Kenapa ikan cepat membesar? Jika dibandingkan dengan haiwan ternakan lain, ikan antara yang paling cepat membesar...Persoalan yang biasa ditanya, kenapa ikan cepat membesar??? Jawapanya mudah sahaja..ini kerana ikan adalah berdarah sejuk. Berdarah sejuk bermaksud ikan tidak akan dapat mengawal suhu badannya seperti manusia. Suhu badan ikan adalah bergantung pada suhu persekitarannya. Sebagai contoh, jika suhu air 27 Celcius,
maka suhu badan ikan sama dengan suhu air tersebut. Maka dengan itu,
ikan tidak perlu menggunakan tenaga untuk mengawal suhu badannya. Secara
tidak langsung, kehilangan tenaga ikan adalah pada kadar yang minimum.
Jadi nutrients yang diserap dalam badan ikan akan digunakan untuk
tumbesaran. Jadi ini secara tidak langsung akan mempercepatkan lagi
kadar tumbesaran ikan. Tambahan juga, kadar penebaran/"stocking density"
ikan juga tinggi, jadi jumlah pengeluaran ikan per meter persegi juga
adalah tinggi.
3 comments:
ooo.mcm ya. kamek kinek tok suka meli ikan tongkol yang kecik2x. selalu jumpa yang besar-besar.ya memang yang masih kecik kah memang size gia?
Di Kem saya banyak ikan membiak, setiap petang peminat mancing datang memancing 'belida'. Sungai semulajadi. Layari blog 'KemKandai'.
Mon MonaLea _ ikan tonkol biasa eh nang besar saiz eh :)
Cikgu Husni - o.o..mesti seronok memancing kat sana :)
Post a Comment