Satu persoalan yang menarik. Kenapa ikan makan dan berhenti makan? sebelum ini org percaya, ikan akan makan bila tenaga dalam badan kurang dan akan berhenti makan bila tenaga yang diperlukan oleh badan telah mencapai tahap yang optimum. Tetapi baru2 ini beberapa penyelidik mengeluarkan kenyataan mempersoalkan kenyataan tersebut. Mereka mengatakan bahawa ikan akan makan kalau protein yg diperlukan kurang dan berhenti makan disebabkan oleh keperluan protein dalam badan telah mencapai tahap optimum dan ini juga akan dipengaruhi oleh kandungan amino acids dalam makanan tersebut.. Persoalan yang menarik bagi sesiapa yg telibat dengan akuakultur, sb makanan melebihi 50% dari kos pengeluaran dalam akuakultur...dan semestinya sumber protein adalah yang paling mahal. Jika benar protein memainkan peranan dalam mempengaruhi ikan utk makan dan tidak makan, ini adalah penemuan yg kurang baik utk penternak kerana ini semestinya akan meningkatkan lagi kos pengeluaran makanan dan seterusnya meningkatkan lagi kos akuakultur...
Showing posts with label makanan ikan. Show all posts
Showing posts with label makanan ikan. Show all posts
Tuesday, June 29, 2010
Sunday, June 28, 2009
Membuat makanan ikan
Friday, December 12, 2008
Buat makanan ikan
Minggu nie aku memang sibuk sangat buat makanan ikan. Makanan ikan nie dibuat dengan menggunakan fish meal, poultry meal, pre gelatinized starch, alfa cellulose, bentonite, carboxylmethylcellulose, fish oil, calcium phosphate, vitamin premix, mineral premix, stay c (vitamin c) dan ytterbium. Hasil campuran nie lah yang akan aku jadikan sebagai pelet untuk dijadikan makanan ikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)