Tuesday, July 05, 2011

BENAK atau TIDAL BORE

Benak dalam bahasa sarawak atau dalam bahasa English dikenali sebagai "Tidal Bore" adalah satu kejadian alam yang amat pelik. Benak hanya bila berlaku bila air surut berlaku terlalu rendah dan bila air daripada laut melimpah secara mendadak masuk ke dalam sungai dan ini akan menghasilkan ombak ditambah lagi dengan kedalaman sungai yang semakin cetek dan ini akan menyebabkan ombak semakin tinggi bila memasuki sungai.

Di malaysia, benak hanya berlaku di Borneo. Antara tempat yang terkenal dengan benak ialah batang lupar dan pesta benak di batang lupar baru sahaja berlangsung 1-4 Julai yang lepas. Sesiapa yang ketinggalan, jangan risau, tahun depan akan ada lagi penganjuran pesta benak di batang lupar, Sri Aman. Sungai batang lupar ini adalah sungai yang paling terkenal di Sarawak kerana serangan buaya di Sarawak kebanyakkan berlaku di sungai ini. Jadi sesiapa yang ingin bercita2 untuk meluncur air sempena dengan pesta benak, digalakkan berfikir panjang sebelum meneruskan cita2 anda tersebut..

Aku juga mempunyai pengalaman dengan benak di sungai kerian, Saratok. Dulu aku selalu ikut ayah aku menangkap ikan kat sungai. Biasanya kita akan tau bila musim benak berlaku. Bila air surut dalam keadaaan yang ekstrem, maka bersedialah, sebab benak akan muncul bila2 masa. Biasanya kalo benak muncul, aku dan ayah aku akan naik ke tepi pantai, sb risau perahu terbalik. Kenapa? Sebabnya aku tak pandai berenang..hehehe :)


Ini adalah pesta benak di sungai batang lupar, Sri Aman, sarawak.

Monday, July 04, 2011

HambaMu (Lagu Tema Imam Muda)

Kali pertama aku dengar lagu ini, aku terasa ada satu tarikkan yang menyebabkan aku ingin mendengar lagi dan lagi...apapun, lagu nie memang lagu yang sarat dengan maksud. Lagu ini juga menunjukkan pembaharuan dalam muzik nasyid. Tapi mungkin masih ada yang tidak dapat menerima muzik baru nasyid seperti ini. Tapi bagi aku insan yang amat kurang ilmunya, tidak salah untuk memperkenalkan muzik nasyid seperti ini jika ianya dapat menarik perhatian anak2 muda untuk mendekatkan diri kepada-NYA.



Ini adalah satu contoh dari luar negara, di mana lagu berteraskan sejarah Islam dinyanyikan dalam rentak moden. Ini adalah kumpulan Soldiers Of Allah dan tajuk lagu nie adalah 1924. Kumpulan ini juga banyak menyanyikan lagu yang berkaitan dengan agama Islam.

Saturday, July 02, 2011

Ikan Salmon





Pemandangan..

Gambar tak cantik sb saya tak terer ambik gambar....




Burung

Nak upload gambar je lah kali nie...tak de idea nak menulis buat masa sekarang...



Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio