Ini gambar rusa yang terdapat di ladang rusa di UPM Kampus Bintulu. Mesti ramai orang tidak mengetahui kewujudan UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Kampus ini bermula
dengan kampus sementara di Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus
ini telah berkembang dan berpindah ke kampus tetap yang lebih selesa di
Bintulu, Sarawak pada bulan Jun 1987 sebelum ditutup sementara pada
tahun 1992. Pada tahun 2001, kampus ini telah dibuka semula hinggalah ke hari ini.
Di kampus ini ada banyak haiwan termasuklah burung unta, lembu, kerbau, kambing dan banyak lagi. Ini kerana UPM Kampus Bintulu ada menawarkan kursus diploma kesihatan haiwan dan penternakan. Sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri dalam ternakan, bolehlah mohon masuk UPMKB :)
2 comments:
Assalamualaikum Dr. Kamil, saya pelajar UPMKB DKHP03 tahun 2023! :)
Waalaikummussalam. Selamat baca blog saya 😁
Post a Comment