Aku baru baru nie beli Coriander + pasu + tanah, ingat senang lah nak guna, tak payah beli, just ambik je dari pasu.. Tapi malangnya, boleh bertahan 2 hari je dalam jagaan aku..masuk hari ketiga, semua daun dah jatuh ke bawah.... masuk hari ke empat, ada daun dah mula kuning...ishk...aku tak taulah, apa masalahnya, siram dah siram... erm..memang takde bakat kot dalam pertanian..huhu...
Friday, November 28, 2008
Kecuaian diri sendiri...
Ini adalah perkara yang biasa berlakupada aku kalo aku buat keja kat lab. Dari Malaysia lagi, sampai sekarang, tak berubah2 lagi. Mesti ada seluar dan baju yang reput kerana terkena asid. Aku tak pasti, camne leh kena asid, sebab aku telah cuba buat kerja dengan berhati hati. Aku masih ingat di mana keadaan setitis asid hidroklorik pekat terkena tapak tangan aku masa aku buat labwork kat Malaysia dulu. Memang sakit sangat. Kesannya tak nampak, tapi sakitnya di dalam otot tangan. Kesilapan diri sendiri, di mana sepatutnya aku guna sarung tangan khas untuk asid, tapi aku guna sarung tangan getah yg biasa yg bukan utk asid. Inilah padahnya, berhari hari gak tangan aku sakit masa tue. Sejak dari itu, memang aku akan cuba berhati hati bila mengendalikan asid, tapi masih gak seluar aku berlubang terkena asid, yang terbaru, beg aku berlubang kena asid..wah tensennyer aku, dah ler beg nie masih baru. Nasiblah supervisor aku tak tau, kalo dia tau, mau aku kena ceramah..huhu...
Wednesday, November 26, 2008
Tuesday, November 25, 2008
Minyak sapi
Tadi aku masak nasi beriani, tapi nama je best, nasi beriani, rasanya, erm...bolehlah dimakan..hehe.... Tapi tadi sepatutnya masak nasi beriani nie, orang akan guna minyak sapi. Disebabkan aku takde minyak sapi, jadi aku gunakan canola oil. Aku sebenarnya tak nak cerita pasal nasi beriani yang aku masak tadi, apa yang aku nak cerita mengenai minyak sapi.
Dulu masa darjah 6, aku pernah duduk asrama untuk tempoh masa 6 bulan..Bukan kerna umah aku jauh, tapi saje nak duduk asrama. Umah aku ngan asrama masa tue hanya 800m-1000 meter jer. Jadi masa duduk asrama nie, adalah kawan2 aku yang nakal. Diaorang nie suka sangat buat benda2 yang pelik, diantaranya menggunakan minyak sapi sebagai pengganti minyak rambut. Aku tengok dalam almari salah sorang dari diaorg, ada satu tin besar minyak sapi yang diaorang kongsi bersama.
Aku tanya lah ngan diaorang, kenapa guna minyak sapi sebagai minyak rambut, sedangkan minyak rambut ada. Rupanya ada petua mengatakan kalo guna minyak sapi, rambut akan jadi lebat dan cepat tumbuh dan bersinar hitamnya. Hehe...manalah diaorg dapat petua nie. Aku pun tak tau... Tapi aku tengok, taklah rambut diaorang lebat, bahkan ada diantara diaorg yang aku jumpa sekarang, rambut pun botak dah kat depan. Mungkin inilah kesan menggunakan minyak sapi sebagai minyak rambut, mungkin akan melebatkan rambut utk jangkamasa pendek, tetapi akan membotakkan rambut dalam jangkasama yang panjang.. :)
Ikan, apa yang kita patut tahu mengenai ikan..
1. Air tawar
2. Diadromous di mana separuh dari hayatnya hidup di air tawar dan separuh lagi hayatnya di air masin.
3. Littoral4. Bentik dan curam benua
5. Epipelagik (Lautan terbuka 200m dari permukaan laut)
6. Pelagik laut dalam ( di bawah 200m)
Ikan juga mempunyai sirip di mana sesetengah sirip itu berpasangan, seperti srip pelvik dan pektoral di bahagian tepi ikan. Ikan juga mempunyai sirip dorsal di bahagian atas dan sirip kaudal di bahagian belakang. Sirip kaudal ini mebolehkan ikan bergerak ke depan. Manakala siri sirip lain adalah untuk menstabilkan pergerakkan ikan dan untuk navigasi.
Ikan juga boleh mengesan makanan dengan menggunakan mata bilamana persekitaran air jernih. Bagi sesetengah spesies ikan karnivor, ianya biasa mengesan makanan melalui isyarat pergerakkan melalui air. Bila mangsa bergerak, daya gerakkan mangsa ini akan diterima oleh ikan karnivor tadi melalui garis deria pada badan dan pada masa itu ikan akan bergerak untuk menyambar mangsanya berdasarkan isyarat yang diterima tadi.
Ikan juga akan makan bila makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Sebab itu ikan takkan makan semua jenis makanan. Biasanya ikan akan memasukkan makanan yang dijumpai ke dalam mulut tanpa menelan makanan tersebut. Ketika ini, ikan tengah merasa makanan samaada makanan tersebut sedap dan boleh dimakan. Jika tidak sedap ataupun tidak boleh dimakan, ikan akan mengeluarkan kembali makanan tersebut dan jika sebaliknya, ikan akan terus menelan makanan tersebut. Ikan juga akan makan disebabkan oleh warna makanan tersebut. Ini biasanya pada ikan yang hidup di persekitaran air yang jernih.
Monday, November 24, 2008
Hari yang memenatkan dan menensenkan aku..
Pagi tadi aku bangun awal sebab nak ge Aquaculture Centre (Hatchery), tempat ternak ikan dan tempat buat research mengenai ikan. Aku kena cuci 12 tangki bersaiz 500L, 1 tangki 1 tan dan 1 tangki 5 tan. Ini adalah persediaan untuk aku start 2nd experiment. Jadi sebelum aku start 2nd exp, aku kena pastikan tangki semua bersih dan bebas dari patogen yg merbahaya pada ikan. Aku start cuci tangki dari pagi sampai pukul 4 ptg terus menerus tanpa henti. Tapi masih lagi belum habis aku cuci, esok aku kena sambung lagi. Lepas aku cuci semua tangki nie, aku kena isi semua tangki ini dengan air tawar dan aku akan biarkan tangki nie selama sebulan untuk pastikan biofilternya berfungsi dengan baik. Jadi aku akan tambah ammonium chloride untuk mempercepatkan bakteria membiak kat filter di mana bakteria ini adalah bakteria berguna untuk membersihkan air.
Lepas tue, abis aku basuh tangki tadi, aku kena sediakan bahan2 untuk membuat makanan ikan. Banyak dah tak ada dalam simpanan, jadi aku hantar email kat supervisor aku minta dia beli bahan2 yang baru. Itu tak jadi masalah, yang masalah sangat, aku nyer mineral premix yang aku formulated dah hilang. Mineral premix ini adalah campuran mineral2 pada sukatan yang telah ditetapkan oleh researcher sebelum ini. Aku buat 1 kilo hari tue, aku letak lam peti sejuk, tapi semuanya hilang. Memang aku tensen giler, sebab nak campurkan bahan2 kimia nie bukan senang, perlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi. Pada masa yang sama, banyak bahan kimia dah abis stok. Kalo aku nak buat yang baru, aku kena banyak order bahan2 yang baru. Ambil masa lagi dan aku kena tunggu lagi.
Aku memang tensen dan geram, aku pergilah cari supervisor aku, manalah tau dia letak kat tempat lain ataupun dia buang ke, sebab dia selalu bgtau kat aku, kalo aku tak label aku nyer barang2, dia akan buang. Jadi aku ge lah cari dia (bukan mengamuk lah, sekadar bertanya). Bila jumpa, aku tanya dia, dia ada nampak tak aku nyer mineral premix? Sebab aku rasa dah kena buang dah.. Dia pun bgtau aku yang dia tak pernah buang mineral premix setakat yang dia ingat. Erm..kalo camtu, mesti ada orang lain dah terbuang aku nyer mineral premix... Wah..tensen2....

Sunday, November 23, 2008
Aktiviti hujung minggu aku..
Pagi semalam aku, Ghazaly dan wife dia kamariah, Roslan, dan wife dia Hana dan 3 orang anak diaorang bercadang nak ge berehat sambil mancing kat george town. Kira ala ala pekelahan musim panas lah. Tapi sampai je kat sana, cuaca plak di luar dugaan.. Dengan keadaan yang sejuk, angin plak kuat sangat..
Lepas tue kitaorang decide nak ge plak mancing kat Rowella, dalam 30 minit dari george town. Sebab tak bleh tahan dah duduk kat george town, sebab cuaca sejuk dan angin yang kuat. Aku memang menggigil dah.. Jadi kitaorg pun bergerak Rowella, berhampiran dengan Batman Bridge (yang aku cerita kat aku nyer entri sebelumnya).
Tempat nie tak lah sejuk sangat, sebab terlindung dari angin. Disebelah kiri kanan, semua bukit. Jadi angin taklah kuat sangat. Jadi kitaorang start lah mancing. Memang takde kan lah hari nie, mungkin sebab cuaca yang sejuk dari biasa menyebabkan ikan hilang selera makan. Itu mungkin satu kemungkinan.
Wednesday, November 19, 2008
Gambar kenangan masa kat UPMT dulu... (1999-2002)
Bila aku tengok gambar masa aku study kat Terengganu dulu, teringat kembali kesah zaman tersebut dan rasa itulah kenangan yang paling best yang aku takkan lupa sampai bila bila. Kat situ lah aku kenal ramai kawan2 aku yang banyak mengubah cara pergaulan dan kehidupan aku. Di sini aku kongsi gambar2 lama aku masa aku study kat sana.

Sarawak ada zapin?
Ishk..aku tak tau pun sarawak ada zapin..tadi ntah.apa yang aku fikir, teringin nak tengok zapin Johor, aku bukak youtube, nak tertengok plak tajuk zapin sarawak.. Ingatkan main main, rupanya betul, swk ada zapin :) Aku pasti, ramailah orang sarawak yang tak tau sarawak ada zapin..huhu.. Mungkin kurang pendedahan mengenai tarian traditional.. :)
Tuesday, November 18, 2008
Persoalan mengenai teori hanyutan benua
Entri kali ini aku nak ajak pelawat blog aku untuk berfikir dan memberikan pendapat mereka mengenai perkara ini. Memang banyak sangat persoalan yang berkait dengan teori hanyutan benua yang sukar untuk diyakini kebenarannya. Persoalan yang aku ingin timbulkan hanya melibatkan antara semenanjung Malaysia dan Borneo. Persoalannya:
1. Kenapa di semenanjung ada Harimau belang, di Sarawak & sabah tiada harimau belang?
2. Kenapa di semenanjung ada gajah, di sarawak tiada gajah..tetapi di sabah ada gajah yang bersaiz kecil yang lain dari spesies di semenanjung (dikatakan gajah yang wujud di sabah dibawa oleh orang inggeris yang telah mengalami evolusi yang menyebabkan ianya bersaiz kecil. Tetapi kajian oleh saintis secara saintifik menunjukkan gajah ini berbeza dengan gajah dari semenanjung-leluhur yg berbeza)
3. Dari segi spesies pokok, di Sarawak ada kayu Belian (kayu yang paling keras di dunia), tetapi di semenanjung, tiada kayu Belian.
Ini adalah antara sedikit sebanyak persoalan yang aku masih belum pasti jawapannya.. Dan sebenarnya, ada banyak lagi perbezaan mengenai hidupan liar dan tumbuh tumbuhan yang ada di semenanjung dan borneo. Sapa ada idea, blehlah nyatakan di sini..nanti kita berbincang :)

Antara Faktor Mengapa Ikan Cepat Membesar...
Ikan, seperti yang kita tahu merupakan sumber protein utama di dunia pada masa sekarang. Ikan menjadi pilihan utama kerana ianya cepat mebesar dan mempunyai kandungan protein yang tinggi. Seekor ikan yang bersaiz 150 gram boleh membesar ke berat 2 kali ganda hanya dalam masa 5-6 minggu, contohnya ikan trout, siakap dan tilapia. Di sini saya menggunakan perbandingan ikan yang bersaiz besar (150g) kerana semakin kecil saiz kan tersebut, semakin pantaslah kadar tumbesarannya. Jadi bila semakin besar saiz ikan tersebut, tumbesaran akan menjadi lebih perlahan.
Salah satu faktor yang menyebabkan ikan cepat mebesar ialah kerana ianya berdarah sejuk dan hidup di persekitaran berair. Jadi ikan tidak perlu membazirkan tenaga untuk mengawal suhu badan. Ini kerana suhu badan ikan bergantung dengan suhu air di persekitarannya. Tidak seperti manusia, di mana kita akan melakukan metabolisma untuk memastikan suhu badan sentiasa dalam keadaan yang optimum di mana aktiviti ini akan memerlukan tenaga.
Ikan juga tinggal di persekitaran yang berair di mana akan mengurangkan penggunaan tenaga untuk bergerak. Air memudahkan ikan bergerak dengan penggunaan tenaga pada kadar yang minima. Faktor faktor inilah yang membantu ikan menggunakan nutrien yang diserap pada kadar yang optimum dan ini secara tidak langsung ikan akan membantu ikan membesar dengan cepat.

Monday, November 17, 2008
Balik
NIe masa kat atas feri, takde keja, aku ambik ler video wlpun takde apa2 yang menarik yang nak direkod kan :D Sampai di Hobart, aku singgah rumah Kak Nadia (lecturer UNIMAS) kejap.. Dia dan suami dia tak bagi kitaorang balik dulu, sebab diaorang nak masak nasi beriani... Sedap betul nasi beriani yang diaorang masak.. Dah lama tak makan nasi beriani.. Rasa sedih sangat masa makan, sebab teringat makanan2 kat Malaysia.. Alangkah indahnya kalo kat sini ada banyak makanan yang serupa ngan Malaysia kan... Abis jer makan, kitaorang berangkat balik ke Launceston dalam kol 9 malam. Sampai Launceston, dah nak kol 12 mlm.. Penat sesangat, sampai jer, terus pengsan...Tidur lah :D
Bruny Island Neck Game Reserve
Ini adalah video yang aku rekod masa kat sini :)
Kelaparan....
Balik dari rumah api, perut aku tetiba plak kelaparan...satu keje plak..nak cari tempat makan, jadi terpaksalah rujuk peta... ada kedai makan, tapi lam 30km... Nak tak nak, pergi lah jugak.. Ada satu je kedai makan yang berjaya dikesan.. Jadi aku pergilah makan kat kedai yang satu tue sb dah takde pilihan yang lain... Tapi sodihnyer, hanya salad jer yang halal kat kedai tue... "wah..aku tak nak makan sayur"..dalam hati aku ler.... Tapi perut dah lapar, nak tak nak, aku terpaksalah jugak order salad with salmon..
Subscribe to:
Posts (Atom)