
Ini adalah aktiviti aku minggu ini. Aku habiskan masa 5 hari untuk menghasilkan 60kg makanan ikan. Disebabkan aku membuat 12 jenis diet/makanan yang berbeza, aku kena bersihkan dan "drill die" sebanyak 12 kali. Gambar di atas menunjukan aku tengah drill die. Ada 510 lubang die yg aku kena bersihkan menggunakan "drill bit". Rasa bergetar kepala lutut bila drill benda nie..huhu...

Ini adalah "die". Die ini akan membentuk pellet ikan. Ini die bersaiz 2mm.

Ini adalah mesin membuat makanan. Memang berat bila nak cantum balik. AKu kena buka, bersih dan pasang balik sebanyak 12 kali. Memang memenatkan.

Ini mesin membuat pellet.

Nie aku tengah timbang semua ingredients untuk menghasilkan makanan ikan. Antara bahan2 yg digunakan adalah:

Fish meal

Alfa cellulose yang bertindak sebagai filler

Dan beberapa bahan lain seperti bentonite, carboxylmethylcellulose, calcium chloride, vitamin, mineral dan banyak lagi.

Semua bahan2 tadi akan diadun sehingga rata. Proses menimbang dan mengadun semua bahan ini mengambil masa sekitar 2 jam bagi setiap 5kg makanan. Ianya perlu dilakukan secara berhati hati dan tepat supaya jumlah protein, lemak, kabohidrat dan tenaga berada di dalam jumlah yang betul dan tepat.

Ini semasa proses menghasilkan pelet ikan.

Anatar aktiviti yang memenatkan sebab kena berdiri di sebelah mesin bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Biasanya proses ini mengambil masa sekitar 40-50 minit untuk siap (5kg makanan).

Ini adalah adunan bahan2 tadi.

Pelet ikan yang sudah siap, akan dimasukkan ke dalam oven dalam suhu 30 darjah selama 24 jam bertujuan untuk mengeringkan pelet ikan tadi.

Ini adalah antara pelet ikan yang sudah siap untuk digunakan. Makanan ikan adalah bahagian yang paling penting dan mahal dalam akuakultur. Tanpa formulasi yang sesuai, pelbagai masalah mungkin akan timbul. Antaranya ikan lambat membesar, ikan mudah dijangkiti penyakit, ikan terbantut tumbesaran, ikan mengalami masalah nutrisi, kos yang tinggi dan banyak lagi. Makanan ikan juga merupakan kos yang termahal dalam operasi akuakultur. Ini kerana makanan ikan biasanya merangkumi kos sekitar 50-60% dari kos keseluruhan akuakultur. Jadi cara yang terbaik untuk memaksimumkan keuntungan dalam akakultur ialah dengan menghasilkan makanan yang MURAH dan BERKUALITI TINGGI. Bagaimana caranya? Persoalan yang sukar untuk dijawab pada masa sekarang kerana banyak lagi kajian yang perlu dilakukan lagi untuk mengurangkan kos makanan ikan.