Tuesday, August 03, 2010

Kurang Ajar Punya Budak

Kurang ajar, tak cukup ajar, dan memang semua kurang. Apa nak jadi pada pelajar skrg? Siapakah yang patut disalahkan? semua orang tau, pendidikkan awal adalah bermula di rumah.

Tetapi malangnya sekarang, apa sahaja yang berlaku di sekolah, cikgu akan menjadi mangsa. Adakah ibubapa zaman sekarang tak berfikir yang mereka telah meletakkan semua beban ke atas guru? dan bila berlaku sesuatu pada anak mereka, maka bagi mereka (ibubapa), gurulah yang akan dipersalahkan. Adakah itu cara didikkan zaman sekarang? Itu bagi aku adalah ibubapa yang tak bertanggungjawab.

Memang sungguh mencabar bidang perguruan zaman skrg. Bagi aku, cikgu dalam video ini adalah amat baik, di mana dia sanggup menegur kesalahan murid supaya murid tersebut berubah. Tapi malangnya, murid itu tidak menghargainya atau dalam maksud lain, murid ini tidak berfikiran waras dalam menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Harap ibubapa yang selalu menyalahkan guru akan berfikir 100 kali sebelum mereka ingin menyalahkan guru lagi selepas ini setelah melihat video ini.

Hargailah jasa guru, kerana tanpa guru, siapalah kita.



6 comments:

Anonymous said...

100% kesalahan akan diletakkan pada bahu pelajar terbabit. saya juga berpendapat bahawa amat tidak wajar seorang pelajar meninggikan suara serta menengking seorang guru sebagai ibubapa keduanya di sekolah dengan lagak seorang samseng. pelajar seperti ini lah yg wajar diberi perhatian disebabkan emosi nye terganggu atas kata2 sang guru.
sebagai seorang guru, cara teguran dan nasihat perlu lah di dalami agar situasi seperti ini tidak berulang lagi. amalan dan sifat terpuji seorang guru itu sentiasa tersemat di dalam dada sekiranya anda sentiasa sabar dngan kerenah dan tingkahlaku pelajar anda.
yg terakhir ; adalah ibu bapa, tidak patut menyalahkan atau menuding jari terus ke pihak guru dengan sikap kurang ajar ank mereka itu. pendidikan itu bermula dr dalam perut ibu lagi. ikutlah sunnah rasulullah, byk pengetahuan yg boleh kita dalami (baca sendri,xlarat nk tulis pjg2, dalam pendidikan org yahudi pon ada,mereka ikut sunnah rasulullah). sunnah itu bermula apabila bayi masih di dalam kandungan sehingga lah mereka dewasa.

sekadar tulisan... <3

Kamil L said...

huiyo, panjangnya komen, bleh jd satu entri yg baru :) saya setuju dengan apa yg cik puan ulas d atas... :)

Anonymous said...

Hari ini sudah 4 kali saya melihat video ini dan berusaha memahami butir2 percakapan murid dan guru tersebut. Mengikut spekulasi saya yang tak berapa pandai ini, guru ini belum pernah menangani murid sebegini. Mungkin dia dijadikan pengetua kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik atau lain-lain. Namun terus-terang saya katakan, beliau akan memperoleh pengalaman berharga daripada peristiwa ini; yakni pendekatan menangani pelajar bermasalah perlulah bersifat profesional kerana ego remaja sudah mula terbentuk selaras dengan perkembangan fizikal dan fisiologinya.

Kamil L said...

Itulah cabaran menjadi cikgu zaman kini. Pelajar kebanyakkan sedar, apa yg mereka kata HAK mereka. Tapi hakikatnya, kebanyakkan pelajar mengatakan mereka ada HAK, tetapi mereka tidak tahu apakah itu HAK mengikut konsep kita sebagai org timur... :(

Kuzak said...

Hormatilah Encik Aizam (ada kaitan ke?)

Kamil L said...

Kuzak-hahahahahahahahahaha....lawak nak mampus, sakit perut aku gelak..takde kaitan langsung dengan video d atas..hahaha

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio