beribu kemaafan kepada kawan2 saya sekiranya selama ini saya pernah melakukan kesilapan. Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin :)
Thursday, July 26, 2012
Muzik
Seorang pemain alat muzik yang hebat dari korea. aku dah bertahun tahun mengikuti perkembangan budak nie di youtube. Terbaik lah budak nie... Nie antara lagu yang dimainkan olehnya...sangat bagus bagi aku. Dia juga pernah buat persembahan di depan PM malaysia sempena lawatan PM ke korea selatan.. Hebat kan... :)
Wednesday, July 25, 2012
Kampung Nelayan
Baru baru nie aku berkesempeatan pergi ke kampung nelayan di Kabong. Saje je jalan jalan sebab dah banyak tahun tak pergi kat sini. Ini antara gambar yang sempat aku ambik semasa berada di sana.
Hari Keluarga JSHP
Baru baru nie ada hari keluarga jabatan... memang meriah gak walaupun ramai yang tak dapat datang. Apapun, terima kasih pada semua yang terlibat :)
Subscribe to:
Posts (Atom)

