Induk ikan sepat akan dipilih. Ikan sepat jantan dan betina boleh dibezakan berdasarkan sirip dorsal (sirip bahagian atas badan) ikan.. Bagi ikan betina, sirip dorsalnya berbentuk bulat dan ikan jantan berbentuk runcing. Ikan betina yang matang akan dipilih bedasarkan dengan pemerhatian pada bahagia perut ikan. Ikan betina yang buncit menunjukkan ikan tersebut bersedia untuk membiak. Sediakan tangki/akuarium.
Pastikan keadaan tangki tersebut gelap untuk meransang ikan tersebut untuk membiak. Kalau akuarium digunakan, akuarium haruslah dibalut dengan plastik bewarna hitam ataupun di cat dengan menggunakan cat bewarna hitam. Ikan akan dimasukkan dan di permukaan tangki perlu diletakkan plastik hitam (saya gunakan plastik hitam) ataupun pokok kiambang di mana ini akan dijadikan sebagai medium untuk ikan melepaskan telur nanti.
Tangki akan ditutup dengan jaring bewarna hitam dan pastikan pengudaraan perlahan supaya tidak menggangu ikan tersebut untuk membiak. Periksa tangki setiap hari bagi melihat adakan ikan telah melepaskan telur atau tidak. Telur ikan ini bewarna seperti jeli dan sangat halus. Setelah telur dilepaskan, ikan jantan akan mengeluarkan sperma.. Telur akan menetas tidak lama selepas telur dilepaskan...