Hari nie kita dikejutkan kembali dengan berita kemalangan bas. Hampir setiap bulan ada sahaja kisah kemalangan bas dilaporkan. Adakah kita tidak pernah belajar dari sejarah? Hari nie dalam suratkhabar memaparkan kisah kemalangan bas yang berlaku di cameron highland yang dikatakan "TERBURUK" dalam sejarah kemalangan bas di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh BERITA HARIAN. Memang benar kemalangan ini antara kemalangan bas terburuk, tetapi sebenarnya kemalangan bas yang paling TERUK dan TERBURUK yang pernah berlaku di Malaysia telah berlaku di SARAWAK pada tahun 7 June 1979. Kemalangan bas yang telah mengorbankan seramai 30 orang, di mana 29 daripadanya adalah pelajar sekolah, dan seorang guru pelatih. Kemalangan ini berlaku bila bas yang dipandu terjunam di dalam Tasik Biru di Bau, Sarawak.
Amat berharap, selepas ini semua pemandu bas akan belajar dari sejarah dan moga mereka akan memandu bas dengan lebih berhati hati. Memang benar, mereka (pemandu bas) pun tidak mahu kemalangan itu berlaku pada diri mereka dan bas yang dipandu. Bak kata orang, "malang tak berbau". INSYAALLAH, kemalangan dapat dielakkan jika kita berhati2. Sebab itu penting kita belajar dari sejarah agar apa yang pernah menjadi sejarah tidak akan berulang lagi selepas ini..

p/s: Lepas nie wajib lulus sejarah dalam SPM... :)
3 comments:
siklah mek tauk ko. ada oo.dekat tasik biru.
a.a..ado...cerito tuk dah lamak kan, ya nyuroh sik rame yg tauk..huhu
Nang bena. sbb dlok,jalan dari pasar bau,menuju ke SMK LAKE (by pass)xkdak knek.. dolok berbatu,...byk lalang juak. mun xsilap ku,semua mayat di anta k Klinik kesihatan ibu dan kanak-kanak Bau(atas Bukit).
Post a Comment