Thursday, October 08, 2009

Cuti cuti Malaysia...

Aku dah kat Tasmania??? huhuhu...terus terasa tensen sb dah balik Tas.. Rasa cam tak puas je aku bercuti... Sebulan rasa cam seminggu jer... Pejam celik pejam celik, dah abis cuti aku sebulan...Kalo boleh, nak jer aku sambung cuti aku lagi... Hakikatnya, hati aku masih kat Malaysia.. Memang best macamana pun tempat orang, tak bleh lawan tempat kita sendiri..

Tapi aku rasa seronok sangat dapat balik beraya tahun nie.. Aku memang tak cadang nak balik, sb aku tengah buat experiment aku yg ke 3. Nasiblah supervisor aku sanggup tolong jaga experiment aku untuk 4 minggu masa aku balik raya, kalo tak memang takde peluang aku balik..huhuhu...

Cuti kali nie aku banyak habiskan masa d rumah bersama family sb dah 2 tahun tak balik, jadi memang aku ingin abiskan masa aku di rumah jer. Masa raya pun aku tak ge mana2, kecuali malam je aku keluar ziarah umah kawan2. Memang seronok sekali sekala berjumpa, bermacam2 cerita yg keluar dan paling menarik dapat jumpa kawan2 blog yg sebelum ini hanya berhubung melalui blog masing2. Apapun, aku memang rasa bersyukur sangat dapat balik raya tahun nie.. Alhamdulillah :)


Ini adalah antara aktiviti aku masa cuti baru2 nie... Nie masa bakar lemang malam raya, sampai kol 4 pagi..huhuhu...
Lama tak bakar lemang, rasa seronok sangat :)
Ini akuariu kat umah aku..Masa aku kat umah, aku suka tengok ikan daam akuarium nie n sambil tue aku bagi makan ikan2 nie.. dalam akuarium nie ada lebih dari 5 spesies ikan... :)
Dan paling best, dapat minum air kelapa muda.. Aku memang suka sangat air kelapa muda.. Masa kat tasmania, memang ada jual air kelapa, tapi hanya air kelapa tua.. memang lain sangat air kelapa muda n kelapa tua :)

Tuesday, September 15, 2009

Balik Kampung :)

Dah dua minggu aku tak buka aku nyer blog.. Sekarang nie tengah ambik peluang bercuti setelah 2 tahun tak balik bercuti.. dah hampir 2 minggu aku kat malaysia... Tapi cuti kali nie tak lah lama sangat, hanya sebulan. Tapi kira oklah kan, setelah 2 tahun, akhirnya dapat gak aku bercuti.. Kepada semua sahabat, selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin :)

Monday, August 24, 2009

IRAQ?

Semalam aku ge BAGDAD...Akhirnya aku berjaya juga menjejakkkan kaki di BAGDAD... Gambar2 ini membuktikan aku dah sampai di BAGDAD :p

Gambar diambil masa isi minyak keta

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog ini... sempena bulan yang mulia ini, maaf sekiranya ada tulisan yang menyingung perasaan selama ini...
Blog nie lama dah tak d update memandangkan buat masa sekarang saya masih sibuk dan bila sibuk, idea pun takde...
Apapun, salam ramadhan...bersyukur kita dapat bertemu dengan ramadhan lagi untuk tahun ini....moga puasa kita kali ini diterima oleh-NYA... Amin

Tuesday, July 21, 2009

Giant Catfish

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio