Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Tuesday, August 03, 2010

Kurang Ajar Punya Budak

Kurang ajar, tak cukup ajar, dan memang semua kurang. Apa nak jadi pada pelajar skrg? Siapakah yang patut disalahkan? semua orang tau, pendidikkan awal adalah bermula di rumah.

Tetapi malangnya sekarang, apa sahaja yang berlaku di sekolah, cikgu akan menjadi mangsa. Adakah ibubapa zaman sekarang tak berfikir yang mereka telah meletakkan semua beban ke atas guru? dan bila berlaku sesuatu pada anak mereka, maka bagi mereka (ibubapa), gurulah yang akan dipersalahkan. Adakah itu cara didikkan zaman sekarang? Itu bagi aku adalah ibubapa yang tak bertanggungjawab.

Memang sungguh mencabar bidang perguruan zaman skrg. Bagi aku, cikgu dalam video ini adalah amat baik, di mana dia sanggup menegur kesalahan murid supaya murid tersebut berubah. Tapi malangnya, murid itu tidak menghargainya atau dalam maksud lain, murid ini tidak berfikiran waras dalam menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Harap ibubapa yang selalu menyalahkan guru akan berfikir 100 kali sebelum mereka ingin menyalahkan guru lagi selepas ini setelah melihat video ini.

Hargailah jasa guru, kerana tanpa guru, siapalah kita.



Saturday, October 18, 2008

Apa nak jadi dengan pelajar zaman sekarang

Apa nak jadi sekarang, pelajar langsung tidak mempunyai rasa hormat dengan guru, berani melawan guru, membakar kereta guru (seperti yang berlaku di kuala terengganu beberapa tahun lepas) dan yang terbaru memukul guru. Aku rasa, rotan patut dibenarkan kembali kat sekolah supaya pelajar faham apa ertinya hormat kerana takut dengan guru.. Sebab sebelum ini rotan tidak dibenarkan, jadi pelajar tidak hormat dengan guru. Jadi tidak wujud keadaan di mana hormat guru sebagai pendidik. Jadi bagi aku, dengan merotan, biar pelajar takut supaya dia hormat kerana takut dengan guru. Kalo zaman aku dulu, dengar tapak kaki cikgu dah kecut, belum lagi tengok muka cikgu yg garang sambil bawa rotan yg dibelah 10.


Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio