Thursday, August 19, 2010

Ikan Besar

Lama dah tak mancing..
Sb musim sejuk..
Ikan pun takdok...
Jadi, aku pergilah cari ikan..
Dapat beli ikan dari seorang nelayan kat sini, harga sekilo AUD 8..
Kira murah sangat, sebab biasanya ikan kat sini harga mahal..
Jadi aku belilah 2 ekor = 2kg...

Kalo bukan musim sejuk, mudah sangat nak dapat ikan...
Bila musim sejuk, ikan pun takdok..
Mungkin lah ikan tak nak makan sb kesejukkan..hehe..

Ini adalah gambar ikan yg aku beli tersebut :)
Memang besar..sekor beratnya sekilo :)




Baca dan Membaca

Dalam dua minggu nie aku kesibukkan..
Yang peliknya, makin sibuk, makin takde idea..
Minggu nie gak aku kena "membaca"..
Adus..penat penat..lebih2 lagi bila baca benda yang aku sukar nak faham..
Minggu nie kena baca "Stereo Chemistry", salah satu cabang kimia yg paling mencabar bg aku..
Dah banyak kali baca, tapi kurang faham..
Aku tanya ngan supervisor aku, jawapannya mudah, "teruskan membaca sampai faham"..
Tapi masih aku kurang faham..
Akhirnya, aku call Dr Hamdan, seorg pensyarah spectroscopy di UPM Bintulu..
Jadi dia lah tolong terangkan aku..
Kuliah melalui telefon..
Apapun, terima kasih Dr Hamdan kerna banyak membantu aku..

Wednesday, August 18, 2010

Pelakon Terbaik

Memang Pelakon Terbaik lah budak nie... Hebat2..hahaha

Bila Abis Belajar

Baru baru nie aku pergi konvo kawan aku. Aku jd jurugambar yg tak bertauliah utk diaorg..hehe.. Tapi takpe, bukan slalu dapat peluang masuk dewan konvo.. Memang seronok dapat tengok kawan2 konvo. Ini adalah antara gambar yang aku rakam semasa konvo tersebut :)






Sunday, August 15, 2010

Bazaar Ramadan

Tahun nie, ramadhan di Launceston bermula pd hari Khamis, berbeza dengan Malaysia, di mana puasa bermula hari Rabu. Rasa macam baru semalam je raya, skrg dah puasa balik. Memang tak terasa, setahun berlalu dengan cepat. Ini aadalah ramadhan ke 4 aku di bumi Launceston. Tahun nie, dengan inesitif dari kelab pelajar Malaysia di sini, bazaar ramadhan telah menjadi kenyataan. Bazaar ramadhan di bumi Launceston.. memang meriah. Ini adalah antara gambar yang sempat aku rakam.. :)




Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio