Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Tahune Forest Airwalk, Tasmania

Hari tue sempat pergi bercuti di Tahune Airwalk.. memang menarik dapat berjalan di celah2 pokok yang tinggi... Tenang sikit fikiran bila dapat berehat dalam keadaan yang tenang dan sunyi dengan udara yang segar.. Ini adalah antara gambar yang sempat diambil masa percutian tersebut..











Thursday, October 08, 2009

Cuti cuti Malaysia...

Aku dah kat Tasmania??? huhuhu...terus terasa tensen sb dah balik Tas.. Rasa cam tak puas je aku bercuti... Sebulan rasa cam seminggu jer... Pejam celik pejam celik, dah abis cuti aku sebulan...Kalo boleh, nak jer aku sambung cuti aku lagi... Hakikatnya, hati aku masih kat Malaysia.. Memang best macamana pun tempat orang, tak bleh lawan tempat kita sendiri..

Tapi aku rasa seronok sangat dapat balik beraya tahun nie.. Aku memang tak cadang nak balik, sb aku tengah buat experiment aku yg ke 3. Nasiblah supervisor aku sanggup tolong jaga experiment aku untuk 4 minggu masa aku balik raya, kalo tak memang takde peluang aku balik..huhuhu...

Cuti kali nie aku banyak habiskan masa d rumah bersama family sb dah 2 tahun tak balik, jadi memang aku ingin abiskan masa aku di rumah jer. Masa raya pun aku tak ge mana2, kecuali malam je aku keluar ziarah umah kawan2. Memang seronok sekali sekala berjumpa, bermacam2 cerita yg keluar dan paling menarik dapat jumpa kawan2 blog yg sebelum ini hanya berhubung melalui blog masing2. Apapun, aku memang rasa bersyukur sangat dapat balik raya tahun nie.. Alhamdulillah :)


Ini adalah antara aktiviti aku masa cuti baru2 nie... Nie masa bakar lemang malam raya, sampai kol 4 pagi..huhuhu...
Lama tak bakar lemang, rasa seronok sangat :)
Ini akuariu kat umah aku..Masa aku kat umah, aku suka tengok ikan daam akuarium nie n sambil tue aku bagi makan ikan2 nie.. dalam akuarium nie ada lebih dari 5 spesies ikan... :)
Dan paling best, dapat minum air kelapa muda.. Aku memang suka sangat air kelapa muda.. Masa kat tasmania, memang ada jual air kelapa, tapi hanya air kelapa tua.. memang lain sangat air kelapa muda n kelapa tua :)

Wednesday, December 17, 2008

Cuti?

Minggu depan, Uni of Tasmania akan bercuti selama 2 minggu. Jadi semua urusan kat Uni akan diberhentikan selama 2 minggu. Aku sebenarnya dah merancang nak ge bercuti minggu depan. Tapi...tapi....problem plak timbul. Sistem (tangki kultur dengan biofilter) aku plak ada prob. Dah 4 minggu dah aku cuba baikpulih aku nyer sistem kultur, baru semalam selesai dan boleh berfungsi dengan baik. Jadi, skrg aku kena pastikan biofilter berfungsi dengan baik. Ini satu masalah, sebab ianya makan masa untuk membolehkan bakteria membiak dalam filter (bakteria yg membantu membersihkan air) lebih lebih lagi bila aku menggunakan air tawar. Jadi mungkin akan mengambil masa 5-6 minggu baru biofilter boleh berfungsi dengan baik. Jadi aku kena sentiasa memastikan ammonium sulfat sentiasa ditambah dalam sistem setiap 2 hari pada sukatan yang ditetapkan hinggalah biofilter aku boleh berfungsi dengan baik. Jadi, batal lagi lah rancangan aku untuk bercuti hujung tahun nie. :((

Jadi disebabkan tak bleh nak bercuti panjang, aku cadang nak ge mancing je lah cuti nie... :) Mancing dekat2 Launnie nie jer, tambahan kat sini pun ada banyak pontoon aku leh ge mancing.. :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio