Serangan terbaru direkodkan di sungai Seblak, di daerah Saratok. Sejak akhir akhir ini, makin kerap serangan buaya berlaku di Sarawak. Malangnya, tiada tindakan yang BERKESAN dilakukan oleh KERAJAAN NEGERI SARAWAK dalam menangani masalah ini. Biasanya buaya yang pernah menyerang manusia, akan kembali menyerang manusia. Mungkin kerana manusia mangsa mudah bagi buaya dan mungkin manusia sedap bagi buaya. Kita kena tahu yang buaya mempunyai lidah di mana ia memberikan kelebihan bagi buaya untuk merasa daging sedap atau tidak. Samalah seperti ikan yang mempunyai lidah, ia akan merasa dulu makanan tersebut, kalau sedap, barulah ikan tersebut makan dan kalau tak sedap akan diluahkan kembali.
Sebelum ini, serangan yang sama berlaku di sungai Seblak, tapi buaya yang menyerang tak pernah ditangkap oleh jabatan yang bertangungjawab yang pasti di bawah kuasa kerajaan negeri Sarawak. Dikatakan, buaya yang sama yang telah menyerang mangsa mangsa sebelum ini di mana ini adalah kejadian yang KE EMPAT yang berlaku. Buaya ini digelar sebagai "BUJANG SEBLAK" di mana dianggarkan panjangnya berukuran melebihi 5 METER. Apa yang berlaku? Saya sendiri pun tidak tahu. Yang pasti, saya dapat rasayakan yang ada pihak tidak mahu buaya diburu walaupun telah membunuh manusia dengan alasan tidak mahu kepupusan buaya berlaku. Mereka memang tahu yang populasi buaya meningkat, tapi mereka masih tidak mahu membenarkan pemburuan buaya ini. Alasan yang basi yang kita dengar ialah, orang yang mati di jalan raya lebih ramai dari yang mati dibaham buaya. Bagi saya, ini alasan yang amat tidak masuk akal dengan membandingkan dua benda yang berbeza.
Mungkin mereka tidak pernah merasa perit mencari rezeki di sungai. Mungkin mereka tidak tahu yang ramai lagi rakyat sarawak menjadikan sungai sebagai sumber air, rezeki dan pengangkutan ataupun mungkin mereka buta atau buat buat buta mengenai masalah yang berlaku. Yang menjadi mangsa, rakyat. Harapan agar kerajaan NEGERI mengambil berat mengenai perkara ini jika betul janji mereka rakyat didahulukan.
Bawah adalah keratan akhbar mengenai kejadian tersebut:
Buaya Sg Seblak mengganas lagi
Posted on June 20, 2012, Wednesday
SARATOK: Sungai Seblak berkocak lagi dengan satu kejadian serangan buaya yang dipercayai angkara Bujang Seblak.
Setelah
beberapa bulan menyepi dengan mangsa terakhir dikenali sebagai Sulaiman
Abdullah yang merupakan seorang nelayan dari Kampung Melayu Roban, kini
Bujang Seblak menjadikan isteri kepada Tuai Rumah Embol dari Sungai
Anak, Pelunga Roban sebagai mangsa keempatnya.
Kejadian ini dipercayai berlaku pada jam 5 petang semalam.
Pada
masa kejadian mangsa, Resiah Latit dipercayai sedang mandi dan akibat
serangan itu mangsa dipercayai terus hilang tanpa sebarang jejak.
Berikutan kejadian itu, suami mangsa telah bergegas ke pekan kecil Roban untuk membuat laporan polis pada sekitar jam 6 petang.
Menurut
seorang penduduk Kampung Melayu Roban yang sempat ditemui oleh
pemberita semalam, lokasi serangan itu berlaku memang terkenal sebagai
tempat buaya terbabit sering timbul.
“Lokasi Sungai Anak itu memang tempat yang kerap sekali kami lihat buaya-buaya besar timbul.
“Tempat
itu juga tidak jauh dari buaya yang menyambar Sulaiman dahulu. Apa yang
lebih merisaukan dan diketahui oleh pihak kita ialah bulan Jun
terutamanya adalah bulan berbahaya kerana buaya betina mula bertindak
agresif kerana ia musim bertelur dan musim mengawan reptilia terbabit,”
katanya.
Mayat mangsa serangan buaya Sungai Seblak ditemui
Posted on June 21, 2012, Thursday
SARATOK: Mayat mangsa keempat buaya Sungai Seblak yang dikenali
dengan jolokan Bujang Seblak ditemui oleh ahli keluarganya setelah empat
jam dilaporkan hilang.
Dalam kejadian serangan reptilia tersebut,
seorang wanita berusia pertengahan umur dan merupakan isteri Tuai Rumah
Embol dari Sungai Anak, Pelunga Roban telah menjadi mangsa serangan
reptilia ganas tersebut yang popular dengan sejarahnya yang tersendiri
di kalangan penduduk setempat.
Sebelum ini, reptilia ganas
tersebut mempunyai sejarah serangan terhadap manusia bermula sejak tahun
2007 apabila tiga mangsanya adalah nelayan sungai.
Mangsa terakhir sebelum ini ialah Sulaiman Abdullah dari Kampung Melayu Roban iaitu pada bulan Ogos tahun lepas.
Setelah sekianlama menyepi, kini Bujang Seblak yang terkenal dengan keganasannya mula menunjukkan keganasannya lagi.
Dalam
kejadian serang yang terbaharu ini pemberita sempat mengambi maklumat
daripada salah seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di Hospital
Saratok, semalam.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama beberapa anggota keluarga dari rumah panjang terbabit.
“Sedang
mereka leka mandi, secara tiba-tiba, mangsa seperti ditarik suatu
lembaga hitam yang sangat besar yang muncul dari dasar sungai.
“Belum
sempat mereka melarikan diri, buaya tersebut dengan begitu pantas terus
menyambar mangsa dan menarik mangsa ke dasar sungai.
“Melihat
kejadian itu, saudara-mara mangsa yang turut sama berada di lokasi
kejadian cuba menarik mangsa sambil cuba memukul buaya berkenaan dengan
kayu dan pendayung perahu yang sempat diambil dari perahu-perahu yang
berada di pangkalan tersebut.
“Namun begitu buaya tersebut tidak
mengendahkan jeritan dan pukulan yang dibuat oleh saudara mangsa tetapi
terus menarik mangsa ke dasar sungai hingga dia hilang terus dari
pandangan,” ceritanya kepada pemberita.
Tambahnya, melihat
kejadian itu beberapa penduduk kampung terus bergegas balik semula ke
rumah panjang untuk mengambil beberapa perkakas seperti senapang dan
pukat.
“Kami turut membuat beberapa panggilan untuk menghubungi
sanak-saudara yang berada di bahagian hilir Sungai Seblak untuk
memaklumkan kejadian itu dan memohon bantuan untuk menjejaki mangsa.
“Berdasarkan
buah fikiran ramai, satu kata sepakat telah dicapai dan semuanya
bersetuju untuk menarik pukat merentangi Sungai Anak dengan tujuan untuk
menghalang buaya terbabit dari membawa mangsa ke Sungai Seblak.
“Setelah
itu kami semua terus bertindak memasang pukat dan melancarkan gerakan
mencari mangsa. Sekitar jam 9 malam pasukan mencari kami telah
terserempak dengan buaya terbabit sedang menggonggong mangsa.
“Melihat
keadaan itu, salah seorang daripada kami yang membawa senapang terus
menambak ke arah buaya terbabit dan sebaik sahaja tembakan tersebut
dilepaskan, buaya terbabit terus melepaskan mangsa,” jelasnya.
Sementara
itu Pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok ASP Zamrul Ahmad ketika
dihubungi pemberita semalam mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima
laporan tentang kejadian itu.
“Nama penuh mangsa ialah Siah
Munsong, 42 tahun dan telah dijumpai oleh saudaranya tidak jauh dari
lokasi kejadian pada sekitar jam 9.40 malam kelmarin.
“Berdasarkan
keadaan mayat mangsa, terdapat beberapa kesan gigitan di bahagian kaki
mangsa dan berdasarkan laporan yang kami terima juga kejadian itu
dipercayai berlaku pada sekitar jam 5.30 petang kelmarin,” katanya.
Sementara
itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses bedah
siasat dan telah dituntut oleh keluarganya serta telah dibawa keluar
dari Rumah Mayat Hospital Saratok pada sekitar jam 10 pagi semalam untuk
dibawa balik ke rumah panjangnya di Sungai Anak, Pelunga Roban.