Saturday, October 04, 2008

Raya ke 4 bersama pelajar Universiti of Tasmania, Hobart Campus..















Pelajar Uni of Tasmania dari Kampus Hobart dan Launceston















Pelajar Hobart n Launceston















Kali Pertama Jumpa, tp cam kenal lama dah..















Antara tetamu yang hadir















Lepak2 sambil makan




















Aku dan Hassan sentiasa Pink sama cam tahun lepas..hehe
















Pelayan tetamu :-p















Rendang Ayam















Rendang Daging















Berlakon lah tue :p


Ucapan Hari Raya


Hari nie hari Raya keempat, tetapi suasana hari raya d Launceston tahun nie masih meriah dengan kehadiran pelajar pelajar Uni of Tasmania dari kampus Hobart. Tahun ini sambutan raya bagi pelajar Malaysia dibuat di Uni of Tasmania, Newnham Campus, Launceston. Seramai lebih 25 pelajar Malaysia dari Kampus Induk di Hobart telah datang untuk meraikan sambutan hari raya tahun ini di Kampus Launceston. Tidak seperti tahun lepas di mana sambutan raya telah dibuat di Hobart. Jadi kesimpulannya, Raya Tahun nie memang meriah sikit.

Hari nie aku bangun awal sb nak masak untuk program raya. Aku tak masak banyak, dalam 1 kg ayam. Masak kari ayam :) Ntah, aku tak rasa pun kari ayam yang aku masak, entah sedap, entah tidak. Yang penting, aku bawa sedikit makanan untuk sambutan raya :) Aku nak buat banyak banyak pun, takde kuali yang besar... Jadi tue yang aku buat sikit je..huhuhu...

Majlis bermula pada pukul 12.30 tengahari, tapi aku sampai 1 ptg.. Sb ayam yang aku masak tak siap2 lagi..huhu..maklumlah, aku nie kalo bab masak kari, memang slow.. Setiba aku kat tempat majlis, tak ramai lagi pelajar yang sampai. Pelajar dari Hobart hanya sampai pada pukul 1.30 petang, sb perjalanan dari Hobart ke Launceston mengambil masa kira kira 3 Jam perjalanan. Tiada aktiviti lain yang dibuat kecuali berkenalan dengan pelajar pelajar dari Hobart. Ada juga pelajar yang aku jumpa bekas coursemate Mazmi dan Kamshari (Kawan yg keja sama2 d Bintulu).

Aku seperti biasa ke hulu ke hilir ambik gambar n berbual dengan sapa sapa yang ada d depan aku. Kena mesra alam, kalo tak, nanti sorang sorang lah plak..hehe... Aku tak ambik gambar banyak, sb terlalu sibuk berbual. Program berakhir dalam pukul 4.30 petang. Pelajar dari Kampus Hobart balik terus ke Hobart pada petang itu juga.

Friday, October 03, 2008

Makanan....















Daging masak asam pedas















Ikan salmon bakar















Salmon kukus















Lagsana















Pizza (memang bakar sampai rangup)















CheeseCake















Macaroni/maccherone















Laksa















Mee Bandung















Bingka Jagung















Ayam masak kunyit















Ayam masak lemak

Ini adalah diantara masakkan yang biasa aku masak kat sini. Nak kata rasanya sedap, tak kot, yang penting boleh d makan..hehe.. Kalo nak sedap, memang kena balik malaysia, makan kat kedai, baru sedap.. :)

Aku, Mowbray, Launceston n Tasmania















Mowbray, Kedai Taj tue satu satunya kedai halal kat Mowbray















Umah Aku (plumer st)















Jalan ke umah aku















Pekan kecik, mowbray















Mowbray















Mowbray, Launnie

Bagi sesiapa yang pernah menetap di Bintulu, Sarawak, Launceston adalah hampir sama dengan bintulu dari segi keluasan bandar. 15 minit dari bandar launceston, adalah pekan kecil yang dinamakan Mowbray. Pekan ini saiznya sama lah besar dengan Medan Jaya, Bintulu (bagi yang pernah tingal di Bintulu, mereka tau lah saiz pekan nie besar mana). Bagi aku Launceston nie tak ubah macam bintulu. Rumah aku tak lah jauh sangat dari pekan Mowbray, mungkin dalam 1 km lebih sahaja. Kat pekan nie lah aku biasa beli barang2. Aku kira beruntung, sb kat Mowbray ada menjual daging lembu dan kambing yang halal. Ikan salmon, trout, udang putih, udang karah, semua boleh didapati di Mowbray. Hanya ayam yang halal kena beli kat bandar launceston, sb kat Mowbray takde ayam yang halal. Di Mowbray, ada sebuah kedai India Muslim yang halal. Tapi aku jarang makan kat kedai tue. Al maklumlah, boleh bankrap kalo makan kat luar tiap2 hari..hehe...sb kat sini harga makanan mahal. Biasanya kalo aku makan termasuk ngan air, kos adalah sekitar aud 12-17. Itu sekali, kalo tiap2 hari,huhu..mau kering dibuatnya. Jadi aku biasanya masaklah kat umah. Sekali masak, boleh lah makan sampai 2-3 kali. Di bandar launceston, ada 2 lagi kedai yang halal di mana satu kepunyaan india muslim, dan satu lagi tuan kedai ialah daripada Malaysia. Kalo tak silap aku, orang Kajang, selangor. Tapi dia pun dah lama menetap kat sini. Anak anak dia pun dah tak pandai cakap BM :)

Di sini, cuaca boleh dikira sebagai sejuk sepanjang tahun. Musim panas pun tak panas sangat.. Mula mula aku sampai dulu, memang lah rasa sakit nak menyesuaikan diri kat sini. Dah biasa duduk bawah pancaran matahari..huhu.. Tapi sekarang, bolehlah tahan sedikit, asalkan suhu masih d atas 7 darjah, tapi kena pakai baju tebal..kalo tak, beku gak..huhu. Kalo dah bawah 7, kenalah on heater kat bilik. Kalo tak, bekulah bila bangun pagi..huhuhu..

Ben Lomond

Thursday, October 02, 2008

Hari Raya Pertama















Antara Hidangan d Pagi Raya
















Kuih Raya















Bersama anak anak Roslan















Antara tetamu yang hadir















Hidangan Raya

Pagi tue aku ingat nak ge semayang raya. Nak gak rasa suasana raya walaupun jauh dari Malaysia. Lepas subuh pagi tue, aku ingat nak tidurlah sekejap. Ingat kejap je, tp bila aku bangun, mak datok….dah 8.08 pagi. Mak ai..terlepas plak…sb start semayang raya kol 8 pagi.. Kalo aku ge gak, sah sah aku sampai, org balik.. Takpelah..next year, kalo dpanjangkan umur, aku ge semayang raya palk :) jadi aku sambunglah tdr balik…baru nak tdr, pastue pintu bilik aku diketuk plak.. Ishk..sapa yg plak ketuk bilik aku pagi2 nie… Ingat nak biar je, tapi cam tak baik plak. Jadi aku bangunlah, buka pintu, aku tengok housemate aku, Deepak berdiri kat depan bilik sambil hulurkan bungkusan kat aku. Tanya dia, dari mana dapat, dia cakap, posmen hantar..Dalam hati aku, rajin plak posmen hantar barang pagi2 camne. Bila aku bukak je bungkusan, aku tengok ada kuih raya..hehe…wah…kembali ceria bila nampak kuih raya yg dikirim khas dari Malaysia. Ada kad ucapan, dates with almond dan beberapa barangan lain daripada insan yang sentiasa mengigati aku. Thanks mimi. Terharunya aku..huhu… Tapi kejap, aku rasa heran plak, camne leh lepas..sb selalunya kalo antar kuih pastue bahan2 yg berkaitan ngan pertanian, memang tak kan lepas ke Australia. Aku fikir, memang dah rezeki aku :) Tp aku sebenarnya masih ngantok jd aku pun sambunglah tdr balik..huhuhu… Kol 10.30, Nat call aku ajak aku ge beraya umah Kak Nora (singaporean). Jd aku terus bangun, kol 11.40pg terus bergerak jalan kaki umah kak Nora. Rumah dia tak lah jauh sangat dari umah aku, adalah dalam 1 km lebih camtue je. Sampai umah, Kak Nora terus ajak makan… Banyak gak juadah pagi tue, antaranya lemang (buat dalam plastik), nasi minyak, Ayam masak merah, Kari daging, acar dan lain2. Kuih raya pun ada.. Tak lama pastue, beberapa org kawan2 lain pun sampai.. Meriah lah gak…adalah lam 15 org kumpul sama2 d pagi raya… Kalo tak silap, aku bergerak balik dari umah kak Nora lam kol 5 petang..hehe… dah takde tempat lain nak beraya, jd aku lepaklah sana sampai petang :)



Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio