Monday, September 23, 2013

Kenapa Ikan Cepat Membesar dan Kadar Pengeluaran yang Tinggi?

Kenapa ikan cepat membesar? Jika dibandingkan dengan haiwan ternakan lain, ikan antara yang paling cepat membesar...Persoalan yang biasa ditanya, kenapa ikan cepat membesar??? Jawapanya mudah sahaja..ini kerana ikan adalah berdarah sejuk. Berdarah sejuk bermaksud ikan tidak akan dapat mengawal suhu badannya seperti manusia. Suhu badan ikan adalah bergantung pada suhu persekitarannya. Sebagai contoh, jika suhu air 27 Celcius, maka suhu badan ikan sama dengan suhu air tersebut. Maka dengan itu, ikan tidak perlu menggunakan tenaga untuk mengawal suhu badannya. Secara tidak langsung, kehilangan tenaga ikan adalah pada kadar yang minimum. Jadi nutrients yang diserap dalam badan ikan akan digunakan untuk tumbesaran. Jadi ini secara tidak langsung akan mempercepatkan lagi kadar tumbesaran ikan. Tambahan juga, kadar penebaran/"stocking density" ikan juga tinggi, jadi jumlah pengeluaran ikan per meter persegi juga adalah tinggi.


Saturday, August 03, 2013

Setelah sekian lama tak meng update blog..Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Sebelum tue, aku nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Rasanya dah terlalu lama aku tak update blog aku nie. Sejak balik ke Malaysia, kerja aku tak pernah nak abis, asyik bertambah adalah. Selalu jer aku rasa tertekan, jd bila dah tertekan, nak menulis pun takde mood dah..huhu... 


Sepatutnya bulan 8 nie, hari raya raya ke tiga, aku seoatutnya pergi Tasmania untuk menghadiri majlis konvokesyen aku. Tapi disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan, aku terpaksa batalkan program aku untuk pergi konvo pada saat saat akhir. Tapi bagi aku, takpe lah, aku tak kesah sangat sebab yang paling penting bagi aku adalah sijil jer. Aku belum email lagi dengan post-grad office kat sana supaya mereka dapat hantar sijil aku melalui pos.

Ada orang tanya aku, apa yang aku nak buat lepas nie? Aku rasa, aku nak keja dulu buat masa nie, barang setahun, lepas tue aku fikir nak buat postdoc plak. Aku cadang nak cuba kat negara Asia yang lain. Tapi sebenarnya aku berharap dapat buat kat Jepun lak kali nie. Sebab dari dulu aku teringin sangat nak ge Jepun, tapi setakat nie masih belum ada rezeki lagi. Harap harap lepas nie aku dapat ge gak. INSYAALLAH.. 

Aku memang dari dulu minat nak ge Jepun, tapi masa nak mohon ge sana, banyak plak halangan. Dulu pun aku ada minta untuk sambung study kat sana, tapi malangnya aku tak dapat mencari adviser yang sesuai untuk aku masa tue. Tapi semangat aku untuk ge Jepun takkan terpadam :) chaiyok2 :)

Tuesday, January 01, 2013

Selamat Pergi dan Moga Berjumpa Kembali

Semalam kami beramai ramai telah pergi ke lapangan terbang Bintulu, Sarawak, untuk menghantar salah seorang sahabat yang akan melanjutkan pelajaran di Denmark. Orangnya yang pakai baju warna putih dan bertudung kelabu. Beliau adalah saudari Suziana yang akan berada di bumi Denmark untuk selama 4 tahun. Kami doakan moga Suziana berjaya mendapatkan PhD dan berjaya dengan cemerlang. Amin.


Gambar kredit kepada saudari Suziana.

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio