Monday, October 01, 2012

Pesta Layang Layang di Bintulu, Sarawak

Pesta layang2 atau dalam bahasa sarawak pesta gudi adalah acara tahunan yang diadakan di bahagian Bintulu, Sarawak. Ianya adalah peringkat antarabangsa di mana disertai oleh pelbagai wakil dari beberapa negara di dunia ini seperti Jepun, Perancis, Singapura, Taiwan, India, Indonesia dan banyak lagi. Tahun nie acara ini bermula pada 26 Okober hingga 30 Oktober 2012. Memang menarik sebab ada banyak jenis layang layang yang pelik dan menarik. Di sini adalah beberapa keping gambar yang telah diambil sempena dengan pesta layang layang kali ini.

Layang layang yang berbentuk burung zaman purba..sangat menarik bentuknya...


Antara layang layang yang dijual.


Ini adalah antara layang layang yang diterbangkan.

Layang layang satu Malaysia :)


Layang yang pelik bentuknya..


Peserta tengah mencuba menerbangkan layang layang berbentuk burung zaman purba..


Sangat unik dengan pelbagai bentuk.


Ambik kesempatan untuk bergambar juga :)


Nie layang layang buaya yang diterbangkan oleh peserta dari Singapura.


Semestinya wau dari Kelantan.


Yang ini terlebih unik..Layang layang ini dibawa dan diterbangkah oleh peserta dari Perancis.


Antara layang layang yang berjaya diterbangkan.

Untuk sesiapa yang berminat untuk melihat pesta ini, bolehlah berkunjung di Bintulu tahun depan.. Biasanya pesta ini diadakan pada hujung tahun..

3 comments:

FeditlitousChuBb said...

Cantiknya layang2.

wan nur azleen said...

rindu bintulu :)

Kamil L said...

Feditlitous - Tahun depan leh rancang utk datang Bintulu :)tgk pesta layang2 :)

Wan- tak kan tak sdi nak melawat btlu lg kot? :p

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio