Thursday, June 21, 2012

Lagi Serangan Buaya di Sungai Seblak

Serangan terbaru direkodkan di sungai Seblak, di daerah Saratok. Sejak akhir akhir ini, makin kerap serangan buaya berlaku di Sarawak. Malangnya, tiada tindakan yang BERKESAN dilakukan oleh KERAJAAN NEGERI SARAWAK dalam menangani masalah ini. Biasanya buaya yang pernah menyerang manusia, akan kembali menyerang manusia. Mungkin kerana manusia mangsa mudah bagi buaya dan mungkin manusia sedap bagi buaya. Kita kena tahu yang buaya mempunyai lidah di mana ia memberikan kelebihan bagi buaya untuk merasa daging sedap atau tidak. Samalah seperti ikan yang mempunyai lidah, ia akan merasa dulu makanan tersebut, kalau sedap, barulah ikan tersebut makan dan kalau tak sedap akan diluahkan kembali.

Sebelum ini, serangan yang sama berlaku di sungai Seblak, tapi buaya yang menyerang tak pernah ditangkap oleh jabatan yang bertangungjawab yang pasti di bawah kuasa kerajaan negeri Sarawak. Dikatakan, buaya yang sama yang telah menyerang mangsa mangsa sebelum ini di mana ini adalah kejadian yang KE EMPAT yang berlaku. Buaya ini digelar sebagai "BUJANG SEBLAK" di mana dianggarkan panjangnya berukuran melebihi 5 METER.  Apa yang berlaku? Saya sendiri pun tidak tahu. Yang pasti, saya dapat rasayakan yang ada pihak tidak mahu buaya diburu walaupun telah membunuh manusia dengan alasan tidak mahu kepupusan buaya berlaku. Mereka memang tahu yang populasi buaya meningkat, tapi mereka masih tidak mahu membenarkan pemburuan buaya ini. Alasan yang basi yang kita dengar ialah, orang yang mati di jalan raya lebih ramai dari yang mati dibaham buaya. Bagi saya, ini alasan yang amat tidak masuk akal dengan membandingkan dua benda yang berbeza.

Mungkin mereka tidak pernah merasa perit mencari rezeki di sungai. Mungkin mereka tidak tahu yang ramai lagi rakyat sarawak menjadikan sungai sebagai sumber air, rezeki dan pengangkutan ataupun mungkin mereka buta atau buat buat buta mengenai masalah yang berlaku. Yang menjadi mangsa, rakyat. Harapan agar kerajaan NEGERI mengambil berat mengenai perkara ini jika betul janji mereka rakyat didahulukan.

Bawah adalah keratan akhbar mengenai kejadian tersebut:

Buaya Sg Seblak mengganas lagi

Posted on June 20, 2012, Wednesday

SARATOK: Sungai Seblak berkocak lagi dengan satu kejadian serangan buaya yang dipercayai angkara Bujang Seblak.
Setelah beberapa bulan menyepi dengan mangsa terakhir dikenali sebagai Sulaiman Abdullah yang merupakan seorang nelayan dari Kampung Melayu Roban, kini Bujang Seblak menjadikan isteri kepada Tuai Rumah Embol dari Sungai Anak, Pelunga Roban sebagai mangsa keempatnya.
Kejadian ini dipercayai berlaku pada jam 5 petang semalam.
Pada masa kejadian mangsa, Resiah Latit dipercayai sedang mandi dan akibat serangan itu mangsa dipercayai terus hilang tanpa sebarang jejak.
Berikutan kejadian itu, suami mangsa telah bergegas ke pekan kecil Roban untuk membuat laporan polis pada sekitar jam 6 petang.
Menurut seorang penduduk Kampung Melayu Roban yang sempat ditemui oleh pemberita semalam, lokasi serangan itu berlaku memang terkenal sebagai tempat buaya terbabit sering timbul.
“Lokasi Sungai Anak itu memang tempat yang kerap sekali kami lihat buaya-buaya besar timbul.
“Tempat itu juga tidak jauh dari buaya yang menyambar Sulaiman dahulu. Apa yang lebih merisaukan dan diketahui oleh pihak kita ialah bulan Jun terutamanya adalah bulan berbahaya kerana buaya betina mula bertindak agresif kerana ia musim bertelur dan musim mengawan reptilia terbabit,” katanya.

Mayat mangsa serangan buaya Sungai Seblak ditemui

Posted on June 21, 2012, Thursday

SARATOK: Mayat mangsa keempat buaya Sungai Seblak yang dikenali dengan jolokan Bujang Seblak ditemui oleh ahli keluarganya setelah empat jam dilaporkan hilang.
Dalam kejadian serangan reptilia tersebut, seorang wanita berusia pertengahan umur dan merupakan isteri Tuai Rumah Embol dari Sungai Anak, Pelunga Roban telah menjadi mangsa serangan reptilia ganas tersebut yang popular dengan sejarahnya yang tersendiri di kalangan penduduk setempat.
Sebelum ini, reptilia ganas tersebut mempunyai sejarah serangan terhadap manusia bermula sejak tahun 2007 apabila tiga mangsanya adalah nelayan sungai.
Mangsa terakhir sebelum ini ialah Sulaiman Abdullah dari Kampung Melayu Roban iaitu pada bulan Ogos tahun lepas.
Setelah sekianlama menyepi, kini Bujang Seblak yang terkenal dengan keganasannya mula menunjukkan keganasannya lagi.
Dalam kejadian serang yang terbaharu ini pemberita sempat mengambi maklumat daripada salah seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di Hospital Saratok, semalam.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang mandi bersama beberapa anggota keluarga dari rumah panjang terbabit.
“Sedang mereka leka mandi, secara tiba-tiba, mangsa seperti ditarik suatu lembaga hitam yang sangat besar yang muncul dari dasar sungai.
“Belum sempat mereka melarikan diri, buaya tersebut dengan begitu pantas terus menyambar mangsa dan menarik mangsa ke dasar sungai.
“Melihat kejadian itu, saudara-mara mangsa yang turut sama berada di lokasi kejadian cuba menarik mangsa sambil cuba memukul buaya berkenaan dengan kayu dan pendayung perahu yang sempat diambil dari perahu-perahu yang berada di pangkalan tersebut.
“Namun begitu buaya tersebut tidak mengendahkan jeritan dan pukulan yang dibuat oleh saudara mangsa tetapi terus menarik mangsa ke dasar sungai hingga dia hilang terus dari pandangan,” ceritanya kepada pemberita.
Tambahnya, melihat kejadian itu beberapa penduduk kampung terus bergegas balik semula ke rumah panjang untuk mengambil beberapa perkakas seperti senapang dan pukat.
“Kami turut membuat beberapa panggilan untuk menghubungi sanak-saudara yang berada di bahagian hilir Sungai Seblak untuk memaklumkan kejadian itu dan memohon bantuan untuk menjejaki mangsa.
“Berdasarkan buah fikiran ramai, satu kata sepakat telah dicapai dan semuanya bersetuju untuk menarik pukat merentangi Sungai Anak dengan tujuan untuk menghalang buaya terbabit dari membawa mangsa ke Sungai Seblak.
“Setelah itu kami semua terus bertindak memasang pukat dan melancarkan gerakan mencari mangsa. Sekitar jam 9 malam pasukan mencari kami telah terserempak dengan buaya terbabit sedang menggonggong mangsa.
“Melihat keadaan itu, salah seorang daripada kami yang membawa senapang terus menambak ke arah buaya terbabit dan sebaik sahaja tembakan tersebut dilepaskan, buaya terbabit terus melepaskan mangsa,” jelasnya.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok ASP Zamrul Ahmad ketika dihubungi pemberita semalam mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan tentang kejadian itu.
“Nama penuh mangsa ialah Siah Munsong, 42 tahun dan telah dijumpai oleh saudaranya tidak jauh dari lokasi kejadian pada sekitar jam 9.40 malam kelmarin.
“Berdasarkan keadaan mayat mangsa, terdapat beberapa kesan gigitan di bahagian kaki mangsa dan berdasarkan laporan yang kami terima juga kejadian itu dipercayai berlaku pada sekitar jam 5.30 petang kelmarin,” katanya.
Sementara itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses bedah siasat dan telah dituntut oleh keluarganya serta telah dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Saratok pada sekitar jam 10 pagi semalam untuk dibawa balik ke rumah panjangnya di Sungai Anak, Pelunga Roban.

Thursday, May 17, 2012

Zoo Negara

Minggu lepas aku berpeluang pergi zoo negara.. Inilah kali pertama aku pergi ke zoo negara. Ini pun atas urusan kerja. Kalau tidak, tak taulah bila nak masuk zoo negara..hehe... Zoo taping dan zoo melaka aku dah pergi, tapi zoo negara nie aku malas nak pergi sebab sebelum ini tanggapan aku terhadap zoo negara sedikit berlainan. Bagi aku, zoo negara ini berada di tengah bandar dan ini mungkin menyebabkan naluri liar haiwan kat sini mungkin dah berubah. Tapi setelah aku pergi kat zoo nie, aku rasa tanggapan aku terhadap zoo negara sebelum ini memang meleset. Kebanyakan haiwan kat sini masih menunjukan sifat haiwan semulajadi dan liar. Tapi sayangnya zoo ini berhampiran dengan kawasan kediaman. Ini mungkin menyukarkan lagi pembangunan zoo ini. Tapi bagi aku, zoo ini mempunyai nilai sejarahnya tersendiri. Aku harap zoo ini akan berada di situ buat selama lamanya :) 













Rusa di UPMKB

Ini gambar rusa yang terdapat di ladang rusa di UPM Kampus Bintulu. Mesti ramai orang tidak mengetahui kewujudan UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Kampus ini  bermula dengan kampus sementara di Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus ini telah berkembang dan berpindah ke kampus tetap yang lebih selesa di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun 1987 sebelum ditutup sementara pada tahun 1992. Pada tahun 2001, kampus ini telah dibuka semula hinggalah ke hari ini. 

Di kampus ini ada banyak haiwan termasuklah burung unta, lembu, kerbau, kambing dan banyak lagi. Ini kerana UPM Kampus Bintulu ada menawarkan kursus diploma kesihatan haiwan dan penternakan. Sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam ternakan, bolehlah mohon masuk UPMKB :)



Friday, March 23, 2012

Gambar




Lama tak update blog ini. Aku tak nak blog nie terkubur. Walaupun sibuk, aku akan cuba update wlpun tak banyak benda yang aku dapat ceritakan :)

Friday, November 18, 2011

Spesies yang biasa diternak di Malaysia

Entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai mengenai spesies akuatik yang biasa diternak di Malaysia. Biasanya ternakkan ini akan dilakukan bergantung kepada permintaan dan harga pasaran. Di sini saya senaraikan mengenai ikan air tawar. Tetapi yang menarik di Malaysia, walaupun ternakkan banyak melibatkan ikan air tawar, tetapi masih ramai orang Malaysia yang tidak suka makan ikan air tawar. Kenapa? Sb kebanyakkan jawapan yang saya perolehi secara rawak ialah kebanyakkan ikan air tawar ini berbau hanyir, tanah dan banyak lagi. Tapi sebenarnya apapun spesies ikan, kualiti ikan tetap sama. Ikan adalah protein murah dan lengkap untuk manusia :)

English Name

Malay Name

Scientific Name

Bighead catfish

Keli bunga

Clarias macrocephalus

Walking catfish

Keli kayu

Clarias batrachus

Common carp

Kap biasa/Lee koh

Cyprinus carpio

Bighead carp

Kap kepala besar

Aristichthys nobilis

Silver carp

Kap perak

Hypophthalmichthys molitrix

Grass carp

Kap rumput

Ctenopharyngodon idella

Climbing perch

Puyu

Anabas testudineus

River catfish

Baung

Mystus sp.

River catfish

Patin

Pangasius sutchi

Japanese eel

Belut

Anguilla japonica

Red tilapia

Tilapia merah

Oreochromis sp.

Gourami

Sepat

Trichogaster trichopterus

River carp

Jelawat

Leptobarbus hoevenii

Javanese carp

Lampam jawa

Puntius gonionotus

Giant gourami

Kalui

Osphronemus goramy

Tiger grouper

Kerapu

Epinephelus fuscoguttatus

Marble goby

Ketutu

Oxyeleotris marmoratus

Seabass

Siakap

Lates calcarifer

Mud crab

Ketam nipah

Scylla serrata

Giant freshwater prawn

Udang galah

Macrobrachium rosenbergii

Tiger prawn

Udang harimau

Penaeus monodon

Cockle

Kerang

Anadara granosa

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio