Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Monday, March 02, 2009

Teknik Pembenihan Udang Galah

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii adalah spesies udang air tawar yang terkenal di Malaysia. Udang ini boleh menghasilkan telur hingga beratus ribu pada satu satu masa. Terkenal disebabkan rasa yang sedap. Benih udang galah ini mesti dikultur dalam air payau yang bersaliniti antara 12-18ppt. Untuk menghasilkan benih yang berkualiti, induk udang yang dipilih hendaklah tidak terlalu kecil.

Induk udang yang sudah mempunyai telur (telur bewarna kuning-> oren-> perang ) akan dipindahkan ke dalam tangki yang bersaliniti 12-18ppt. Biasanya bila telur udang sudah bewarna perang, ini bermaksud telur itu akan menetas dalam tempoh beberapa hari lagi (mungkin 1-5 hari, bergantung pada tahap ke perangan). Sebaiknya, satu tangki hanya untuk seekor induk dan air sebaiknya hanya 30-40% dari isipadu penuh tangki. Ketika telur sudah bewarna perang, sebaiknya air hendaklah diperiksa setiap hari. Ini kerana mungkin ada telur yang sudah menetas (ini kerana semua telur udang tidak akan menetas dalam satu masa yang sama).

Setelah semua telur menetas, induk hendaklah dipindahkan ke tangki lain dan benih tadi hendaklah dibiarkan di dalam tangki. Selepas itu, tambahkan air dalam tangki tadi sehingga 80% dari isipadu tangki. Ini bagi mencairkan kandungan ammonia dan nitrit dalam tangki benih tadi.Untuk hari pertama dan kedua, biasanya benih udang tidak akan diberi makan. Benih akan mula diberi makan artemia pada hari ketiga.

Benih udang/larva udang ini akan berenang di badan air dengan keadaan yang terbalik. Benih udang mempunyai 12 peringkat pertumbuhan. Peringkat yang terakhir adalah post larvae di mana benih udang akan berenang ssperti udang dewasa. Biasanya larva udang mengambil masa sekitar 23-35 hari untuk mencapai tahap post larva. Jika keadaan sebaliknya berlaku iaitu jika masa terlalu lama diambil untuk mencapai post larva (35 hari ke atas), ini bermaksud kualiti benih yang dihasilkan tidak begitu baik.

Larva udang ini akan diberi makan dengan sejenis zooplankton yang dinamakan sebagai Artemia. Disebabkan oleh harga Artemia yang mahal, pemberian makanan larva akan diselang selikan dengan kastard telur (mungkin pagi dan tengahari kastard telur, petang artemia) . Kastard telur adalah makanan campuran daripada susu yang berkalsium tinggi dan telur. Biasanya pemberian kastard telur akan dilakukan bila larvae telah mencapai peringkat 6 atau 7 dan ke atas...

Air tangki hendaklah ditukar sekurang2 nya 30-50% setiap hari bergantung pada kadar kepekatan ammonia, pH dan nitrit di dalam air.

Wednesday, December 24, 2008

Otak udang

Sedap gak kan otak udang..lama dah aku tak makan...dalam banyak2 bahagian udang nie, aku paling suka makan otak udang sampaikan sampai satu ketika di Sarikei, Sarawak, kalo ge market ikan, kita akan jumpa orang jual otak udang, menunjukkan betapa sedapnyer otak udang :)

Tapi di sini aku nak cerita mengenai kesah otak udang dan orang tua2 zaman dahulu.. Dalam masyarakat melayu, terlalu banyak perumpamaan yang menarik dan salah satu daripadanya otak udang.. "Bodoh, macam otak udang" itu perumpamaan yg biasa didengar dari orang yg bermulut laser :)

Tapi bila dilakukan kajian, memang benar lah udang nie memang binatang yang bodoh. Alasan aku kata begini ialah cuba kita bandingkan antara ikan dan udang..

Ikan di kolam, biasanya penternak akan bagi makan 2 kali sehari di tempat yang sama dan pada waktu yg sama. Contohnya penternak akan bg makan ikan pada pukul 8pg dan 5 ptg di penjuru kanan kolam. Jadi bila dilakukan setiap hari, ikan biasa akan berkumpul di penjuru kanan kolam bila tiba masa untuk makan... Tak perlulah penternak menabur makanan ikan di semua bahagian kolam kerana ikan akan bergerak ke tempat yg sama setiap hari bila tiba masa utk makan..


Berbeza pula dengan udang... Penternak kena menaburkan makanan di seluruh bahgian kolam bagi membolehkan udang makan.. Ini kerana udang takkan baerkumpul di bahagian yang sama bila tiba masa untuk makan... Ini sudah cukup menunjukkan ikan lebih bijak dari udang....Tengok, orang zaman dulu pun dah tau udang nie bodoh.. Bagaimana diaorg tau, aku pun takde jawapan pada persoalan itu :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio