Friday, August 21, 2020

Assalamualaikum semua.. Setelah 5 Tahun

 Salam. 

Nie bukan berdebu dah, tapi dah tenggelam dalam debu. 5 tahun dah tak update apa apa dalam blog ini. Hari ini tetiba teringat balik blog yang lama dah ditinggalkan. Cuba ingat balik login name n password, nasib betul. 


Memang rezeki masih boleh untuk tulis dalam blog ini lagi. Alhamdulillah, tahun 2020 pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 5 tahun ini. Biarlah jadi kenangan dan simpanan dalam hati sahaja. Wife pun dah dapat pindah ke Sarawak. Anak pun dah dua, alhamdulillah. 


Umur pun dah makin lanjut. Hobi ikan masih lagi tak bleh nak buang. Mancing masih lagi, walaupun dah tak sekerap dulu. 2 bulan sekali mancing pun kira ok lah kan. :)

 

Kongsi gambar bulan Oktober tahun lepas bersama pelajar pelajar Diploma Perikanan :)



Monday, July 13, 2015

Pelajar Tahun Akhir

Entri Kali ini ingin berkongsi cerita tentang pelajar tahun akhir yang buat projek ikan tengadak dan logam berat dalam badan ikan. Tahun lepas, ada 3 orang pelajar yang mendaftar sebagai pelajar tahun akhir di mana 2 orang saya sebagai main supervisor dan seorang lagi sebagai co supervisor. Alhamdulillah semuanya berjaya melalui hari hari yang mencabar selama setahun membuat projek tahun akhir. Tahniah pada mereka, Ummi Nuur Farhana, Noor Fadliana dan Mohammad Mustaqim. Ini adalah gambar masa mereka buat persampelan ikan.





Ini masa meraikan pelajar kami setelah setahun bertungkus lumus menyiapkan projek. Yang baju kuning tue Mohd Mustaqim, baju hijau tue adalah Dr Zafri (Supervisor kepada Mustaqim dan co Supervisor kepada pelajar saya), tudung merah tue Ummi Nuur Farhana dan yang tudung kuning itu adalah Noor Fadliana.


Bergambar sehari sebelum mereka balik ke kampung setelah tamat pengajian. Semoga mereka akan lebih berjaya di masa hadapan. INSYAALLAH, panjang umur, kita jumpa lagi :)

Sunday, June 28, 2015

Telah Sekian Lama

Salam,

Mungkin ramai dah tak ikut blog ini sejak kali terakhir update adalah setahun yang lepas. Sejak mula bekerja dulu, rasa dah tak banyak masa untuk menulis, sebab balik dari kerja, penat dan kekadang bawa kerja balik ke rumah. Tapi itulah lumrah bila dah bekerja. Kalau masa belajar dulu, bolehlah ada masa untuk menulis blog. Ingat nak tutup juga blog nie, tapi rasa sayang plak, sebab lama juga dah blog nie wujud. Dari masa belajar, bujang hinggalah dah kahwin. Cerita pasal kahwin, tak terasa dah 6 bulan aku jadi suami orang. Hidup sebelum kahwin dan selepas kahwin memang ada perbezaaannya terutamanya bila melibatkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Nie gambar masa akad nikah aku dulu. Debarrr......hehehe...

Saturday, March 29, 2014

Pasar Ikan

Ambil gambar masa beli ikan kat pasar ikan. Ini antara yang dijual di pasar ikan Bintulu. Memang murah harganya jika dibandingkan di tempat tempat lain di Sarawak kerana Bintulu adalah antara pusat pendaratan ikan laut. Jadi ikan memang segar dan puas hati kalau beli ikan di sini :)











Trip memancing di laut Bintulu

2 minggu yang lepas ada trip memancing di laut Bintulu bersama dengan rakan sekerja. Awal pagi bertolak dari jeti ke laut dan kembali ke jeti pada pukul 6 petang. Trip yang sangat menyeronokan bagi kaki pancing. Tapi rezeki kurang hari tue. Tak dapat tangkap banyak ikan. Nak ambik gambar hasil tangkapan pun lupa dah sebab ikan tak banyak. Rasaya tak teruja nak ambik gambar hasil tangkapan..hehe.. Ini adalah antara gambar yang sempat diambil sebelum bertolak ke laut :)







Pukul berapa jam sekarang???

Music Radio