Tuesday, September 13, 2011
Aktiviti Malam Raya
Walaupun 1 syawal dah lepas, aku nak kongsi juga gambar2 masa aku beraya kat sini. I ni adalah syawal ke lima aku d Tasmania dan INSYAALLAH, yang terakhir bagi aku d bumi Tasmania. Tahun ini jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya, memang meriah sangat.. Bukan kerana malaysian makin ramai, tetapi kerana sikap gotong royong dan perancangan yang teratur dari semua kawan2 untuk aktiviti sambutan raya tahun nie. Apapun, inilah kenangan raya yang paling best bg aku d Tamania :) Tahun depan, INSYAALLAH, raya d Saratok, Sarawak :)




Friday, August 26, 2011
Musim dah berubah
Aku tak tau nak upload apa..jd sempena dengan musim bunga yg baru nak masuk nie, aku uploadlah gambar bunga..hehe :)Selamat berpuasa semua..tinggal beberapa hari lagi nak raya.. raya kat mana2 pun sama je lah kan..yg penting semngat raya tue ada.. aku kat sini wlpun takde suasana, tp hati aku masih rasa raya, jd cam malas dah nak buat keja bila dah dekat dengan raya nie..hehe...
Kelaka saratok ikit. Mun ngekut raso atie, nang aso maok balit jak eh..lamak do dah sik nangga pintu gerbang n bandung ngei saratok eh.. ngenang maso kecik dolok, ngabang umah urang, minum air menet..nang sik apat dilupak eh kenangan maso ensio.. mun jaman kecik2 dolok, malam bandung lah malam yg dinantik..nipo ndak, malam yo jak dapat ngelayo, ghaon2 musin kampung.. waktu yo urang makei pelito banyak agik..kenek tuk mungkin sik rame dah makei pelito sb minyak tanah pun sik dijuai gik eh..ndak ku tauk kenak...pelik juak nipo minyak tanah pandei abis poyo.. main mercun..aie..macam2 jenis mercum maso yo..saiz pun besar2 jak.. mercun terbang, bungo api warna warni..kenek tuk nang sik boh nak madah, nang susah nak nangga... sik beraso tuk dah rayo ke 5 aku d perantauan.. nang sik pernah terpikir aku rayo d perantauan.. maso ku study ngei terenggganu n kl pun nang aku balit jak maso rayo.. tapi kenek tuk, bukan sik maok balit tp sik ado cuti..makin rayo, makin lah gago..pelik juak eh... mun aku tauk dolok, nyambung belajar kat mesir kah, iran kan, nyaman leh balit rayo..hehehe.. selamat hari rayo semo...INSYAALLAH, mun dipanjangkan umur, tahun depan aku berayo ngei Malaysia gik...tempat sik tauk lah...hehe..tp yg pasti ngei Malaysia... :)
Wednesday, August 24, 2011
Filem pendek
Aku suka filem2 pendek sempena dengan raya terutamanya iklan2 petronas. Tapi dah lama dah petronas tak keluarkan iklan yang betul2 dapat menyentap hati sesiapa yang menontonnya... aku pernah keluarkan entri mengenai iklan2 terbaik raya yg pernah aku tengok sebelum ini. Kali ini CST keluarkan lagi filem pendek sempena raya..memang terbaik dan sepatutnya ditayangkan di television di Malaysia... Tahniah CST..sebak gak aku tengok..korang memang terbaik :)
Tuesday, August 23, 2011
Video Raya Tahun Lepas
Ini adalah video hari Raya Tahun lepas di Launceston, Tasmania. Tahun lepas boleh dikatakan hari raya yang paling meriah yang pernah aku rasakan sejak aku beraya di sini dari tahun 2007. Harap2 tahun ini pun meriah gak :) Ini tahun terakhir aku beraya di perantauan, tahun depan aku raya kat Malaysia plak, INSYAALLAH kalo dipanjangkan umur... :) Lama tak merasa kek lapis Sarawak, lemang n ketupat dan rendang... Rindu2..huhuhu...
Friday, August 05, 2011
Kebuluran dan kekayaan
Bila aku tegok video saudara seislam kita di Somalia, sangat menyedihkan... Kekadang aku hairan kenapa Pak Arab yang kaya giler giler tak sanggup nak tolong Saudara meraka yg dalam keadaan susah. Mereka lebih sanggup membeli kelab2 bola yang berjuta2 mahalnya, mengukir nama dekat pulau sehingga bleh nampak dari angkasa, membuat bangunan pencakar langit yang tertinggi, memiliki beratus2 model kereta mewah, mempunyai kereta paling besar di dunia dan banyak lagi.. Serius bagi aku, ini melambangkan kebodohan pak Arab itu sendiri... emo plak aku dah...aku betul betul kecewa sb mereka terlalu kaya hingga membazir tak tentu pasal. Baik mereka membantu saudara meraka yg berada dalam kebuluran. Aku sebut Pak Arab, sebab meraka kaya dan suka membazir dan menayangkan kekayaan mereka pada dunia.. Ya Allah, moga hati mereka yang kaya ini terbuka untuk menderma dan membantu hamba MU yang berada dalam kesusahan. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)