Wednesday, August 03, 2011

Pelik, kenapa tak nak puasa

25 orang ditangkap tidak berpuasa di Sarawak

Sumber :BHARIAN
2011/08/03
KUCHING: Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.
"Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Angka ini amat menakutkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini, hari ini.
Daud yang juga Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Waqaf Sarawak berkata, buat masa ini salah satu tindakan yang bakal diambil ialah dengan mendedahkan identiti pesalah di media massa selepas mereka disabitkan kesalahan, sebagai kaedah untuk mendidik pesalah berkenaan.

Mengikut Seksyen 14, umat Islam yang disabitkan bagi kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali dan jika disabitkan buat kali kedua boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali. - BERNAMA


ULASAN:

Apa lah nak jadi dengan orang zaman skrang... Tak malu ke mereka dengan budak2 kecil yg berpuasa? Tak percaya, tanya ngan budak sekolah rendah, berapa ramai yang berpuasa.. Mereka bersunggguh2 mencuba untuk puasa, ini kita yang dah besar panjang tak segan silu makan di bulan ramadhan.. Sepatutnya denda yg lebih berat dikenakan kepada pesalah ini. Ini baru hukum dunia. Hukum akhirat diaorg tak fikir... Bulan puasa ini bulan di mana sepatutnya kita sebagai umat islam berebut2 untuk melakukan amal. Betapa besarnya pahala di bulan Ramadhan ini. Marilah sama2 kita menjadi insan yang lebih baik dan meningkatkan amal kita bukan sahaja sempena bulan ramadhan, tp bulan2 selepas ramadhan pun kita kena teruskan..Istiqamah. Allah S.W.T. suka pada manusia yang istiqamah dalam melakukan sesuatu. INSYAALLAH

9 comments:

Hana Banana said...

mungkin tempat diorang berbilang kaum kan... tapi kulit sama kaler... terpengaruh mungkin :)

Kamil L said...

Mungkin gak..tp kan, kalo tak puasa pun, jgnlah makan kat kedai kan...huhuhu

Khairul Onggon said...

Mena ya KL, miak kecik gik pandei berposa.. APa nak jadi ngan dak tua bangka ya hehehe..

Selamat berposa Kamil.. :)

Kamil L said...

Ya lah kan Khairul...pelik mek nangga urang2 yg dah besar panjang tp sik malu mun sik posa kan..huhu.. Selamat berpuasa juak Khairul :)

monalea said...

nang sik pemali.mun dah sik posa jgnlah makan ditempat terbuka

monalea said...

nang sik pemali.mun dah sik posa jgnlah makan ditempat terbuka

Kamil L said...

ya lah kan..pelik2 jak perangai urang kenek tuk kan..huhu

-fa- said...

Sik malu ngn Tuhan kot?padahal nikmat makan Tuhan yg bagi.Mun Tuhan tarit balit nikmat2 cdaknya baru nk sedar barangkali. Smgoga program kaunseling utk cdak nya berkesan n next time x buat lg ^^

Kamil L said...

Ya lah kan..pelik2 jak orang zaman tuk...huhuhu.. sedangkan posa adalah benda yg paling dinantik oleh orang Islam kan..best apa puasa..lebih2 lagi nikmatnya bila masa berbuka posa kan :)

Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio