Showing posts with label panas. Show all posts
Showing posts with label panas. Show all posts

Sunday, February 01, 2009

Panas

Sungguh panas.. Itu je yang boleh aku kata bila cuaca berubah kat Launnie, Tasmania sejak 2 hari yang lepas.. Sekarang nie musim panas di Launnie.. Sejak tahun lepas, inilah panas MELAMPAU yang pernah aku rasa.. Biasanya suhu panas kat launnie tak melebihi 28 darjah dan purata suhu musim panas dalam 25 darjah.. Tapi 2 hari lepas, suhu melebihi 40 darjah.. Dah ler panas tak macam kat Malaysia.. Panas di Malaysia kadar kelembapan tinggi, jadi panas masih bleh diterima.. Kat sini panas kering... Rumput semua warna kuning dan beberapa tempat berlaku kebakaran hutan/semak.

Dalam masa yang sama, aku tengah buat 2nd exp aku. Aku tengah kultur ikan trout di mana ikan nie hanya bleh hidup dalam julat suhu 12-20 darjah. Kalo lebih dari julat ini, ikan akan mula stress, tiada selera makan dan akan ada yang mati. Ada 12 tangki 500L yang aku kena jaga.. Memang semua tangki nie ada alat penyejuk, tapi disebabkan suhu yang terlalu tinggi, alat penyejuk pun tak dapat nak menyejukkan air hingga menyebabkan suhu meningkat ke 24 darjah.. Setakat nie dah 4 ekor ikan aku mati kerana suhu melampau dan ikan yang lain masih menunjukkan simptom2 tekanan disebabkan peningkatan suhu...

Malah orang launnie sendiri pun menyatakan tak pernah berlaku panas macam nie kat launnie, malah kat tasmania pun tak pernah berlaku dalam sejarah panas yang melampau. Bagi aku, skrg kita dah dapat merasa kan kesan daripada pemanasan global di mana kawasan yang biasanya sejuk dah menjadi panas.. Dunia dah semakin tua agaknya.....

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio