Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

Wednesday, February 18, 2009

Kelas

Semester dah bermula.. Itu ayat2 yang bila aku dengar, aku akan jadi berdebar2.. Walaupun aku tak ada cuti semester, tapi bila Universiti dah buka semula, aku secara tak langsung pun akan sibuk gak dengan kelas dan persediaan untuk pembentangan tahunan... Minggu nie kelas statistik (Program R) aku dah bermula. Yang aku tak tahan tue, untuk minggu nie kelas bermula kol 9 pagi- 5ptg dan hanya rehat sejam kol 1-2ptg tiap2 hari. Tau2 lah kan, kalo kelas dari pagi ke petang, mata memang sepet je lam kelas ditambah lagi dengan aktiviti menganguk2 (disebabkan ngantok)..huhu... Jadi pensyarah pun suka mengajar sb tengok pelajar asyik mengangguk je (mungkin dia ingat pelajar dia faham kot)..hehe....

Ditambah lagi dengan subjek Statistik + Program, lagilah menyebabkan aku terlena dalam kelas... mata dah ngantok, tgk nombor dan formula, tambah lagi 2 kali ngantok, ditambah lagi ngan program yg pelik2, terus mata aku hampir tertutup...huhu...

Apapun yang berlaku, aku kena lulus gak subjek nie supaya sem depan aku tak masuk kelas nie balik..huhu.... Sebab nie subjek statistik yang ke dua yang aku kena ambik sepanjang pengajian aku kat sini... Yang pertama dulu, statistik dan program SPSS, dah lepas dah sem lepas, yang nie subjek statistik dan program R, yang ke 2 plak.. Tapi yg kali nie memang menyebabkan aku sesak nafas, sb banyak melibatkan arahan/bahasa komputer (betul ke ayat aku nie?) aku nie memang lemah sangat dalam komputer... Nak bagi arahan ngan komputer pun selalu tersilap... huhu....

Jadi buat masa sekarang, terpaksalah aku mengurangkan aktiviti meng update blog, sb bila tensen, idea takde untuk menulis..huhu....

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio