Sebelum tue, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rasanya dah terlalu lama aku tak update blog aku nie. Sejak balik ke Malaysia, kerja aku tak pernah nak abis, asyik bertambah adalah. Selalu jer aku rasa tertekan, jd bila dah tertekan, nak menulis pun takde mood dah..huhu...
Sepatutnya bulan 8 nie, hari raya raya ke tiga, aku seoatutnya pergi Tasmania untuk menghadiri majlis konvokesyen aku. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan, aku terpaksa batalkan program aku untuk pergi konvo pada saat saat akhir. Tapi bagi aku, takpe lah, aku tak kesah sangat sebab yang paling penting bagi aku adalah sijil jer. Aku belum email lagi dengan post-grad office kat sana supaya mereka dapat hantar sijil aku melalui pos.
Ada orang tanya aku, apa yang aku nak buat lepas nie? Aku rasa, aku nak keja dulu buat masa nie, barang setahun, lepas tue aku fikir nak buat postdoc plak. Aku cadang nak cuba kat negara Asia yang lain. Tapi sebenarnya aku berharap dapat buat kat Jepun lak kali nie. Sebab dari dulu aku teringin sangat nak ge Jepun, tapi setakat nie masih belum ada rezeki lagi. Harap harap lepas nie aku dapat ge gak. INSYAALLAH..
Aku memang dari dulu minat nak ge Jepun, tapi masa nak mohon ge sana, banyak plak halangan. Dulu pun aku ada minta untuk sambung study kat sana, tapi malangnya aku tak dapat mencari adviser yang sesuai untuk aku masa tue. Tapi semangat aku untuk ge Jepun takkan terpadam :) chaiyok2 :)